CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Maut Dalam Baldi

14-12-2018 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4296| Komen: 21

Bayi lelaki berusia satu tahun dua bulan maut kelemasan selepas terlangkup di dalam baldi di bilik air di rumahnya.

Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di Jalan Pangkalan Lambak, Sungai Rambai, Jasin, dekat Melaka, tengah hari, semalam.


Difahamkan, ibu mangsa berusia 30-an menemui Muhammad Arash Zahrain Osman di dalam baldi mengandungi air dengan kedua-dua belah kaki ke atas.


Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu mengesahkan kejadian dan berkata, ketika itu ibu dan ayah mangsa sedang makan tengah hari di belakang rumah, manakala tiga abangnya di bilik tidur.

"Ibu mangsa memaklumkan, terdengar bunyi air di tandas dan bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati mangsa dalam keadaan terlangkup di dalam baldi yang mengandungi air.


"Ibunya mendapati mangsa kaku tidak bersuara lalu mendapatkan suami. Sebelum kejadian, ibunya mengesahkan tiada air dalam baldi selepas membersihkan abang mangsa berumur dua tahun," katanya.

Bayi itu dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Rambai pada jam 1.30 petang bagi mendapatkan bantuan pernafasan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan klinik berkenaan.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Fatimah, Muar untuk bedah siasat dan siasatan awal menyifatkan kes sebagai mati mengejut (SDR).

"Setakat ini, tiada sebarang kecederaan luaran di badan mangsa yang hanya berpakaian lampin pakai buang selain tiada sebarang unsur perbuatan jenayah terhadap mangsa namun siasatan akan diteruskan," katanya. - CARI
15

Bagus
8

Marah
13

Terkejut
16

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bambimo 14-12-2018 09:04 AM
Allahhu Akhbar
takziah pada keluarga mgsa
peringatan untuk semua
budak2 baru dapat mmg kaki ligat explore
cm jiran meols...pintu gate terbuka...budak tu kat luar dengan abang nya 5tahun, parents dalam rumah
baby tu dh kuar dah ke jalan...meols balik rumah trnampak
terus panggil parents nya sbb risau kena langgar plak budak ni karang
Quote talapia 14-12-2018 09:54 AM
Ya Allah... x dapat bayangkan camne paniknya mak pak dia time tu.. Tapi bawak ke klinik utk dptkan bantuan pernafasan.. adoi sungguh rugi masa. Mak dia gi jenguk kira cepatla kot kan sbb dengar bunyi air kt toilet terus jenguk. Kalau sesiapa ada kebolehan CPR ke.. alangkah bagusnya.

Anak aku umur 2 tahun aritu kena sawan pon aku dah gigil panic x tentu arah. Inikan pulak mcm tu. Pernah gak anak aku terjunam dalam baldi berisi air.. depan2 mata aku.. tengah syok2 main air sambil2 basuh porch ramai2 dgn abg kakak.. dia nak cedok air dah tinggal separuh.. tertonggeng dalam tu. kuyup la kepala kira memang terbenamla kepala dlm air. Tapi maybe sebab anak aku dah besar sikit kot.. so dia berjaya bangun semula sendiri. Kalau baby2 yg baru setahun lebih... berjalan pon goyang2.. camne nak bangun semula kan nak2 kalau air dalam baldi tu banyak
Quote rospinki 14-12-2018 10:06 AM
kecuaian ni..mcmana dari belakang dia dengar bunyi air..kalu secepat dia dengar terus check bilik air sure budak tu hidup..tak mungkin lemas mungkin tersedak air je.

ker hanya stetmen selamatkan diri..padahal terleka buat benda lain..tup2 anak2 dh lemas dlm bilik air.

Quote tom2 14-12-2018 10:27 AM
innalillah. jadi pengajaran utk aku dan semua. selebihnya no comment
Quote Levespa 14-12-2018 10:33 AM
cuai ni.. tak boleh tinggal baby sorang2 walaupun sekejap...dan baby tu mesti dah terendam lebih dari 4 minit.. kalau baru je jatuh takdenya sampai kaku mcm tu
Quote chicozinn 14-12-2018 10:48 AM
nape dibukak pintu bilik air tu?

Allahu, yang meninggal tu plak muda 3 bulan je dari anak aku..mak budak ni pun xagak2 ke kn budak tgah ligat berjalan ni jangan la dibukak pagar, segala pintu ke lagi2 pintu bilik air..aku sejak anak aku da pandai jalan aku slalu tutup segala pintu takut dia senyap2 masuk kang naya ye..

peringatan untuk aku gak supaya lebih berhati2..
Quote DARSITA 14-12-2018 11:12 AM


Yang muda muda disuruh belajar berenang takut mati lemas.

Yang status emak ayah ni elok lah disuruh belajar CPR. Ada apa apa senang bagi bantuan penafasan.
Quote buapakperut 14-12-2018 03:22 PM
sejak anak ligat merangkak, nurse selalu pesan tutup bilik air ngan buang air kat besen2 baldi semua. anak iols pandai buka pintu bilik air sejak setahun lebih, gi amik colgate la,berus gigi la. kadang tak perasan tau2 colgate dah ade kat depan
Quote buapakperut 14-12-2018 03:23 PM
rospinki replied at 14-12-2018 02:06 AM
kecuaian ni..mcmana dari belakang dia dengar bunyi air..kalu secepat dia dengar terus check bilik ai ...

for sure la kot, takkan baru dengar bunyi terus lemasdah budak tu
Quote dokupangg 14-12-2018 11:59 PM
rospinki: kecuaian ni..mcmana dari belakang dia dengar bunyi air..kalu secepat dia dengar terus check bilik air sure budak tu hidup..tak mungkin lemas mungkin t ...


Kan, I pun skeptikal juga first because kalau dia terus dapatkan budak tu sejurus lepas dengar bunyi dlm bilik air chances are budak tu boleh hidup lg, second because dia kata baldi tu takde air pun previously sbb dah digunakan utk mandikan anak ke-2. How come baby tu mati dlm baldi yg “takde air”?
Quote giyomi 16-12-2018 01:38 PM
dlm kesedihan sempat lagi berdrama...setuju dgn uol klu cpt bertindak mesti dah selamat...ntah2 tgh bergurau senda mkn bersuap bila dgr bunyi sekadar teriak, abang apa bising2 tu...abang tgk kan adik blablabla...apa2 pon takziah
Quote wahlava 16-12-2018 01:42 PM
DARSITA replied at 14-12-2018 11:12 AM
Yang muda muda disuruh belajar berenang takut mati lemas.

Yang status emak ayah ni elok lah d ...

status mak ayah wajib ajar anak tang bagi rasuah sama celaka dgn terima rasuah, mati masuk neraka
tak kalu, nanti anak2 dorang jadi cam kau, pemberi rasuah tegar

jahanam semua




Quote Burong_Hantuk 16-12-2018 03:24 PM
al fatehah....
Quote Burong_Hantuk 16-12-2018 03:24 PM
chumilnya arwah nih


Quote Burong_Hantuk 16-12-2018 03:28 PM





Quote Buritan 16-12-2018 03:30 PM
Burong_Hantuk replied at 16-12-2018 03:24 PM
chumilnya arwah nih

Comelllnya
Quote Burong_Hantuk 16-12-2018 03:30 PM





Quote najib888 16-12-2018 03:41 PM
Patut dah kiranya KKM anjurkan first aid action utk bakal ibu/bapa.. CPR utk baby, dan langkah2 penyelamatan awal bagi bayi/kanak2..
anyhow, takziah pada keluarga baby ni..
Quote PU-ndan 16-12-2018 05:19 PM
salam takziah.

kepada yg ada baby kecik tu better jgn pakai baldi langsung. baby bath skrg ni dah ada safety harga pun tak mahal bawah seratus je.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.157200 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top