CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Bengang, Pekerja KLIA Campak Air Zam Zam?

13-12-2018 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10243| Komen: 92|Original author: Oleh: Myra Rozi

Tular di media sosial, satu klip video memaparkan kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencampakkan air zam zam milik jemaah yang pulang dari menunaikan Umrah.

Menurut Zahari Basaruddin yang memuat naik video tersebut,kakitangan KLIA itu telah mencampak air zam-zam ke lantai tanpa rasa segan dan hormat di khalayak umum.

"Kejadian hari ini di KLIA. Penat macam mana sekali pun tak wajar tunjuk marah begitu rupa dengan melemparkan air zam zam milik jemaah Umrah ke lantai tanpa rasa segan dan hormat.

"Malah tindakan itu juga dilakukan di khalayak umum. Kita tak bermaksud nak hukum kakitangan tersebut tapi jelas perbuatannya menyalahi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan."


Sinar Online melaporkan, susulan isu tersebut, seorang pengguna Facebook, Fauzan Mohd tampil bagi memberi penjelasan.

Pihaknya memohon maaf di atas insiden tersebut namun tindakan kakitangan KLIA itu terpaksa dibuat berikutan situasi conveyer yang penuh sehingga boleh menyebabkan air zam zam tersebut pecah.

"Kami tidak dapat melakukan pengasingan air zam zam satu persatu ke lantai kerana bagasi telah bercampur di converyer."

Tambahnya, situasi itu berlaku apabila bagasi yang sepatutnya keluar di converyer F terpaksa ditukarkan atas masalah teknikal dan menyebabkan pertembungan dengan bagasi lain di converyer G.

"Bayangkan betapa padatnya converyer itu dan boleh menyebabkan ia sangkut sekiranya kakitangan tidak mengeluarkan bagasi dan air zam zam itu secepat mungkin.

"Mungkin berhari-hari converyer itu tidak dapat digunakan dan akan menyusahkan pihak lain. Sepatutnya air zam zam dikeluarkan di Conveyor Out of Gouge (OOG) tetapi kami mendapat arahan ia akan bercampur dengan bagasi lain." 

Fauzan juga memberitahu yang kakaitangan tersebut tidak melangkah air zam zam tersebut dan tindakan tersebut terpaksa diambil untuk melancarkan pergerakan bagasi.

"Kami tidak langkah air zam zam itu kerana ia haram. Kami campak ke lantai sebelah kami untuk pastikan semua berjalan lancar.

"Mencampak air zam zam tidak haram dan di dalam Al Quran juga tidak mengatakan tindakan itu adalah haram,

"Harap anda tidak menghebohkan perkara yang belum sahih kerana ia akan jatuh hukum fitnah dan kami tidak mahu anda dihukum ALLAH kerana salah faham antara sesama Islam." -CARI
13

Bagus
11

Marah
19

Terkejut
8

Sedih
13

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namirulmukminin 13-12-2018 04:36 PM
Errkkk.. Jap nak tanya.. Air zam zam takleh langkah ke??? Dalil mana kata lagu tu??
Quote Alais 13-12-2018 04:44 PM
namirulmukminin replied at 13-12-2018 04:36 PM
Errkkk.. Jap nak tanya.. Air zam zam takleh langkah ke??? Dalil mana kata lagu tu??

minuman
macam makanan tak boleh langkah
Quote nikaido 13-12-2018 04:45 PM
Apa yg fitnah fauzan? Memang betul pun pekerja tu campak2 air zam2
Quote Decaffeinated 13-12-2018 04:45 PM
Holy water kot....

Quote DollahRepek 13-12-2018 04:50 PM
Kesian makcik2 kt situ..terkebil2 tgk brg diaorg kena campak. Hormat sket dgn brg org lain boleh?
Quote wahlava 13-12-2018 04:52 PM
bodoh, sorang pun tak tegur.

kalau aku kat situ, ermmmmm. jadi kes balai bertumbuk la jawabnya.

Quote munchkin 13-12-2018 04:53 PM
Aku harap ada pihak bawak or jual air zam zam ke sini. Tak payah berangkut air zam zam.
Quote wahlava 13-12-2018 04:54 PM
munchkin replied at 13-12-2018 04:53 PM
Aku harap ada pihak bawak or jual air zam zam ke sini. Tak payah berangkut air zam zam.

ramai je jual. nampak sangat kau tak pernah beli air zam zam.


Quote prettyuglybabe 13-12-2018 04:58 PM
munchkin replied at 13-12-2018 04:53 PM
Aku harap ada pihak bawak or jual air zam zam ke sini. Tak payah berangkut air zam zam.

ada je jual u.. gi kedai arab..
but orang kita ni biasa la..
nak pegang amik junjung sendiri dari arob baru berkat kekdahnya
Quote lkick2113 13-12-2018 04:58 PM
Bukan air Suci pun
Quote namirulmukminin 13-12-2018 04:58 PM
Alais replied at 13-12-2018 04:44 PM
minuman
macam makanan tak boleh langkah

Telaga zam-zam duk bawah lantai kat Masjidil Haram tu orang langkah je.. sehari berapa ribu orang langkah telaga zam-zam tu masa buat tawaf... aduh...
Quote xmynnx 13-12-2018 05:00 PM
dia sorang je ke angkut air zam2 tu?
jap yang jemaah tu tak boleh angkut sendiri ke barang2 dorang?
kalau i dah nampak pekerja tu start mencampak kotak air zam2 tu i cepat2 amik 1 kotak dari conveyor tu.
yer faham la ada jemaah yang uzur tapi angkat la sama2 kan.
ringankan beban org lain.
Quote namirulmukminin 13-12-2018 05:01 PM
prettyuglybabe replied at 13-12-2018 04:58 PM
ada je jual u.. gi kedai arab..
but orang kita ni biasa la..
nak pegang amik junjung sendiri dar ...

Yang jual tu kadang2 tipu.. bukan ori... Sebab tu kerajaan dah haramkan jual air Zam-zam...

Denda, penjara jika jual air Zam ZamOleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
[email protected]




Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan memberi amaran, mana-mana pihak yang menjual air Zam Zam di negara ini, boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata hukuman maksimum itu adalah mengikut Akta Makanan 1983.




Beliau berkata, penjualan air Zam Zam adalah dilarang di Malaysia, selaras larangan oleh kerajaan Arab Saudi terhadap tindakan itu.

Katanya, Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air berkenaan secara percuma kepada jemaah haji, umrah dan pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti terhad ketika berlepas pulang dari Arab Saudi.








Quote pooh~key 13-12-2018 05:02 PM
Akak syak yang main campak2 tu malam kang mesti tangan bengkak dekkkk.... ala2 terkena sumpahan nenek moyang yang marah tatkala cucu cicit ciritnya kencing dalam semak tanpa minta izin sebegitu dekkk, lalu buah zakarnya dibengkakkan dekkk....
Quote wahlava 13-12-2018 05:05 PM
namirulmukminin replied at 13-12-2018 05:01 PM
Yang jual tu kadang2 tipu.. bukan ori... Sebab tu kerajaan dah haramkan jual air Zam-zam...

Den ...

alababee

dadah syabu ice pun haram gak dol

ada je stock




Quote SissySembah 13-12-2018 05:06 PM
so what?? kalau akak... akak buat air itu untuk cuci dubur sahaja.. bukannya ada apa sgt pun... lain la kalau heshe campak koran... dah berapa banyak dah pokok mati di tebang untuk buat buku yg di cetak komputer oleh kafir harbi itu siap cedok2 numeral hindu letak sebelah ayat2 mereka untuk tanda... dari mengsia2kan pokok2 itu mati di tebang baik akak buat tisu lap bontot
Quote Alais 13-12-2018 05:06 PM
namirulmukminin replied at 13-12-2018 04:58 PM
Telaga zam-zam duk bawah lantai kat Masjidil Haram tu orang langkah je.. sehari berapa ribu orang  ...

bandingkan dgn saiz manusia
pokok kelapa - boleh langkah
ketupat - tak boleh langkah
Quote prettyuglybabe 13-12-2018 05:06 PM
Edited by prettyuglybabe at 13-12-2018 05:09 PM
namirulmukminin replied at 13-12-2018 05:01 PM
Yang jual tu kadang2 tipu.. bukan ori... Sebab tu kerajaan dah haramkan jual air Zam-zam...

Den ...

ooo.. dah tak boleh dah ye ok.. my bad..
terpaksa la juga angkut junjung dari tanah arob kalau gitu


Quote Atata 13-12-2018 05:10 PM
namirulmukminin replied at 13-12-2018 04:36 PM
Errkkk.. Jap nak tanya.. Air zam zam takleh langkah ke??? Dalil mana kata lagu tu??

Entah?? Tak faham apa yg nak dijunjung sangat? Air lah tu, org boleh buat mandi, buat cuci2 lepas ehem2. So?? Org Melayu ni hairan betul,  pelik2 je

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.118094 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top