CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terlebih Potong, Budak Menyesal Berkhatan

17-12-2018 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6819| Komen: 30

Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terpaksa menjalani pembedahan bagi menyambung bahagian kepala kemaluannya yang terpotong ketika majlis berkhatan beramai-ramai di Shah Alam, Selangor, 8 Disember lalu.


Harian Metro melaporkan, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Andai usaha menyambung itu gagal, doktor terpaksa melakukan pembedahan plastik bagi membetulkan atau mengantikan bahagian yang terlebih potong itu.

Ibu kanak-kanak berusia 36 tahun berkata, dia tidak dimaklumkan pegawai perubatan yang mengkhatankan anaknya mengenai apa yang berlaku, sebaliknya hanya memberitahu anaknya perlu dihantar ke HKL kerana menjalami pendarahan.


Kredit foto: NSTP/Harian Metro


“Bagaimanapun, di HKL, doktor memaklumkan bahagian kepala alat sulit anak putus akibat ‘terlebih potong’ menyebabkan anak saya perlu menjalani pembedahan,” katanya.

Difahamkan, kanak-kanak itu menyertai program majlis berkhatan yang menggunakan kaedah solehring anjuran persatuan penduduk kawasan kediamannya yang disertai 50 kanak-kanak termasuk anak sulungnya.

Ibu empat anak itu memaklumkan keadaan anaknya kini stabil, namun emosinya terganggu dan sukar tidur malam kerana sakit.

“Anak beritahu saya dia menyesal berkhatan, seolah-olah tidak dapat terima hakikat. Perkara ini memberikan kesan mendalam apabila dewasa kelak.

“Kami juga bimbang pelajarannya terganggu disebabkan kejadian ini kerana dia menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun depan,” katanya.


Kredit foto: Harian Metro

Dia yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada hari sama berkata, keluarganya bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang jika berlaku kecuaian yang boleh menyebabkan kecacatan kekal kepada anaknya. - CARI
13

Bagus
3

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 17-12-2018 10:47 AM
Masa dulu ada ke kes macam gini ek.. sekrang ni apsal macam banyak dilapurkan.. seram la pulak
Quote fushimi 17-12-2018 10:50 AM
ha apo lagi masa ne nak buat duit

Quote chinta89 17-12-2018 10:57 AM
ni kaedah baru ke mcmne?

doktor2 bagi ke cara mcm ni, maksud sy kalau dari segi perubatan moden its ok lah?
Quote prettyuglybabe 17-12-2018 10:58 AM
elok la parents fikir semula kaedah dulu-dulu..
biar la lambat sikit nak baik tapi hasilnya memuaskan..
berapa banyak dah kes kaedah moden sampai putus anu budak..
Quote besarkecik 17-12-2018 11:40 AM
Kaedah lama pun ok.. Sakit sikit & kejap je.. Tak semestinya mudah itu bagus, tak semestinya bagus itu mudah
Quote haryatie 17-12-2018 11:47 AM
guna jerk kaedah lama
ank aku dulu gi klinik swasta, tp doc tu yg nasihatkan better guna kaedah dulu2
lg pun join program bersunat ramai2 ni bg aku seram jerk..tengok mcam2 ragam tu
yg buat keje tu pun maybe da pening ramai sgt
baik sendiri2..aman2 jerk
Quote insulin 17-12-2018 11:48 AM
Kalau ada cadangan nak sunatkan anak, ada baiknya jangan rancang pada musim sunat/musim cuti persekolahan. Kerana pada masa begini, doktor2 mungkin hilang fokus semasa kerja-kerja penyunatan disebabkan oleh keletihihan menghadap appoinments khatan yang tak henti-henti.
Quote LadyCarefree 17-12-2018 12:32 PM
Makpak bodoh nk mampos pi bg ank join potong konek reramai. Nk jimat duit ke per? Pi la swasta yng elok mase biase xyah reramai dokter pon berpinar mate handle bnyak sngt konek. Konek kot bende plg penting prihatin la. Pastu saman jd kes semua orng tau citer konek dia. Malu kot.
Quote namirulmukminin 17-12-2018 12:46 PM
LadyCarefree replied at 17-12-2018 12:32 PM
Makpak bodoh nk mampos pi bg ank join potong konek reramai. Nk jimat duit ke per? Pi la swasta yng e ...

Amboi.. kemain ganas lagi komen.. Dah penah rasa konek belum??
Quote FOTHER-MUCKER 17-12-2018 12:47 PM
Ubah lagi ciptaan tohan!
Quote awanearisu 17-12-2018 12:50 PM
Tertanya-tanya juga kita, pelbagai alatan berkhatan bolehkah dijual tanpa melalui sebarang prosedur contohnya kelulusan dari KKM?
Quote buapakperut 17-12-2018 01:01 PM
adakah kalau ramai2 tukang sunat buat cincai , potong pastu nexxtt saja?
Quote sapeka 17-12-2018 02:43 PM
kenapa yg menyunat tu x buat betul2?
kesian la adik tu
Quote sapeka 17-12-2018 02:50 PM
haryatie replied at 17-12-2018 11:47 AM
guna jerk kaedah lama
ank aku dulu gi klinik swasta, tp doc tu yg nasihatkan better guna kaedah dul ...

yg buat kerja tu pun stress agaknya
Quote zach2008 17-12-2018 03:26 PM
Pendapat peribadi aku la... aku langsung tak bersetuju dengan program khatan ramai2 nih.. aku pun baru khatankan anak aku. Kira lewat la umur 12 tahun habis upsr.

Sebulan dah booking sebab doktor tak sunat ramai dlm masa sehari. Plg ramai pun 6 org macm tu.
Waktu bersunat pun awal pagi... pukul 7 sebab taknak clash dengan masa rawatan pesakit biasa.

Khatan cara lama, jahit tuk agak sakit la sebab kena jahit. Proses nak sembuh tu agak sukar jugak nak memantaunya.

Kaedah baru yg byk diguna pakai sekarang ialah guna clamp. Kena potong jugak tp tak perlu nak jahit. Potongan pun cantik dan kemas.

Waktu anak aku bersunat hari tu ada 5 orang. Hanya anak aku sorang je muslim
Quote JalakLenteng 17-12-2018 08:44 PM
Mengubah ciptaan tuhan... haram!
Quote LadyCarefree 17-12-2018 10:37 PM
JalakLenteng replied at 17-12-2018 08:44 PM
Mengubah ciptaan tuhan... haram!

Hihihihi tp sy suke konek sunat! Yuummmmyyyyyy
Quote stania83 17-12-2018 10:39 PM
Bygkan sunat 1400 tahun yg lalu mesti ramai yg mati. Kenapa nak buat benda yg memudaratkan?
Quote Decaffeinated 17-12-2018 11:56 PM
kanak-kanak itu menyertai program majlis berkhatan yang menggunakan kaedah solehring


solehring?... Cockring ja kan...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.050142 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top