Setiap orang mempunyai negeri kelahiran masing-masing yang menjadi asal usul keturunan. Dari situ, akan timbul semangat kenegerian yang mana menjadi identiti mereka walau di mana mereka berada. Setiap negeri pula mempunyai perbezaan budaya, adat dan makanan yang menjadikan ia lebih istimewa.
Bagaimanapun, sikap kenegerian yang dilihat keterlaluan boleh menimbulkan pandangan negatif sehingga menimbulkan kebencian bagi sesetengah orang. Jadi, tidak hairanlah jika ada antara netizen yang sering memainkan isu kenegerian dalam segala hal sehinggakan memukul rata pada seluruh rakyat negeri itu. Malah, rakyat negeri Kelantan adalah antara golongan yang lebih menonjol dalam sentimen kenegerian. Semangat kenegerian yang menebal di kalangan orang Kelantan memang sedia ada dalam diri mereka dan bukannya sengaja dibuat-buatnya. Buktinya, apabila orang Kelantan berada di perantauan, mereka begitu mudah membina hubungan yang baik dan cepat mesra.
Seorang pengguna twitter telah memuat naik satu status tidak berpuas hati dengan kelakuan dua orang perempuan yang menggunakan nombor plat kereta negeri Kelantan. Mereka dikatakan telah mengambil petak parkir yang sedang ditunggu oleh lelaki ini untuk memarkir keretanya. Lelaki ini sangat bengang dan menegur kelakuan mereka yang dilihat begitu mementingkan diri sehingga menimbulkan isu kenegerian kerana memukul rata sikap buruk semua orang yang berasal dari Kelantan. Bukan lelaki ini sahaja yang mempunyai pengalaman yang buruk dengan orang Kelantan, netizen lain turut mengakui yang mereka pernah mengalami pengalaman yang sama. Malah ada netizen yang menuduh orang Kelantan sememangnya mempunyai perangai yang buruk. Tetapi mengapa pula perlu memainkan isu kenegerian dalam hal ini? Netizen percaya, hal sebegitu sering sahaja berlaku tetapi isunya tidak diperbesarkan apabila ia melibatkan individu dari negeri lain selain Kelantan. Nampaknya, lelaki ini sengaja ingin menimbulkan kekecohan dan mewujudkan kebencian orang ramai pada rakyat Kelantan. Sepatutnya, selesaikan masalah tersebut dengan baik dan jangan terlalu prejudis. Tidak kiralah individu tersebut berasal dari negeri mana sekalipun. Sikap seseorang tidak sepatutnya dinilai mengikut negeri kelahiran atau nombor plat kenderaan tetapi pada diri individu itu sendiri. Setuju tak? - CARI |
9
Bagus |
7
Marah |
12
Terkejut |
19
Sedih |
9
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
febreze replied at 27-11-2018 08:38 PM
ade pengalaman gak..housemate pengotor n berangkut satu negeri tumpang umh seminggu..sgt x selesa ok ...
ADVERTISEMENT