Ketika rakyat masih terkejut dengan kematian Mohd Hafiz Nor Azman, masih ada pihak yang tidak sensitif menyebarkan video kejadian di laman sosial tanpa memikirkan perasaan keluarga Allahyarham.
Tindakan admin laman Twitter berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai yang masih bersedih dengan kejadian menimpa pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing bagi kategori CP150 itu. Kesemua mereka menggesa agar video berkenaan dipadam bagi menghormati keluarga dan kenalan Mohd Hafiz. Hormat keluarga arwah Pun begitu, segelintir pihak merasakan tindakan itu tidak salah memandangkan sukan sedemikian sememangnya berisiko tinggi, namun bersetuju jika video terbabit dipadam bagi menjaga perasaan keluarga Mohd Hafiz. Tak perlu padam kot... Namun, difahamkan sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil admin laman Twitter berkenaan. Media sebelum ini melaporkan, Mohd Hafiz disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kota Tinggi selepas terbabit dalam kemalangan ketika pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Penawar, Johor, yang berlaku kira-kira 4 petang semalam. Lapor Harian Metro, bapa mangsa yang juga bekas pelumba, Nor Azman Mad Darus percaya kemalangan berlaku selepas pelumba di hadapan Mohd Hafiz terlanggar penghadang di tepi litar menyebabkan penghadang itu terkeluar ke tengah litar. "Pada masa sama, arwah tidak sempat mengelak menyebabkannya melanggar objek yang terpelanting keluar dari litar sehingga motosikalnya terjatuh," katanya. Takziah kepada keluarga Mohd Hafiz. - CARI
|
7
Bagus |
5
Marah |
5
Terkejut |
8
Sedih |
5
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe: benda live kat tv kot..kejadah nak memaki suruh delete bagai..bukannya video accident rakam tepi jalan nampak dia terlentang berdarah bagai..nama pun ...
ADVERTISEMENT