Ciri-ciri pakaian wanita muslimah ialah memakai tudung labuh, berpakaian longgar dan tidak berlebih-lebihan dalam berhias. Ramai yang suka dan tenang melihat wanita yang pandai menjaga diri dan dapat menjauhkan diri dari pandangan lelaki-lelaki yang berniat jahat.
Tetapi, betul ke wanita bertudung labuh ini dikatakan kurang menjaga kebersihan diri dan pakaian? Maklumlah, pakaian yang dipakai menutup seluruh tubuh dan menyebabkan mereka berpeluh sehingga membuatkan badan, pakaian dan tudung mereka berbau kepam sepanjang hari. Tambahan lagi, wanita muslimah tidak gemar memakai wangian kerana risau dapat menarik perhatian lelaki dan boleh mengundang fitnah. Seorang pengguna twitter telah memuat naik status mengecam individu yang mengutuk wanita yang bertudung labuh. Ia gara-gara tudung yang dipakai oleh kebanyakan wanita bertudung labuh berbau kepam sehingga ada yang menyuruh agar menanggalkan sahaja tudung. Tetapi, menutup aurat bagi wanita itu kan wajib? Takkanlah disebabkan tudung berbau kepam, mereka perlu menanggalkan tudung. Ada netizen yang bersetuju yang wanita bertudung labuh kebanyakannya pengotor dan kurang menjaga kebersihan. Mereka hanya tahu menjaga aurat sahaja tetapi tidak mementingkan kebersihan diri dan pakaian. Akibat terlalu ingin menjaga diri daripada dosa dan fitnah, mereka sanggup tidak memakai walau secalit deodorant kerana risau bau wangi deodorant akan menarik perhatian lelaki bukan mahram. Hakikatnya, bau badan dan pakaian serta tudung kepala yang berbau busuk atau kepam akan membuatkan orang sekeliling berasa tidak selesa. Ia turut menganggu emosi rakan sekerja atau kawan-kawan yang terpaksa menahan hidung dengan bau yang tidak menyenangkan. Jadi, netizen mencadangkan agar wanita yang bertudung labuh wajib memakai deodorant antibakteria dan yang tidak berbau wangi. Ia ada dijual dalam pasaran. Sebenarnya, menurut netizen ini ia bukanlah suatu masalah bagi wanita bertudung labuh yang tidak mahu memakai deodorant atau perfume asalkan mereka menjaga kebersihan diri dan pakaian. Janganlah memakai pakaian yang sama berulang kali tanpa membasuhnya dan badan juga perlu kerap mandi agar dapat menghilangkan bau peluh yang busuk. Jadi, janganlah salahkan kewajipan menutup aurat dengan sempurna sedangkan masalah tudung kepala berbau kepam itu berpunca dari sikap wanita yang tidak tahu menjaga kebersihan diri dan pakaian. Mereka yang tidak menutup aurat pun ada yang mempunyai masalah bau badan. Betul tak? - CARI |
21
Bagus |
11
Marah |
10
Terkejut |
8
Sedih |
11
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
obses_budak replied at 29-11-2018 03:18 PM
I kalu org wangi..i tk toleh 2 kali... Tpi Org bau kepammm sure 10 kali i toleh...rasanya bau kepam ...
star_karat replied at 29-11-2018 02:34 PM
Ada kawan kerja salon rambut cakap 90% pompuan pakai tudung datang nak gunting ker atau nak buat ram ...
cammie1711 replied at 29-11-2018 03:31 PM
kalau dah pengotor tu berbau la. tak kira la bertudung ke idak. mcm la korang x penah bau org yg fre ...
Alais replied at 29-11-2018 03:27 PM
arab bertudung sejak zaman jahiliah lagi
jadi bertudung asalnya budaya arab
apa sesuai sana belu ...
wadiunong replied at 29-11-2018 03:44 PM
yg rambut panjang tu elokla potong pendek, takde la bau kepam
Alais replied at 29-11-2018 04:10 PM
tudung dah wujud dulu sebelum agama
bukan wujud kemudian
jadi tudung adalah budaya
ADVERTISEMENT