CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tujuh Perairan Misteri Dan Berhantu, Memang Seramlah

20-12-2018 04:45 PM| Diterbitkan: monolog| Dilihat: 7377| Komen: 14|Original author: Oleh: monolog

Perairan misteri dan berhantu? Lautan yang terbentang luas tentu sahaja mengundang pelbagai misteri di dalamnya. Peristiwa kapal hilang semasa berlayar, dan kehilangan pesawat di kawasan lautan seringkali menjadi misteri. Kisah misteri Segitiga Bermuda tentu anda pernah dengarkan? Namun bukan hanya Segitiga Bermuda sahaja kawasan lautan yang misteri dan mengerikan.


Mari kita singkap mengenai  tujuh lokasi di lautan yang dikatakan misteri dan berhantu.


Segitiga Bermuda di Samudera Atlantik


 

Kredit foto:google


Seperti yang dinyatakan, Segitiga Bermuda merupakan kawasan lautan yang paling misteri kerana kawasan ini membentuk 3 titik segitiga yang antara Bermuda, Puerto Rico dan Miami.


Kawasan ini terkenal  kerana banyak kisah berkenaan kehilangan kapal laut dan pesawat hilang dalam lingkungan segitiga ini. Pencarian secara besar-besaran telah dilakukan namun tidak ditemui sehingga sekarang.


Berikutan itu, muncul beberapa teori mengenai misteri Segitiga Bermuda. Ada  yang mengatakan kapal dan pesawat yang hilang tersebut masuk ke lubang hitam besar di kawasan tersebut. Malah ada juga yang berpendapat ada medan magnet yang sangat kuat dan luar biasa menariknya hingga tenggelam.


Pelbagai andaian, teori dan cerita mengenai kejadian ini. Namun semuanya tidak dapat betul-betul dipastikan kebenarannya.

 

2. Segitiga Michigan di Amerika Syarikat


Kredit foto:google

Tasik ini juga mempunyai misteri yang sama seperti Segitiga Bermuda. Kisah yang popular ialah mengenai seorang kapten bernama George Donner yang hilang secara misteri semasa melombong arang batu pada tahun 1937.


13 tahun kemudian, Northwest Airlines 2501 hilang dari radar di kawasan ini. Pesawat tersebut membawa 55 orang penumpang dan 3 orang kru. Bangkai pesawat tidak ditemui sehingga sekarang.


Ada beberapa orang mengaku melihat benda-benda aneh terbang di kawasan ini. Tetapi misteri di Segitiga Michigan belum diketahui kebenarannya.


3. Laut Sargasso di Samudera Atlantik

 

Kredit foto:google

 

Lautan ini merupakan satu-satunya laut di bumi  yang tiada garis pantai . Ciptaan alam yang unik ini terletak di tengah Samudra Atlantik Utara dan dikelilingi oleh arus lautan. Berada antara Gulf Stream di barat, Atlantik Utara di utara, Canary Current di timur dan Atlantik Utara di Selatan .


Walaupun Laut Sargasso dikelilingi oleh arus yang kuat namun arusnya tidak bergerak dan keadaan iklim disana terasa dingin.


Bagaimanapun suhu air di dalam laut jauh lebih hangat daripada permukaannya. 
Permukaan airnya  padat dengan rumput laut berwarna coklat yang dikenali sebagai Sargassum. Ia seolah seperti air sungai yang mengalir di tengah laut. Dahulu ketika berada di kawasan itu, Columbus berfikir bahawa dia telah berada dekat dengan darat sedangkan dia berada ratusan jauh batu dari daratan.


Laut Sargasso sering dikaitkan dengan Segitiga Bermuda. Laut ini juga dikenali sebagai 'Makam Kapal' atau 'Laut Kapal Hilang'. Kisah  sebuah kapal dagang Perancis , Rosalie yang pernah ditemui sangat misteri.


Ia sebuah kapal yang pernah hilang pada tahun 1840, kemudian dijumpai dalam keadaan yang masih utuh tanpa kru kapal atau mayat didalamnya.


Antara 1960-an dan 1980-an, banyak perahu dan kapal ditemukan hanyut disitu  tanpa kru kapal.

 

4. Segitiga Naga di Jepun


 

Kredit foto:google

Segitiga Naga ini hanya berjarak sekitar 100 km dari ibu kota Jepun iaitu kota Tokyo. Ia berada kawasan Samudera Pasifik, atau lebih tepatnya berada di sekitar pulau Miyake, Jepun.Kisah dahulukala menyatakan bahawa dulunya perairan ini dihuni oleh tiga ekor naga. 


Maka melalui kisah ini tempat ini dinamakan Segitiga Naga. Setakat yang diketahui ada 5 kisah misteri kehilangan kapal di kawasan ini.


Antara tahun 1952 hingga 1954, kajian pernah dilakukan sehinggalah kawasan ini disimpulkan sangat berbahaya oleh sesiapapun sehingga di beri gelaran Lautan Iblis.

 

5. Segitiga Alaska

 

Kredit foto:google


Segitiga Alaska dikatakan bertanggung jawab atas kehilangan  lebih kurang 16,000 orang secara misteri sejak tahun 1998. Setiap tahun, dilaporkan minima 4 orang dari 1000 orang di Alaska yang hilang tanpa jejak dikawasan ini.


Bukan hanya menelan manusia, Segitiga Alaska juga menyebabkan  beberapa kapal laut dan pesawat terbang hilang ditelan laut. Beberapa pakar berpendapat bahawa mereka yang hilang dikawasan ini diakibatkan oleh medan magnet yang terlalu kuat dikawasan ini.


6. Los Roques di Caribbean

 

Kredit foto:google

Lokasi laut paling mengerikan di dunia selanjutnya iaitu Los Roques di Caribbean. Kawasan ini mula dikenali sejak kapal yang ditumpang oleh Vittorio Missoni dan 5 kru kapalnya hilang secara misteri di kawasan perairan ini.


Kejadian misteri ini pernah juga terjadi pada tahun 2008, di mana ada kapal yang lenyap secara tiba-tiba dan bangkai kapalnya tidak dijumpai sehingga kini.


7. Segitiga Masalembo di Indonesia

 

 

Kredit foto:google

Segitiga Masalembo terletak di perairan Indonesia. Kawasan ini berada di laut antara pulau Kalimantan, Sulawesi, dan Jawa dengan membentuk tiga titik segitiga.


Ada beberapa kapal laut dan pesawat terbang yang pernah hilang secara misteri di kawasan ini, yang paling terkenal iaitu pesawat Adam Air pada tahun 2007. Pesawat yang membawa 102 penumpang tersebut hilang secara misteri namun telah dijumpai 4 tahun selepas kehilangannya di Siompu, Buton, Sulawesi Tenggara.


Selain itu, kapal laut bernama KMP Senopati dan Kapal Tampomas juga pernah mengalami peristiwa yang sama, iaitu hilang secara tiba-tiba di kawasan ini.

 

Setelah penulis melongkar kisah-kisah perairan yang disebutkan seperti di atas melalui sumber  carian di google, jelaslah bahawa banyak misteri dilautan yang tenang dan biru di bumi kita ini. Apa-apa pun sebagai umat Islam perkara-perkara ghaib itu memang wujud kan. - CARI 

12

Bagus
24

Marah
11

Terkejut
11

Sedih
8

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siputsedut 20-12-2018 05:14 PM
Ada kaiju kot kt segitiga naga tu...{:smile
Quote buapakperut 20-12-2018 08:00 PM
so mh kat mana?
Quote moonbug 20-12-2018 09:59 PM
Bermuda Triangle paling legendary
Quote AvaAdore 20-12-2018 10:38 PM
Kenapa byk nama guna segi tiga. Inspired by segi tiga bermuda ke?
Quote tri-max 21-12-2018 09:01 AM
great info
suka baca pasal lautan pasal my late grandpa seorang kapten kapal
da banyak lautan dia redah, dan byk benda misteri dia pelajari tp sayang dia bawak semua smpi ke mati.
mungkin tak sanggup nak kongsi dgn anak cucu .. hrmmmm
Quote monolog 21-12-2018 10:11 AM
tri-max replied at 21-12-2018 09:01 AM
great info
suka baca pasal lautan pasal my late grandpa seorang kapten kapal
da banyak l ...

Wah...mesti banyak pengalamannya , insan yang bertuah kerana bukan semua dapat lihat keajaiban kat dunia ni
Quote Artemesiaa 21-12-2018 11:38 AM
Macam2 kawasan segitiga ada tapi yang paling famous tetap segitiga bermuda
Quote mamamia13 21-12-2018 10:40 PM
duduk rumah di tepi pantai pon mcm2 misteri.  apatah lagi tengah laut
Quote NmeeraR 22-12-2018 02:37 PM
tetiba teringat MH370..  
Quote chinta89 23-12-2018 11:54 AM
agak2 MH hilang dalam salah satu ni? mana tahu ade segi tiga lain yg kita x tahu.
Quote abangadek 23-12-2018 12:48 PM
semuanya segitiga hurmmmm
Quote korokure 23-12-2018 11:12 PM
kat indonesia pun ada laut misteri noo..huhu takut
Quote Supersirap 24-12-2018 09:47 AM
terima kasih ke atas informasinya yaa
Quote smileyy 6-1-2019 11:02 AM
nice info

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.089775 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top