Siri animasi Spongebob Squarepants sangat popular bukan sahaja di kalangan kanak-kanak, bahkan juga golongan dewasa. Aksi kartun yang penuh kelucuan ini sesuai ditonton pelbagai generasi.
Kartun Spongebob ini dicipta Stephen Hillenburg dan ditayangkan di saluran Nickelodeon sejak 1999. Terkini, Stephen dilaporkan meninggal dunia pada usia 57 tahun akibat penyakit ALS iaitu sejenis gangguan saraf. Beliau baru sahaja disahkan menghidap penyakit itu pada 2017. Pemergian Stephen Hillenburg merupakan satu kehilangan besar kepada industri. Dunia Bikini Bottom dan hidupan laut di dalam siri kartun Spongebob adalah ilham daripada latar belakang beliau yang berkait rapat dengan bidang marin dan kecintaannya terhadap hidupan laut. Malah, beliau sendiri pernah menjadi guru biologi hidupan laut (marin).
Stephen Hillenburg bukan sahaja mempunyai ijazah di dalam bidang Perancangan Sumber Semulajadi (pengkhususan dalam sumber laut), malah turut memiliki ijazah dalam bidang animasi. Spongebob Squarepants berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan kini dialih suara dan mempunyai sari kata dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Maori, Urdu, Bahasa Melayu dan banyak lagi. Stephen juga mengeluarkan filem The Spongebob Squarepants Movie pada tahun 2004, dan The Spongebob Movie: Sponge Out of Water pada tahun 2015. Kedua-duanya berjaya mengaut keuntungan besar. Kehilangan beliau memang menyedihkan. Beliau sudah tiada, tetapi nama dan sumbangannya akan terus diabadikan melalui kartun Spongebob ini dan dalam diri semua hidupan laut yang tinggal di Bikini Bottom! - CARI
|
20
Bagus |
16
Marah |
14
Terkejut |
26
Sedih |
17
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
puanbintang replied at 4-12-2018 03:08 PM
dari zaman skolah, now da keja still melayan kartun span ni....memang lekat dihati
ADVERTISEMENT