CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Miss USA Dikecam Persenda Wakil Vietnam, Kemboja Tidak Tahu Berbahasa Inggeris

14-12-2018 10:24 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5573| Komen: 19|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Hanya beberapa hari lagi kemuncak Miss Universe 2018 akan berlangsung di Thailand, tetapi wakil Miss USA, Sarah Rose Summers, 24, telah mencetuskan kontroversi kerana komennya yang dikatakan mempersendakan beberapa peserta Asia.



Kredit foto: Parade

Dalam sebuah video yang diperolehi oleh E!News, peserta berasal dari Nebraska itu dirakam mencaci Miss Cambodia, Rern Sinat dan Miss Vietnam, H’Hen Nie. Video itu kononnya dimuat naik secara langsung dari Instagram milik Miss Colombia, Valerie Morales.



Kelihatan dalam video tersebut Miss USA dan Miss Australia, Francesca Hung sedang bersembang dan Summers telah bertanya "Apa pendapat kamu tentang Miss Vietnam? Saya rasa dia comel, tetapi hanya berpura-pura faham bahasa Inggeris kerana apabila saya cuba bertanyakan soalan kepadanya, dia hanya mengangguk-angguk dan tersenyum".


Kredit foto: TMZ

Selain itu, Summers juga mengajuk semula gaya Miss Vietnam sambil ketawa. Kemudian, Summers mula mempersendakan seorang lagi wakil dari Kemboja.


Kredit foto: Youtube

"Miss Cambodia langsung tidak faham sepatah pun Bahasa Inggeris. Bayangkan bagaimana orang nak berbual dengan dia? Francesca kata, mesti Miss Vietnam rasa terasing dan saya setuju dengannya. Kasihan sangat," kata Miss USA lagi.


Kredit foto: YouTube

Kata-kata Summers itu mencetuskan reaksi panas di kalangan pemerhati pertandingan berkenaan dan mengingatkan Summers bahawa dia berada di pertandingan Miss Universe, bukannya kelas Bahasa Inggeris. 

"Ini bukan contoh seorang Ratu sebenar," kata seorang peminat, manakala beberapa orang lagi mempersoalkan kelayakan penyertaan Summers sebagai wakil Miss USA.

Jadi persoalannya, perlukah pemenang Miss Universe fasih berbahasa Inggeris? Dan adakah kritikan Miss USA terhadap peserta yang tidak boleh berbahasa Inggeris boleh diterima pakai? - CARI
14

Bagus
13

Marah
10

Terkejut
17

Sedih
15

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 14-12-2018 10:32 AM
eleh miss columbia tahun lepas pakai translator x pe pun
Quote Sang_Pencinta 14-12-2018 10:36 AM
Ok memang fasih BI tak penting sangat

Tapi at least kena faham sikit2 lah

Kalau sepatah langsung tak faham, susahlah bila menang nanti nak buat kerja charity dia tu bagaimana?
Quote newyork 14-12-2018 10:41 AM
Eh sombong mcm president dia jugak
Quote prettyuglybabe 14-12-2018 11:28 AM
so miss malaysia jadi cikgu grammar?
Quote Artemesiaa 14-12-2018 11:36 AM
Bila tahu peluang dia nak menang kali ni susah mulalah nak memburukan orang lain
Quote Sang_Pencinta 14-12-2018 11:40 AM
Artemesiaa replied at 14-12-2018 11:36 AM
Bila tahu peluang dia nak menang kali ni susah mulalah nak memburukan orang lain

Dia ni bukah pilihan ramai kan? Macam Pinoy pilihan ramai
Quote buragazz 14-12-2018 11:42 AM
Artemesiaa replied at 14-12-2018 11:36 AM
Bila tahu peluang dia nak menang kali ni susah mulalah nak memburukan orang lain

Typical American..
Quote weezerfan 14-12-2018 12:07 PM
Ketuanan amareka bimbo berpisah teda.
Quote mieymiey 14-12-2018 04:16 PM
Australia tu cantik
Quote ayjay 14-12-2018 05:50 PM
buragazz: Typical American..



Typical westerners yang tak keluar kepompong negara dia.
Quote dani-rox 14-12-2018 10:27 PM
baru tahu ka peserta ratu cantek nih bitchy namatey
Quote RatuDunia94 14-12-2018 11:07 PM
Mohon berdiskusi kat thread Miss Universe iols yach.. mcm2 adakat situ..
Quote shamsadis 16-12-2018 01:49 PM
tapi, bila aku cakap Melayu dekat negara orang ni, rasa bongkak pulak sebab diaorang tak faham kan bahasa Melayu
Quote bungarose 16-12-2018 08:28 PM
Eleh.... miss usa tu ader 2nd language ker
Quote miemiecha 17-12-2018 09:28 AM
bi bahasa dr dlm perut korg..
demmit..
nasib mek x msk miss unibes..
lau mek msk, mek kecek klate, slang nismilan, campor bahasa ganung...

huh!
Quote awexgaban7 17-12-2018 10:20 AM
hekeleh hg boleh speaking yinglishh sbb tu mother tongue mu mek....
Quote iznanaziz 17-12-2018 10:56 AM

betul.  vietnam pun cantik kan?
Quote chinta89 17-12-2018 11:05 AM
ape dia ingat utk maju dlm hidup kena pandai BI je ke?

x layak langsung jd ratu lah uols ni, suka pandang rendah ke org.
Quote Sang_Pencinta 17-12-2018 11:06 AM
Tahniah
1st: Philippines
2nd: South Africa
3td: Venezuela

USA setakat Top 20

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.088255 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top