CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sejarah Coca-Cola Dan Lihat Apa Berlaku Selepas Sejam Anda Meminumnya!

17-12-2018 11:08 AM| Diterbitkan: MN_jarilaju| Dilihat: 8106| Komen: 33|Original author: Oleh: MN_jarilaju

Coca-cola atau coke merupakan antara jenama minum berkarbonat yang amat popular dan antara yang paling lama wujud di dunia. 

Bukan itu sahaja, coke juga mempunyai ramai pengikut yang boleh dikategorikan sebagai peminat tegar minuman tersebut yang menjadi ketagih mahupun penyimpan barang-barangan coke seperti botol dan tin minuman sebagai koleksi peribadi mereka.


Imej dari: Coca-Cola Ireland


Sejarah Awal Coca-Cola

Merupakan minuman berkarbornat yang dikeluarkan Syarikat Coca-Cola atau lebih dikenali sebagai The Coca-Cola Company dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. 

Coca-Cola atau coke pada asalnya dicipta sebagai ubat berharga 5 sen segelas pada penghujung abad ke-19, namun usahawan bernama Griggs Candler berjaya memperoleh hak ke atas Coca-Cola dan berjaya memasarkan coke secara meluas walaupun selalu dikritik kerana memberi kesan negatif kepada kesihatan peminumnya. 


Coke mula dijual dalam bentuk botol kaca pada Mac 1894 buat pertama kalinya dan direka dalam bentuk tin aluminium buat pertama kali pada tahun 1955.


Imej Dari: Harian Metro


Coca-Cola Dan Penajaan Sukan

Sukan Olimpik pertama di Amsterdam 1928 antara yang pernah ditaja Coca-Cola. Selain itu, Coca-Cola juga turut menjadi antara penaja bagi Sukan Olimpik Atlanta 1996 yang membawa kembali coca-cola ke tempat asalnya. 

Coca-Cola juga menjadi penaja utama bagi FIFA di setiap Piala Dunia FIFA dan pertandingan FIFA lain sejak 1978. Piala Dunia Belia FIFA juga dari Tunisia 1977 hinggalah Malaysia 1997 turut dikenali sebagai FIFA-Piala Coca Cola. 

Coca-cola juga turut menaja beberapa sukan lain seperti Besbol, Bola Keranjang, Hoki dan Perlumbaan Kereta.


Imej Dari: Johor91.blogspot.com


Apa Yang Berlaku Selepas Sejam Anda Minum Setin Coca-Cola?

Coke sememangnya mampu membuatkan si peminumnya ketagih dan akan berulang kali meminumnya. Namun, ia turut memberi kesan sampingan kepada tubuh manusia. 


Imej Dari: Everyday Health

10 Minit Pertama

10 sudu besar gula menghentam sistem tubuh anda. Namun, anda tidak akan berasa untuk muntah daripada lebihan rasa manis tersebut kerana asid fosforik dalam minuman tersebut telah menghalang anda daripada muntah dan mengekalkan ia dalam tubuh anda.


20 Minit 

Paras gula akan naik secara mendadak dan menyebabkan insulin pecah. Hati akan bertindak balas dengan menukarkan apa sahaja gula yang ada kepada lemak.


40 Minit

Penyerapan kafein selesai. Mata anda mula membesar, tekanan darah meningkat dan sebagai tindak balas, tubuh mula menyedut lebih banyak gula ke dalam saluran darah dan adenosine receptors di otak anda mula disekat untuk menghalang rasa mengantuk.


45 Minit

Tubuh akan mula menghasilkan pengeluaran dopamin dan merangsang pusat otak anda. Beginilah cara dadah heroin berfungsi secara fizikalnya jika anda mengambilnya.


60 Minit

Asid fosforik akan mula mengikat kalsium, magnesium dan zink di usus bawah tubuh anda, lalu memberikan rangsangan kepada metabolisme anda. Penambahan dos gula yang tinggi dan rasa manis yang palsu boleh meningkatkan rasa untuk membuang air kecil.

Duratik kafein mula memberi kesan dan membuatkan anda mahu membuang air kecil. Anda mungkin menjadi marah dan mula menjadi sedikit lembab. 

Anda juga telah membuang semua air yang datangnya dari coke, tetapi bukan air bernutrisi dan berharga yang boleh digunakan tubuh badan anda yang mempunyai keupayaan untuk menghidratkan sistem atau membina tulang dan gigi.

Tidak salah untuk meminati atau minum air coke ini, namun perlulah dikawal pengambilannya demi kelangsungan hidup dan kesihatan diri. - CARI
3

Bagus
15

Marah
10

Terkejut
5

Sedih
16

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fly_in_d_sky 17-12-2018 11:45 AM
dah lama tak minum air gas ...
tak berapa kenan sudah ... manis
Quote Artemesiaa 17-12-2018 11:51 AM
Nasib tak minat minum coke
Quote mieymiey 17-12-2018 11:56 AM
Semua jenis minuman manis jika diambli secara berlebihan memang mengundang bahaya. Jadi, bersederhanalah.
Quote a1ast0r 17-12-2018 12:52 PM
mieymiey replied at 17-12-2018 11:56 AM
Semua jenis minuman manis jika diambli secara berlebihan memang mengundang bahaya. Jadi, bersederhan ...

Setuju
Quote pearl.silver 17-12-2018 02:41 PM
dah tak ingat rasa coke camne
kalau gi mcd pun selalu request air lain
paling ingat dulu tengok dokumentari pasal coke ni
concentrate yg belum bancuh tu corrosive
pastu terasa nape nak minum benda yg corrosive tu?
pastu memang tak minum dah air berkarbonat ni
Quote ninnakarinna 17-12-2018 03:33 PM
Biras aku keje kilang coke kat enstek. Bangga nau kasi anak2 dia minum ni dari kecik.

Tiap kali jumpa mesti bangga bagi berkaton2 kat sdara mara atau bawa balik kg.

Kalau aku malu bagi sampah kat org. Sorry. Bagi aku air ni memudaratkan dan bukannya hype sgt mcm dlm iklan tu.

Aku plak kena fikir mcm mana nak counter anak2 aku time nengok spupu2 dia togak air ni. Contradict dgn apa yg aku dah ajar kat rumah.

Takkan la aku nak membebel kat anak2 aku dpn diorang plak kan..aku ckp kat laki aku

laki aku pujuk..dia ckp amik je la..minum sikit depan diorang..nak amik hati...ceh! Hipokrit!
Quote MN_jarilaju 17-12-2018 07:01 PM
fly_in_d_sky replied at 17-12-2018 11:45 AM
dah lama tak minum air gas ...
tak berapa kenan sudah ... manis

Good fo you.
Quote MN_jarilaju 17-12-2018 07:01 PM

Good for you.
Quote MN_jarilaju 17-12-2018 07:02 PM
mieymiey replied at 17-12-2018 11:56 AM
Semua jenis minuman manis jika diambli secara berlebihan memang mengundang bahaya. Jadi, bersederhan ...

Setuju. Kena beserderhana.
Quote MN_jarilaju 17-12-2018 07:03 PM
pearl.silver replied at 17-12-2018 02:41 PM
dah tak ingat rasa coke camne
kalau gi mcd pun selalu request air lain
paling ingat dulu tengok do ...

Betul tu. Banyak dah kat tv dorang bgthu pasal coke ni. Tapi tak tahu kenapa masih ramai yang tak boleh kurangkan minum air coke ni.
Quote MN_jarilaju 17-12-2018 07:04 PM
ninnakarinna replied at 17-12-2018 03:33 PM
Biras aku keje kilang coke kat enstek. Bangga nau kasi anak2 dia minum ni dari kecik.

Tiap kali j ...

Hahaha. Marah betul tu. Yang last tu padu. Hipokrit ! Hahaha.
Quote armin 18-12-2018 01:39 AM
ninnakarinna: Biras aku keje kilang coke kat enstek. Bangga nau kasi anak2 dia minum ni dari kecik.Tiap kali jumpa mesti bangga bagi berkaton2 kat sdara mara atau b ...

Kalau anak2 u nk minum org bg u ckp apa? Iols pun nk ajar jgk la.. walaupun mmg favorite kalau pegi mcd or kfc suka pilih coke n pepsi. Tp tak nak la ajar anak minum. Now dah kurang minum takut kena kencing manis
Quote mieymiey 18-12-2018 07:58 AM
Masa i sekolah menengah, i addicted giler dengan vanilla coke. Tiap kali balik sekolah, kena singgah kedai beli 1 tin. 1 tin untuk setiap hari. Sekarang bila i ingat balik, memang sah i gila. Nasib sekarang i dah tak minum sangat minuman gas memanis ni. Kekadang jer kalau tekak terasa nak minum.
Quote taji2906 18-12-2018 08:41 AM
coke sahaja ke yg kesannya macamtu? ke semua air berkarbonat?
aku suka amik 100+ bila betul2 penat sukan or hiking.. memang rasa bertenaga kejap lepas minum ni.. tp boost pun dalam 1/2 jam je la.. ni minum yg botol kecik tu
dan aku amik redbull bila drive jauh.. jarang2 la amik.. boost la jugak hilang rasa ngantuk atau penat..
risau pulak baca proses coke dalam badan tu.. hahaha
Quote dekmieDandy 18-12-2018 08:54 AM
minum coke kalau rasa nak sendawa ja be

burrrppp kemain panjang
Quote fifie_olin 18-12-2018 09:39 AM
iols pon dh lama x mnm air gas2 ni
dia pya rasa lain mcm la
rasa berbisa je kat tekak

puas dok pulun ms bbnu dulu
Quote VirginLady 18-12-2018 09:53 AM
Edited by VirginLady at 19-12-2018 03:26 PM

hurmm...surprisingly, both my kids tak suka minum air gas..kitaorg pun jarang minum kecuali order fast foodlah biasanya

i didnt do anything, cuma, yang i ingat,  yang sulung tu masa kekecik dulu dia nak rasa, reluctant but bagi dia sip and dia terus tak suka sbb sakit hidung kan

time anak ke2 ni pulak, one day dia pulak nak rasa, i dah pikir camner nih budak ni kuat makan semua dia hentam tak macam kakak dia..okay masa dia nak i bagi jugak, taraaa..mmg dia x suka, perit hidung haha

so everytime me and husband minum depan derang,  i akan buat2 muka and diaorg akan ketawa tgk kita seksa sangat nak habiskan air..kalau offer berlari diaorang sambil ketawa tanak, senang hati mak owhhhh
Quote fifie_olin 18-12-2018 10:01 AM
bos iols mmg dh ada kencing manis
still mnm air manis2
bayangkan satu botol bsr tu...heols bole abiskan sorg2 dlm ms sehari plk tu...
Quote MN_jarilaju 18-12-2018 03:41 PM
mieymiey replied at 18-12-2018 07:58 AM
Masa i sekolah menengah, i addicted giler dengan vanilla coke. Tiap kali balik sekolah, kena singgah ...

Betul. Vanilla Coke tu mengundang betul. Sbb rasanya macam kurang gas dia.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.079738 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top