CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rupa-Rupanya Putera Harry Ada Sebab Tersendiri Pertahankan Meghan Markle

13-12-2018 11:56 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 4846| Komen: 21|Original author: Oleh: Nia Mohamad

Ramai tertanya-tanya apa istimewanya Meghan Markle, seorang aktres, sehinggakan dipilih oleh Putera Harry sebagai isterinya. Namun, jawapannya pasti hanya Putera Harry yang tahu.

Sumber foto: harpersbazaar.com
Sehingga ke hari ini, Putera Harry dilihat terlalu mempertahankan Meghan walau apa sahaja yang dilakukannya. Dari awal lagi, beliau tidak mengambil kira pendapat abangnya, Putera William, selepas perjumpaan keluarga kali pertama dengan aktres tersebut. 

Sebelum ini, Putera William dikatakan tidak begitu bersetuju dengan pilihan Putera Harry. Hal ini mengakibatkan ketegangan antara mereka berdua. 

Namun, apakah sebab di sebalik sikap Putera Harry yang sedemikian? 


Menurut sumber dari pihak Istana Kensington, Harry sangat mencintai Meghan dan sumber berpendapat beliau mahu melindungi Meghan kerana dahulu tidak dapat melindungi ibunya sendiri, iaitu Puteri Diana kerana beliau masih lagi kanak-kanak. 

Sumber foto: people.com
Puteri Diana meninggal dunia sewaktu Putera Harry dan William masing-masing berusia 12 dan 15 tahun. 

Kematian mengejut ibu mereka meninggalkan kesan mendalam buat Putera Harry. Justeru kali ini beliau nekad melindungi  isterinya, Meghan dan anak mereka yang bakal lahir. 

Sumber foto: harpersbazaar.com
Keputusan untuk berpindah keluar dari Istana dibuat setelah mempertimbangkan permintaan Meghan untuk membesarkan anak mereka secara normal dan tidak terikat dengan adat istiadat diraja. 

Puteri Diana suatu ketika dahulu sering dibelenggu dengan pihak media. Justeru Putera Harry tidak mahu perkara sama berulang kembali dalam keluarganya.


Sumber foto: harpersbazaar.com
Apa pendapat anda? Bolehkah keluarga diraja memilih hidup normal seperti rakyat biasa? -CARI

8

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 13-12-2018 12:05 PM
Boleh je nak hidup low profile. After all Harry kan minor royal, bukan bakal king. Anaknya nanti pun tak terikat sangat dengan protocol seketat George
Quote JokesCop 13-12-2018 12:12 PM
Ape jenis berita ni? Pure speculation, bukan statement harry pun. Kami pun boleh buat.

Apa sebab che det pertahan cucunya? Mungkin kerana sayang. Dulu che det xde cucu, skrg dah ada cucu.
Quote Spicymami 13-12-2018 12:34 PM
I rase je jd minor royal / second prince lagi best.. I mean u can live without all the status and wealth tanpa serabut pikir komitmen sbgi pewaris takhta.

Quote GigaMom 13-12-2018 12:35 PM
JokesCop replied at 13-12-2018 12:12 PM
Ape jenis berita ni? Pure speculation, bukan statement harry pun. Kami pun boleh buat.

Apa sebab  ...

Hahaha  bijakk
Quote huehue 13-12-2018 12:39 PM
Mahu ke acik meghan hidup cara biasa?
Quote Spicymami 13-12-2018 12:45 PM
Spicymami: I rase je jd minor royal / second prince lagi best.. I mean u can live without all the status and wealth tanpa serabut pikir komitmen sbgi pewaris tak ...



With *
Quote batmana 13-12-2018 12:55 PM
berita pasal kerabat sana,

macam masih zaman tanah malaya aja

masih dibawah pemerintahan british

semua benda kerabat sana, ummah sini lak bergosip.

weii..bangun la wei...dh bape tahun merdeka...
Quote SweetShera 13-12-2018 01:11 PM
kalau duit banyak..ok je pa hidup tanpa protokol...tapi mrk kan bekerja..harus juga terikat dengan peraturan dan etika..mana boleh main bantai je

tak kira royals atau marhaen..klu bekerja mesti ada peraturan dan etika..

agak tidak bekenan bila MM selalu tampil sleeveless
Quote armin 13-12-2018 04:15 PM
Ingatksn sbb meghan buat apa yg special sgt. Kalau bkn meghan jd bini pun dia akn protect jgk mcm dia protect meghan la kn. Ni more to nk repair damage je hahaa
Quote taikor 13-12-2018 04:22 PM
JokesCop replied at 13-12-2018 12:12 PM
Ape jenis berita ni? Pure speculation, bukan statement harry pun. Kami pun boleh buat.

Apa sebab  ...
Apa sebab che det pertahan cucunya? Mungkin kerana sayang. Dulu che det xde cucu, skrg dah ada cucu

win
Quote wirazam 13-12-2018 04:48 PM
baru perasan...yg bentuk hidung diaorg ni hampir sama...mcm copycat mcm tu..
Quote SissySembah 13-12-2018 05:19 PM
so what??? tak habis2 berita tentang royal ini... sama sahaja mentaliti melayu sunni yg mengangung2kan raja2 mereja sambil bayar tax tiap2 bulan untuk tanggung royalty ini... duduk ppr pun takpe asalkan raja kita masih ada kosepnya... no wonder mereka ini kekal sebagai ummah dunia ketiga ekonomi merundum hidung kembang hitam dan hodoh tp obses nak putih.. good luck in life with your royal... jgn lupa sembah..
Quote dani-rox 13-12-2018 07:14 PM
huehue replied at 13-12-2018 12:39 PM
Mahu ke acik meghan hidup cara biasa?

OT jap:
hamagad Michael Langdon mujur ai dah tukar avvy muka transform kpd beast tuh, kalau tidak twins le kiterrr

Quote belilies 13-12-2018 08:40 PM
So he saw diana in meghan.

K.
Quote HannahMontana 13-12-2018 09:25 PM
yang nak beritahu 1 dunia dia kahwin dnegan Harry bukan dengan protocol istana .

Amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aku pula terlebih sudahhhhhhhhhhhhhh menjawab muahahhahaha....
Quote 234126 13-12-2018 10:28 PM
Drama la kau harry... nak pertahan meg sebab ibu. Dah sah2 bini siap demand nak pakai tiara queen apahal nak pertahan level diva langit ke 7 tu. Agak2 la harry. Ni story propa hahaa
Quote huehue 14-12-2018 02:01 AM
dani-rox replied at 13-12-2018 07:14 PM
OT jap:
hamagad Michael Langdon  mujur ai dah tukar avvy muka transform kpd beast tuh, kal ...

Cody fern tu handsome yachhhhhh! Meolls very the jatuh hati!


Quote dani-rox 14-12-2018 02:11 AM
huehue replied at 14-12-2018 02:01 AM
Cody fern tu handsome yachhhhhh! Meolls very the jatuh hati!

kheenn... gojes yahamat, suara pun seksi. sampai terlupa heols bawak watak dajal
Quote huehue 14-12-2018 02:15 AM
dani-rox replied at 14-12-2018 02:11 AM
kheenn... gojes yahamat, suara pun seksi. sampai terlupa heols bawak watak dajal

Matilah meolls OT dekat thread acik meghan ni.

Tapi mmg meolls cair ya tengok heolls. Tak fikir dah heolls bawa watak anak setan pun. Udahlah penat tengok si sarah tu je pegang watak, nasib baik ada cody ni. Tak rasa horror dah tengok AHS. Moga moga next season cody adaaa

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.051519 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top