Pernahkah anda mendengar mengenai Pentadbir Pusaka atau
Pentadbir Harta Pusaka. Penulis mendapat maklumat di halalmoney.my dan rupanya
Pentadbir Harta adalah berbeza dengan
pemegang amanah atau wakil kuasa. Nampak macam sama tetapi perlaksanaan
dan haknya tidak serupa. Namun ulasan penulis disini berkaitan dengan Pentadbir
Pusaka atau Pentadbir Harta Pusaka kerana ia lebih dekat dengan pengalaman
penulis. Apa itu Pentadbir
Pusaka atau Pentadbir Harta Pusaka ? Ia merupakan peraturan yang diputuskan oleh pejabat pusaka
kecil atau mahkamah sehinggalah harta tersebut boleh diserah hakmilik kepada
waris-waris atau pihak tertentu mengikut undang-undang . Lantikan individu sebagai
Pentadbir Harta Pusaka ini boleh terjadi seperti berikut : 1. Sekiranya tuan tanah telah meninggal dunia dan terdapat
waris-warisnya yang masih dibawah umur atau hilang upaya dari segi
undang-undang untuk memiliki harta. 2. Harta tersebut mempunyai apa-apa sekatan yang perlu
diselesaikan terlebih dahulu sebelum boleh diserahkan kepada waris-waris atau
pihak-pihak tertentu. Kedudukan Pentadbir
Harta Pusaka Individu yang dilantik sebagai Pentadbir Harta Pusaka
hanyalah bertindak sebagai pengurus, pentadbir dan pemegang amanah bagi pihak si
mati yang telah meninggal dunia. Harta tersebut boleh diserahkan kepada waris
yang sepatutnya sehinggalah pembahagian harta tersebut selesai diputuskan oleh
Pejabat Pusaka Kecil atau mahkamah.Bagi orang islam, pembahagian harta ini akan
mengikut pembahagian secara faraid. Berdasarkan pengalaman penulis, sekiranya individu yang
dilantik menggunakan kuasa sebagai Pentadbir Harta Pusaka tidak boleh
membangunkan apa-apa aset di atas tanah yang diamanahkan, ini kerana boleh
berlaku pertikaian di masa akan datang kerana dia adalah individu yang hanya
menjaga harta tersebut dan tidak akan mendapat apa-apa dari aset yang
dibangunkan. Sekiranya ada apa-apa yang dibangunkan akan menjadi harta kepada
waris yang berhak. Apa Hak Pentadbir
Harta Pusaka ? Individu yang dilantik sebagai Pentadbir ini tidak mempunyai
hak pemilikan atau kepentingan melainkan dia adalah salah seorang waris yang
mempunyai hak ke atas harta si mati. Ini bermakna individu ini tidak mempunyai kuasa pemilikan secara automatik dan tidak
boleh menjual atau memindahmilik harta tersebut kepada sesiapa selain kepada
waris-waris yang berhak. Melainkan melalui satu perintah daripada pejabat pusaka
kecil atau mahkamah. Siapakah yang boleh
dilantik menjadi Pentadbir Harta Pusaka? Pejabat Pusaka boleh melantik Pentadbir Harta Pusaka kepada
waris-waris si mati atau pihak lain
seperti Amanah Raya . Berapa ramaikah
individu yang boleh dilantik sebagai Pentabir Harta Pusaka? Pentadbir Harta Pusaka boleh dilantikan lebih dari seorang.
Mengikut pengalaman penulis tidak lebih daripada empat orang. Sekiranya amanah
dan tanggungjawab ini tidak dapat dipikul oleh Pentadbir Harta Pusaka yang
dilantik, individu lain boleh dilantik menggantikannya melalui pejabat pusaka
kecil atau mahkamah mengikut syarat dan undang-undang yang diputuskan. Kesimpulannya lantikan Pentadbir Harta Pusaka dibuat
setelah pemilik tanah telah meninggal
dunia manakala pemegang amanah dibuat semasa pemilik tanah masih hidup. Berdasarkan pengalaman penulis lantikan sebagai Pentadbir
Harta Pusaka sangat menjerihkan sebelum semua waris-waris boleh mendapatkan hak
pemilikan. Oleh itu nasihat penulis sekiranya tuan tanah telah berusia mempunyai
aset tak alih seperti tanah, wajarlah disegerakan untuk diturunkan
kepada waris atau diturunkan secara hibah. Bagaimana pula anda? Pernah mengalami kesukaran menuntut hak harta pusaka? Sama-sama kita kongsikan pengalaman buat pedoman orang lain di masa
akan datang. - CARI |
21
Bagus |
19
Marah |
14
Terkejut |
17
Sedih |
12
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
noraidil_06 replied at 21-12-2018 06:21 PM
Saya berkerja dlm bidang ini.
Tp lebih kepada sivil dan buka syariah
monolog replied at 21-12-2018 07:01 PM
Artikel di atas lebih kepada orang islam...kalau bukan islam mungkin berbeza kan?
ADVERTISEMENT