CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zarina Zainuddin Disuruh Henti Tayang Anak Autisme Di Instagram

5-12-2018 12:58 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 17118| Komen: 58|Original author: Oleh: Nia Mohamad

Pelakon Zarina Zainuddin sudah tidak asing lagi dalam industri. Walaupun kini sudah agak jarang kita lihat beliau di kaca televisyen dek kerana pelakon baru yang bagai cendawan tumbuh, perkembangan beliau masih lagi kita dengar dan dapat dilihat di laman Instagram beliau.



Sumber foto: IG Zarina Zainuddin

Tak lama dulu, Zarina berkongsi tentang pengalamannya mempunyai dua anak kembar yang menghidap autisme. Bahkan, hingga kini Zarina masih lagi tidak putus berkongsi foto dan video anaknya kepada umum. 

Beliau ingin dunia luar tahu bagaimana keadaan anak autistik yang sebenarnya dan berhenti mengadili ibu bapa kepada anak-anak istimewa ini.


Terkini, Zarina berkongsi video anaknya, Azil yang merupakan abang kepada Azal. Di dalam video itu, Azil mencium ibunya bertalu-talu. 



Namun, di sebalik niat baik beliau berkongsi video itu, rupa-rupanya ada insan yang tidak puas hati, lalu menyelar tindakan Zarina. 



Individu tersebut menghina anak Zarina serta menyuruhnya berhenti menayangkan mereka kepada umum kerana ia sesuatu yang menakutkan untuk dilihat. 

Walau bagaimanapun, masih banyak komen positif dari pengguna IG lain. Mereka malah mendoakan Zarina dan anaknya. 




Rata-rata pengguna instagram menyatakan kegembiraan melihat video tersebut. 

Azal dan Azil kedua-duanya berusia 21 tahun. Mereka dilahirkan hasil pernikahan Zarina dengan Datuk Seri Dr Abdul Raihan sebagai isteri kedua. Azil tidak dapat bercakap dengan normal berbanding Azal yang ceria dan petah bercakap walaupun tetap mengalami sindrom autisme lain. 

Zarina turut mempunyai dua orang anak lain di samping Azal dan Azil. Mari kita lihat foto-foto Zarina dan dua orang anak syurganya. 












Semoga Zarina terus tabah dengan ujian di sekeliling. Mulut manusia memang tidak dapat ditutup. Buat individu yang mencaci beliau, semoga diberi hidayah secukupnya. - CARI
17

Bagus
15

Marah
10

Terkejut
16

Sedih
17

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiambang 5-12-2018 01:06 PM
Ig dia ... suka hatilah zz nak post apa ... netizen kalu tak suka tengok jangan follow .. takde lah yang sakit hati.. masuk ig org lepas tu kutuk .. apa cer?
Quote buragazz 5-12-2018 01:08 PM
Pembuli Siber...
Quote jusperia 5-12-2018 01:27 PM
instagram tu ibarat rumah lah kan
suka hati tuan rumah lah kan nak buat apa
Quote buapakperut 5-12-2018 01:48 PM
followers indon suka banget bang azal azil ganteng banget katanya
Quote rayray28 5-12-2018 01:50 PM
Iols ok je dia sharing psl life dia bersama anak2 autistic..cuma kalau boleh jgn laa rakam mase tgh bwk keta tu..mmg ketara sgt bawak keta dgn sebelah tgn smbil mata dok ralit tgk fon merakam..bahaya malang ni x berbau..lagi satu sampai leh tau lah rumah dia yg mana kt area subang tu
Quote K_Lily 5-12-2018 01:51 PM
muka azil macam muka penyanyi lama yang pernah masuk GV tu..siapa ntah..yang asik senyum tu
Quote puanbintang 5-12-2018 01:53 PM
dah ig dia, anak2 dia, suka ati dia la..mungkin dia nak share apa yang dia rasa, apa anak2 dia buat..tak suka,dah  tak payah tengok....
Quote famri7 5-12-2018 01:53 PM
Milk it..while you still can sis.
Quote tikusmontok 5-12-2018 02:09 PM
K_Lily replied at 5-12-2018 01:51 PM
muka azil macam muka penyanyi lama yang pernah masuk GV tu..siapa ntah..yang asik senyum tu

razis ismail


Quote K_Lily 5-12-2018 02:22 PM

haaaaa, sama kan?

ke mata I jer yang nampak sama.. haha
Quote kucingitam 5-12-2018 02:25 PM
x suka toksah follow, toksah tgk pun kalo lalu kat explore tu..eh, yg senang ko takyah ada ig lah ..aman idup ko takde nak sakit2 ati tgk ig orang..
Quote ell768 5-12-2018 02:29 PM
mcm puaka jer komen..
Quote xmynnx 5-12-2018 02:34 PM
dulu ada benang pasal azal azil ni kan yang katanya nak kawen, nak kawen...
ramai forumer bincang cara nak handle anak autism yang remaja ke dewasa ni in terms of nafsu mereka.
mana entah benang tu. informative gak.
Quote Burong_Hantuk 5-12-2018 03:10 PM
perasan tak si zarinah ni saperti ingin minta perhatian murahan?>
Quote chicozinn 5-12-2018 03:23 PM
rayray28 replied at 5-12-2018 01:50 PM
Iols ok je dia sharing psl life dia bersama anak2 autistic..cuma kalau boleh jgn laa rakam mase tgh  ...

biar la dia nak kongsi pengalaman jaga anak2 syurga..tapi yg chuollss komen tu meollss rasa betul..hentikan la rakam time tgah bawak kete..kalu nk sgat rakam mohon cik ina letak dash cam fokus kat anak je..
Quote hotmak 5-12-2018 03:25 PM
K_Lily replied at 5-12-2018 01:51 PM
muka azil macam muka penyanyi lama yang pernah masuk GV tu..siapa ntah..yang asik senyum tu

razis ismail? ada lah iras2
Quote SayaSayangMama 5-12-2018 03:32 PM
Sejak akhir akhir bosan sgt gosip kt cari.com ni. Xyah la buat cerita benda dah ada kt ig artis tu. Cuba cari benda yg fresh sikit
Quote kirana_22 5-12-2018 03:46 PM
Pada aku tak salah dia nak nayang anak2 dia kat ig. Dah ig dia sukati dia lah nak letak apa. Sama jgk mcm ko yg dok up ootd x abis2, gmbar ngan bf/gf/bff/laki/bini/anak, makanan tah apa2... apa bezanya????
Lagipun uollss... Bukannya dia pi letak gmbr x pakai baju ke, pitenah org sana sini. IG ni mcm album jgak. Album life ko... ada waktu life ko happy, ada waktu sedih.. ko simpan buat kenangan esok2...ha gitu...

Dan aku jugak rajin follow kak zarina ni.
Sebabnya...... dari IG kak ina lah aku baru tau autisme tu apa (selama ni ingt dia mcm down syndrom) & seterusnya membangkitkan keinginan aku nak tahu lebih byk tntang autisme... smpai aku google dan tengok vlog2 kat youtube pasal parents2 yg ada anak2 autisme... byk rupanya yg kita tak tau..... nmpak tak kegigihan aku
Hah tak ke secara positifnya kak ina dah membantu menyebarkan awareness tentang autisme secara tak langsung.... ada paham??
Kalau nak tunggu ko sendiri pi bukak buku semata mata nak study pasal autisme ni mintak mahap le.... ko mati hidup balik pun x akan berlaku... gitulah.... nak kata betapa malasnya kita2 ni membaca benda2 berilmiah gini...
Quote unguaurora 5-12-2018 03:52 PM
Dulu masa iols kecik, tau istilah terencat akal je.  Dh besau ni la baru tau autisme.  Iols igt dulu bdk2 yg perangai cenggini ni gila..rupanya autisme..huhu

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.047012 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top