Harian Metro sebentar tadi melaporkan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang diserang perusuh di Kuil Maha Mariamman berada di dalam keadaan kritikal.
Susulan itu, tunangnya, Nurul Najihah menerusi laman Facebook meminta jasa baik orang ramai mendoakan keadaan Muhammad Adib Mohd Kassim. Selain mendoakan keadaan Adib semakin pulih, orang ramai berharap semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. Dalam masa sama, mereka berharap agar tunangnya serta ahli keluarga sabar dan kuatkan semangat menghadapi dugaan ini. Rata-ratanya berharap agar si pelaku dibawa ke muka pengadilan.
Semoga si pelaku kena hukuman setimpal... Keadaan Adib bukan saja mendapat perhatian masyarakat Melayu, bahkan kaum lain turut mendoakan keselamatannya. Malah, beberapa masyarakat India turut prihatin dan memohon maaf bagi pihak kaum mereka yang terbabit menyebabkan keadaan Adib kritikal. Bagaimanapun, tidak semua orang Melayu boleh menerima kemaafan daripada kaum India kerana bagi mereka semuanya sudah terlambat dan seseorang kini sedang bertarung nyawa akibat kejadian rusuhan itu. Keadaan menjadi lebih tegang apabila ada pihak mencuba untuk mencetuskan provokasi. Darah dibalas darah! Dalam pada itu, orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu mengenai kematian Adib seperti yang tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp. Janganlah memandai sebarkan maklumat yang tidak pasti kesahihannya dan jagalah perasaan ahli keluarga mangsa sebelum membuat sebarang komen atau ulasan. Semoga Adib diberi kesembuhan. - CARI
|
13
Bagus |
14
Marah |
11
Terkejut |
7
Sedih |
15
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chicozinn: tunang pun kaki capub..(CAri PUBlisiti)
messymimi replied at 27-11-2018 04:15 PM
Malaysia masih aman kah? GWS
prettyuglybabe replied at 27-11-2018 03:36 PM
tak yah la nak masuk limelight juga..
duduk doa diam-diam sudah..
kalu anak bini nak mencapup tu b ...
L211 replied at 27-11-2018 06:49 PM
mcm2 berlaku.. haihh aku rasa mcm ada komplot nk buat malaysia xaman sekrg ni. sekrg isu kuil, smlm ...
ADVERTISEMENT