CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tolong Mak Cik Bawa Jenazah Rafie Balik Dari Australia'"

6-12-2018 04:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9891| Komen: 78|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang lelaki dikenali sebagai Mohamad Rafie Abdul Khadir Hatim, 29, meninggal dunia di Coffs Harbour di New South Wales, Australia malam semalam.

“Sepatutnya saya ambil Rafie di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini tetapi tidak sempat… Dia pergi dulu buat selamanya”kata ibunya Zakiah Ibrahim.

Sinar Online melaporkan, Rafie pergi ke negara itu sejak 8 November lepas.

Foto: Sinar Online
Bagaimanapun dia mengalami demam dan hilang selera makan sejak minggu lepas.

“Pada mulanya kawan-kawannya menyangkakan Rafie demam biasa. Bila lihat Rafie teruk, dia di bawa ke klinik. Doktor mengesyaki Rafie mengalami jangkitan kuman pada paru-paru dan perlu dirawat di hospital.


“Doktor di klinik itu menasihati supaya Rafie pulang untuk mendapatkan rawatan kerana kos rawatan yang tinggi di sana."

Tambah Zakiah, anaknya itu membeli tiket pulang dan sempat menelefon adiknya untuk menjemput kepulangannya di KLIA pada pukul 8pagi.

Bagaimanapun Rafie tidak sedarkan diri ketika berehat di rumah rakannya di sana.


Foto: Sinar Online
“Badan dan muka Rafie pucat. Doktor datang membantu dan mengesahkan Rafie sudah tidak bernyawa.

“Mak cik tak sempat nak tengok dia. Tak sempat nak jaga dia waktu sakit. Segalanya tidak sempat. Beberapa jam lagi dia nak balik tapi Allah lebih sayangkan dia."

Zakiah memohon kepada rakyat Malaysia untuk membantu membawa pulang jenazah anaknya itu.

“Setakat ini kami hanya ada RM10,000. Kami perlukan lagi RM15,000 untuk urusan membawa pulang jenazah anak makcik.

“Itu saja cara yang boleh mak cik lakukan untuk menatap wajah anak mak cik buat kali terakhir,” katanya yang juga memaklumkan mendapat bantuan daripada badan bukan kerajaan, Badan Amal.

Orang ramai yang ingin membantu boleh memberi sumbangan menerusi akaun Public Bank: 4673919719 atas nama Zakiah Ibrahim atau hubungi Kamarul Zahari iaitu sepupu mangsa di talian 012-9775484 untuk sebarang pertanyaan. -CARI
16

Bagus
10

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
17

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 6-12-2018 04:54 PM
Aduhai... semoga dipermudah
Quote Ketypurry 6-12-2018 04:55 PM
Kesian nya
Quote Spicymami 6-12-2018 04:55 PM
Huhu  klu ada insuran kan cover x kes2 cmni.. Risau jugak iols
Quote besarkecik 6-12-2018 06:01 PM
Spicymami: Huhu  klu ada insuran kan cover x kes2 cmni.. Risau jugak iols

Iols pun tertanya soalan yang sama di benak fikiran iols yang paling dalam..
Semoga dipermudahkan
Quote Malaysia.Doom 6-12-2018 06:02 PM
Kesian....semoga bertabah
Quote Qwerty007 6-12-2018 06:04 PM
Salam takziah.semoga dipermudahkan urusan.
Quote armin 6-12-2018 07:39 PM
Ada kt sana sejak 8 nov tu bercuti ke? Kesiannya, nak balik dah tapi tak sempat
Quote belilies 6-12-2018 07:42 PM
Kalu pergi luar negara kene ambik insurans, takut ada mslh camni susah nak balik bila ada kecemasan.

For civil servants skrg ni gov mmg suro apply kbenarn ke luar negara notify majikan. One of the requirement mmg kena sertakan deet insurans.
Quote stania83 6-12-2018 07:59 PM
Insurance mana yg terbukti boleh cover bawam balik jenazah? Haritu beli etiqa travel 360 tapi taksakit jadi taktau reliable or not
Quote berusjamban 6-12-2018 08:02 PM
besarkecik replied at 6-12-2018 06:01 PM
Iols pun tertanya soalan yang sama di benak fikiran iols yang paling dalam..
Semoga dipermudahka ...

Ada pilihan polisi utk bawak balik mayat. Kene bijak pilih dan baca polisi. Haritu pernah uruskan travel insurans utk mertuas mmg ada
Quote helicornia 6-12-2018 08:03 PM
dlm minggu ni ada 2 orang malaysia la yg meninggal di aust.sorang lagi lemas
Quote berusjamban 6-12-2018 08:03 PM
stania83 replied at 6-12-2018 07:59 PM
Insurance mana yg terbukti boleh cover bawam balik jenazah? Haritu beli etiqa travel 360 tapi taksak ...

Kalau xsilap AIG ada. Boleh minta travel agent buatkan
Quote Decaffeinated 6-12-2018 08:22 PM
Now rakyat dah makin kaya cuti2 oberc minda pun kena upgrade ya... beli travel insurance

Kalau degil gak wajibkan ja mcm insuran kereta

Quote cap_ayam 6-12-2018 08:24 PM
Allah kesiannya... tabahla makcik inshaAllah mudah urusan makcik.
Quote cikrosienona 6-12-2018 08:30 PM
Kesiannya..semoga dipermudahkan urusan makcik.

Kadang2 body kita tak sesuai dgn weather and geography sesuatu tempat so reaction to changes can be severe.

I everytime travel to aussie..masuk je territory dia gegendang telinga akan sakit berdengung and akan demam 2-3 hari.

Nasib masa study kat sana dulu xde sakit teruk.. kalau x tak leh byg jauh dr family and mcm mana nak handle sorg2.

Rasanya this guy pergi bercuti kan? Bukan macam case lemas satu lagi.
Quote b_n_c 6-12-2018 08:35 PM
bukan kah dalam islam ada mengatakan jangan melewat2 kan pengkebumian?
kat mana seseorang muslimin/muslimat meninggal,kat situ jgk jenazah mesti dikebumikan?

Quote cik_chili 6-12-2018 08:35 PM
Murah jer travel insurance skang ni...bru amik utk asian country rm50 utk cover satu family for one week.x mahal pun...

Just Google travel insurance...dpt quotation instantly...

Xyah amik agent pun..
Quote whitePoison 6-12-2018 08:36 PM
Semoga dipermudahkan.
Quote cmf_blingblings 6-12-2018 08:36 PM
Kalau nak travel beli travel insurance, asing dari insurance yg dok ada. Ada yg boleh beli cover bagi satu-satu duration, ada yg boleh bayar setahun terus, bagi yg frequent travellers. Bukan takat sakit demam, flight delay, brg kena curi, barang tercicir semua covered.

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.079243 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top