Tugas seorang doktor ialah merawat pesakit yang memerlukan bantuan dari segi masalah kesihatan. Rawatan yang digunakan semestinya rawatan moden yang menggunakan pelbagai alatan dan ubat-ubatan yang bersesuaian dengan penyakit yang dihidapi. Jadi, jika seorang pesakit datang ke klinik atau hospital, semestinya pesakit bersedia menerima apa jua rawatan yang sepatutnya bagi mengatasi masalah kesihatan yang dialami.
Tetapi, berlainan pula dengan kisah yang yang dikongsi oleh seorang doktor perubatan ini. Doktor ini telah memuat naik satu status mengecam sikap ibu bapa yang membawa anaknya ke hospital tetapi enggan anaknya dirawat dengan ubat-ubatan hospital bagi masalah kesihatan anaknya. Dia berasa pelik malah serba salah untuk membantu menyelesaikan masalah kesihatan anak tersebut kerana telah diberi amaran agar anak mereka tidak disuntik atau diberi apa-apa ubatan.
Bagaimanapun, doctor ini tetap memberi ubat kepada anak tersebut dan menerangkan dengan elok tentang keperluan ubat kepada anak mereka yang sedang sakit itu. Itupun jelas kelihatan perasaan tidak berpuas hati bagi pihak ibu kanak-kanak tersebut yang menganggap ubat-ubatan adalah agenda Yahudi. Kenapa bawa anak ke hospital? Rata-rata netizen mengutuk pasangan suami isteri tersebut dan tertanya-tanya apa tujuan mereka membawa anaknya yang sakit itu ke bahagian kecemasan hospital jika tidak mahu menerima rawatan daripada pakar perubatan? Mungkin kononnya hanya inginkan kepastian tentang penyakit anaknya dan seterusnya akan menggunakan perubatan alternatif. Tetapi, tindakan mereka seperti tidak masuk akal dan kelihatan sangat bodoh. Netizen turut bengang dan berharap ibu bapa yang berfikiran cetek sebegitu berhenti membiak agar tidak memudaratkan kehidupan anak-anak mereka. Akibat terlalu percaya dengan sesuatu yang dikatakan agenda Yahudi, mereka terus menolak apa jua perubatan moden dan ubat-ubatan yang digunakan di hospital. Sebagai ibu bapa, kalian memikul amanah yang sangat besar untuk membesarkan anak-anak dengan baik dan tidak memudaratkan kehidupan mereka. Janganlah terlalu mementingkan diri sehingga sanggup menggadaikan nyawa anak gara-gara terlalu taksub dengan kefahaman yang salah mengenai perubatan moden dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat pesakit di hospital. Setuju tak? - CARI |
14
Bagus |
17
Marah |
12
Terkejut |
11
Sedih |
13
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
friedfishsoup replied at 10-12-2018 09:45 AM
Bukan Aimy la uols. Dia nya twitter handle @mosusofficial
ADVERTISEMENT