Penyanyi Shakira telah didakwa di sebuah mahkamah di Sepanyol atas tuduhan mengelak cukai pendapatan antara 2012 hingga 2014 sebanyak ASD16 juta (RM67 juta).
Pendakwa mengatakan, Shakira atau nama penuhnya Shakira Isabel Mebarak Ripoll, 41, telah menipu untuk mengelak daripada membayar cukai dengan melaporkan Bahamas sebagai kediaman rasminya pada tahun 2012-2014, sedangkan umum tahu dia tinggal di Sepanyol dengan kekasihnya, Gerard Pique, pemain bola negara tersebut. Cukai di Bahamas jauh lebih rendah daripada Sepanyol dan Shakira memiliki sebuah pulau peribadi di negara tersebut yang dibelinya pada 2011. Shakira bagaimanapun menafikan semua pertuduhan terhadapnya. Nama Shakira muncul dalam sebuah laporan dinamakan ‘Paradise Papers’ yang membocorkan cara beberapa orang kenamaan melakukan penipuaan cukai. Turut disebut-sebut dalam laporan itu termasuklah selebriti seperti Madonna dan Bono, penyanyi U2. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakapnya Jumaat lepas, Shakira berkata beliau bukanlah pemastautin tetap di Sepanyol pada tahun tersebut. Beliau mendakwa tidak berhutang apa-apa dan hanya digunakan oleh kerajaan Sepanyol sebagai ‘kambing hitam’ bagi menakutkan pembayar cukai daripada mengelak tanggungjawab mereka. Bagaimanapun, pendakwaraya mempunyai bukti bahawa Shakira hanya keluar beberapa kali dalam tahun tersebut untuk mengadakan konsert, sedangkan kebanyakan masanya Shakira berada di negara berkenaan. Nampaknya selepas Christiano Ronaldo dan Lionel Messi, semakin banyak selebriti yang bakal berdepan dengan tuntutan cukai di Sepanyol. Anehnya, jumlah yang dituntut tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan pendapatan lumayan mereka. Kalau betul-betul belum, apa kata Shakira bayar sahaja? - CARI
|
12
Bagus |
15
Marah |
11
Terkejut |
14
Sedih |
8
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
borrow replied at 19-12-2018 09:25 PM
Kat sana orka kena tax 45% kan. hampir separuh dari pendapatan .
ADVERTISEMENT