Memang penat agaknya asyik kecundang dalam percintaan sampaikan seorang lelaki ini sanggup membuat kontrak bagi wanita yang ingin berkenalan dengannya. Tular menerusi Twitter, pun begitu lelaki ini telah pun memadam posting itu. Menurut mStar, kontrak 'Perjanjian Dua Hati' ini mempunyai 40 syarat secara keseluruhannya tapi ini antara beberapa syarat yang telah didedahkan:
1. Kedua-dua pihak perlulah setia dan kommit dalam tempoh perkenalan. Tidak boleh ada orang ketiga. 2. Jika ada yang tidak disukai pada pasangan sila berterus terang untuk perbincangan. Perkara ini merujuk kepada segala aspek habit, tingkah laku, cara layanan dan pandangan luaran. 3. Dalam urusan temu janji, segala hak modal adalah sama rata. Dan kedua pihak perlulah mengeluarkan secara saksama. Duit makan, minyak, tol dan segala hal yang membabitkan wang. (Perbincangan perlulah dilakukan jika salah seorang kekurangan wang. 4. Bagi menghormati proses perkenalan, dilarang untuk anda berkenalan dengan orang lain melainkan hanya sekadar berkawan dan bukan tujuan masa depan. Jika telah berlaku sila rujuk dan berbincang. Jika tiada persetujuan maka perlulah proses penyisihan. 5. Bentak, menengking, memukul sehingga berlaku kecederaan adalah kesalahan besar. Dan anda akan dikeluarkan dari kontrak ini serta merta. Jika itu adalah di luar kemampuan emosi anda sila jelaskan pada surat rayuan pada halaman belakang kontrak ini. Dalam pada proses rayuan, hukuman tetap dijalankan. Anda tidak boleh menghubungi pasangan dalam tempoh 3 hari. 6. Dinasihatkan jangan berharap dan meletakkan segala perasaan yang tinggi. Biar bersederhana dan dalam keadaan berjaga-jaga. Segala kemungkinan boleh berlaku dan untuk kebaikan anda tidak terluka sakit. Kerana sering putus cinta, dia mengatakan ingin menggunakan cara baru dalam mencari cinta. Ramai yang mengecam lelaki ini kerana dikatakan ingin meniru drama Melayu dalam yang ditayangkan dalm televisyen. Walaupun nampak mengarut, rupanya ramai yang telah direct message lelaki tersebut bagi mencuba nasib. Namun begitu hanya tiga orang yang betul-betul berminat nak jadi kekasihnya. Tapi sayangnya ketiga-tiga wanita ini angkat kaki selepas membaca dua syarat dalam kontrak tersebut. Yang pertama hanya boleh mengucapkan kata-kata rindu atau cinta sebulan sekali. Selain mereka tidak bersetuju dengan syarat 'tidak boleh bersentuhan'. Lelaki ini menambah bahawa cara ini bukanlah untuk mencari publisiti murahan tapi hanyalah ingin lebih berhati-hati dalam menjalin perhubungan. Rata-rata netizen sebenarnya tepuk dahi apabila membaca syarat-syarat yang dikemukakan oleh kontrak itu. |
11
Bagus |
16
Marah |
24
Terkejut |
12
Sedih |
12
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT