CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

"Insyaallah Kita Ketemu Di Syurga" - Tribute Hiba Ifan Seventeen Buat Isteri Dan Sahabatnya

26-12-2018 11:01 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 6368| Komen: 34|Original author: Oleh: nameera

Bencana  Tsunami yang berlaku pada hari Sabtu 22/12/2018 turut mengorbankan  3 anggota band Seventeen iaitu, Bani,Herman, dan Andi. Hanya Ifan iaitu Vokalis dari band Seventeen yang terselamat. Isteri Ifan, Dylan  Sahara, manager Seventeen dan beberapa artis lain juga antara mangsa yang terkorban ketika berlakunya Tsunami yang berpunca dari letusan gunung berapi Anak Krakatau.



Melalui akaun Instagramnya, Ifan menitiskan airmata saat memaklumkan Bani Seventeen telah meninggal dan Herman, Andi dan isterinya masih tidak diketemukan. Dia juga meminta mendoakan agar mereka diketemukan dalam keadaan selamat.

"Minta doanya agar istri saya @dylan_sahara , trus mas @hermanseventeen @andi_seventeen sama @uje17_rukmanarustam cepet ktmu dalam keadaan selamat sehat walafiat. Minta ikhlas nya buat orang2 tersayang mas @baniseventeen dan mas @oki_wijaya"


Pada ketika itu, ada ura-ura mengatakan isteri Ifan terselamat tetapi keberadaannya masih belum dikenalpasti.  


Pada hari berikutnya, jasad Herman diketemui. Melalui instagram Ifan Seventeen, beliau telah menggambarkan yang Herman Seventeen telah tiada. "Selamat jalan ko Eman @hermanseventeen , husnul khotimah. Temen2 semua maafin semua salah mas Herman ya, mohon diikhlaskan dan dkirimi doa buat almarhum."

Sumber dari Instagram @ifanseventeen

Dengan penuh rasa pilu Ifan menyatakan  tidak dapat menghantar teman sepejuangannya hingga keakhirnya kerana perlu mencari Andi Seventeen dan Dylan iaitu isterinya yang masih belum ditemui.

Sumber dari Instagram @ifanseventeen

Diikuti hari berikutnya Andi diketemui dan  pada malam kelmarin  isterinya juga telah dikenal pasti.

Segala berita tersebut telah diupdate oleh Ifan sendiri. 


Sumber dari Instagram @ifanseventeen

Ifan juga membuat tribute dan mengungkap rasanya dengan penuh hiba terhadap anggota band yang terkorban termasuklah sang isteri yang paling dicintainya. Beliau juga memohon segala kemaafan, mewakili anggota band dan isterinya...

Sumber dari Instagram @ifanseventeen

Antara gambar dimuat naik Ifan yang mengingatkannya kepada isterinya Dylan Sahara dan ahli Seventeen yang lain iaitu Andi, Bani dan Herman.

Story di Instagram @ifanseventeen

Peminat dan rakan artis turut berasa dukacita dan mengucapkan takziah dan memberi komen dengan kata-kata semangat dan positif kepada Ifan. Kebanyakannya mendoakan agar Ifan kuat dan tabah menghadapi cubaan ini.

Bukan itu sahaja ,
Ada juga yang mengaitkan lirik  lagu Kemarin yang dicipta oleh Almarhum Herman Seventeen  adalah menggambarkan keadaan band Seventeen setelah Tsunami di Banten dan Lampung. Antara yang menyedarinya adalah, selebriti indonesia iaitu Anji Manji dan isteri kepada Herman.



Takziah diucapkan kepada warga Indonesia atas kejadian Tsunami di Selat Sunda. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan menempuhi cubaan ini. - CARI

11

Bagus
14

Marah
15

Terkejut
14

Sedih
12

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 26-12-2018 11:13 AM
cantik bener istrinya itu...
Quote meklalala 26-12-2018 11:20 AM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
Quote helicornia 26-12-2018 11:21 AM
kesian dia tinggal sorang je anggota band lain dah takde
Quote missinpiece 26-12-2018 11:24 AM
Sedih....moga roh mereka dirahmati tuhan...
Quote Beribear 26-12-2018 11:27 AM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.. Sedih
Quote hijau_serindit 26-12-2018 11:44 AM
lagu kemarin memang macam menggambarkan ape yang jadi sekarang. sedihhhh...
Quote chicozinn 26-12-2018 12:17 PM
aduh, kesian dia sebab tinggal dia sorang je yang tak dijemput ilahi..lagi bertambah pilu..

takziah buat ifan
Quote BabyOnEarth 26-12-2018 01:22 PM
Al-fatihah kepada mangsa korban
Quote ninjago 26-12-2018 02:20 PM
Alfatihah.. must be hard for him.. besar ujian tuk dia.  
Quote miemiecha 26-12-2018 02:35 PM
takziah..
dlm sedih msh mmpu hapdet..
klau mek, mau meraung dah..
Quote mawar_mustika 26-12-2018 02:36 PM
innalillahi wainna ilaihi rojiun....sedih plak ble bc lirik kemarin...mmg btul2 menggambarkn ape yg ifan tu lalui skrg
Quote friedfishsoup 26-12-2018 03:14 PM
miemiecha replied at 26-12-2018 02:35 PM
takziah..
dlm sedih msh mmpu hapdet..
klau mek, mau meraung dah..

Dia harus update.
Sebab dia the only surviving member of seventeen band tu. Dia kena beri info semua band members dah takde and wife dia pun dah takde. Jadi peminat2 tak tertanya2. Lagipun boleh suruh followers sedekah Al-fatihah utk members and isteri dia sendiri.. walaupun tak sanggup nak update
Quote NmeeraR 26-12-2018 03:38 PM
Edited by NmeeraR at 26-12-2018 03:39 PM
friedfishsoup replied at 26-12-2018 03:14 PM
Dia harus update.
Sebab dia the only surviving member of seventeen band tu. Dia kena beri info se ...

Betul tu. Seolah-olah dia rasa dia bertanggungjawab untuk menyampai berita sbb yg tiada tu kawan baik satu seventeen dan juga isterinya..  Sbb ada stgh org tak mampu ....Nampak Ifan seorang yg kuat , sbb dia sendiri yg memaklumkan  kehilangan 3 anggota groupnya dan isterinya. Moga Ifan terus kuat dengan cubaan ini. Camtu jugak dengan mangsa lain. Takziah untuk warga Indonesia yg terjejas. Moga mereka yang kehilangan keluarga & tempat tinggal terus cekal dan kuat menghadapi cubaan ini.
Al-Fatihah...
Quote mieymiey 26-12-2018 04:21 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Salam takziah buat Ifan
Quote miemiecha 26-12-2018 04:28 PM
friedfishsoup replied at 26-12-2018 03:14 PM
Dia harus update.
Sebab dia the only surviving member of seventeen band tu. Dia kena beri info se ...

sbb tu mek bandingkan dia ngan mek..

klau mek, mau meraung je dah.. x mmpu dah nk buat pape..
kawan2 hilang..
isteri hilang..
klau mek, mmg mek x mmpu dah nk pikir pape...
Quote zie_indah 26-12-2018 06:32 PM
Alfatihah..sedih nye moga terus tabah lalui hidup ini
Quote lilydandelion77 27-12-2018 02:16 AM
Bertabahlah Ifan! Allah Maha Mengetahui!
Kat ig dorang, penuh jugak makcik pakcik bawangs...
Doakan je utk mereka yg dah pergi. Depa semua kan mencari rezeki masa tu.... Sampai hal lama pun terbongkar...walhal dah bertahun berlalu pun...
Quote gummiebear 27-12-2018 07:02 AM
Sedihnya. Hilang sorang pun dah tak tergambar dengan kata2 inikan pula hilang isteri dan sahabat sekaligus camni. Salam takziah buat mas Ifan. Semoga tabah dengan ujian ini.
Quote haliamerah 27-12-2018 12:41 PM
ifan sgt kuat...iols slalu jgk tgk ig die sejak tsunami ni...latest ade 1 pic n caption dgn wife die.... ifan ckp fon die n wife die hilang sbb tsunami...so dh xbyk pic die dgn wife die...dulu die tiap kali wife ajak selfie byk2,,die mcm xsuke...skrg baru die terfikir....tp sayangnye fon diorg pun dh hlang...so die mtk sape2 yg ade simpan pic die dgn wife die..blh sent personel kt die....

klau tgk ig ifan n group seventenn yg lain ni...diorg ni sdang menyiapkan diri dgn akhirat...mcm ifan sndiri pun,,byk join grup agama g sekolah pondok..belajar agama...tlg org2 susah.... yg lg 2 org grup seventeen tu,,anak kcik lagi..ade yg baru celebrate besday anak die bln lepas....

sedihnye la hai....kuat ujian ifan ni....kalau xkuat hadapi ni,blh mental down....mcm mane la die nak hadapi lepas ni....samaada die akn trus menyanyi or die akan stop ke?....

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.042746 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top