Seorang lelaki ketagih filem lucah menjadikan cucu dan anak saudara isterinya sebagai pemuas nafsu, lapor Tribunnews seperti dipetik daripada Astro AWANI.
Dalam kejadian di daerah Kotagede, Yogyakarta itu, mangsa yang masing-masing berusia 10 tahun dan 12 tahun itu diperkosa ketika isteri suspek sedang tidur. Perbuatan keji lelaki berusia 56 tahun itu terbongkar pada Rabu lalu apabila cucunya mengadu sakit di bahagian perut ketika hendak membuang air kecil dan berjalan. Doktor yang merawat mangsa menasihati keluarganya membuat laporan polis selepas hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak berusia 10 tahun itu dirogol berulang kali.
"Pelaku merogol cucunya selama hampir setahun, bermula Februari lalu. Pelaku melakukan perbuatan itu setiap kali isterinya tidur. "Mangsa diugut supaya merahsiakan kejadian itu," kata Ketua Polis Kotagede, Abdul Rochman S.Ag. Difahamkan, anak saudara isteri suspek sering disogok dengan wang dan hadiah supaya mangsa menutup mulut. Selain itu, kedua-dua mangsa turut dipaksa menonton filem lucah bersama suspek. Suspek ditahan di rumahnya pada Jumaat lalu dan polis merampas sebuah set televisyen dan sekeping cakera video digital (VCD) lucah. Suspek berdepan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan. - CARI
|
8
Bagus |
14
Marah |
9
Terkejut |
8
Sedih |
15
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT