Seorang murid membuang susu ke dalam longkang di Sekolah Rendah Pusat Luohong di mukim Longhui, Hunan, China. Kredit foto: South China Morning Post Sebuah
sekolah di China dikritik kerana mengarahkan murid-muridnya membuang susu yang
diberi secara percuma oleh kerajaan ke dalam longkang.
Memetik
laporan South China Morning Post pada 20 Disember, netizen mempersoalkan
tindakan itu berikutan rakaman video yang tular dalam Weibo minggu lalu
menunjukkan murid-murid Sekolah Rendah Pusat Luohong di mukim Longhui, Hunan melakukan
perbuatan tersebut.
Mereka
berpandangan, perbuatan itu menyebabkan berlaku pembaziran terhadap susu subsidi
yang dibekalkan oleh kerajaan China setiap hari.
Walau bagaimanapun,
guru besar sekolah berkenaan yang hanya dikenali sebagai Zeng mempertahankan
tindakan itu dan menjelaskan, ia dilakukan bagi menjaga kesihatan murid-murid.
"Pernah berlaku
di mana mereka membawa pulang susu yang dibekalkan dan menyimpannya sehingga
berbulan-bulan," jelasnya. Beliau
memberitahu, susu terpaksa dibuang bagi memastikan murid-murid tidak membawanya
pulang ke rumah dan meminumnya setelah ia menjadi basi.
Malah,
kata Zeng, terdapat beberapa kes di mana murid-murid mengalami keracunan
makanan akibat meminum susu basi dan ibu bapa menemukan kotak-kotak susu yang
telah melepasi tarikh luput disimpan di rumah mereka.
Lebih memburukkan
keadaan, beliau menjelaskan, ibu bapa menyangka pihak sekolah memberi susu yang
telah melepasi tarikh luput kepada anak-anak mereka.
Zeng
berkata, susu yang dibuang ke dalam longkang seperti yang dipaparkan dalam
rakaman video tersebut merupakan sisa yang tidak lagi diminum oleh murid-murid.
Katanya
lagi, pihak sekolah sedang berbincang dengan pegawai-pegawai kerajaan China
bagi mencari jalan untuk mengelakkan pembaziran susu berlaku pada masa hadapan.
Walau apapun alasan yang diberikan, perbuatan membazir hendaklah dielakkan dan kanak-kanak tidak sepatutnya diberi dorongan untuk melakukannya. - CARI |
12
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
9
Sedih |
14
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT