Pasangan kekasih yang baru sebulan mengumumkan terikatnya percintaan mereka berdua nampaknya mendapat restu peminat. Aiman Hakim Ridza dan Zahirah McWilson disifatkan bagai pinang dibelah dua, apatah lagi mendapat restu dari ibu Zahirah sendiri. Dalam masa sama, netizen tertanya-tanya apa pendapat bekas teman wanita Aiman, Fathia Latiff. Sementelah lagi perang dingin mereka berkaitan 'pinjam duit tak bayar' menghangatkan lagi keadaan. Bagaimanapun, melihat kelibat Fathia yang semakin aktif berlakon dan juga turut terlibat dalam Festival 'shopping' baru-baru ini menjelaskan yang Fathia sudah semakin okey. Dia juga mampu menjawab soalan wartawan tanpa melatah serta muat naik status di media sosial juga nampak lebih waras.
Dalam temubual bersama portal Mhetv, Fathia mendoakan yang terbaik kepada pasangan tersebut. Bagi Fathia, dia dan Aiman sudah lama tidak berkomunikasi, jadi dia mendoakan yang terbaik kepada Aiman dan Zahirah sendiri. "Saya memang nak fokuskan pada kerjaya saya. Jadi bila orang kata macam tu, saya nak doakan beliau. Sebab saya pun dah lama tak communicate dengan dia. Tiba-tiba orang datang dekat saya, tanya fasal beliau. Saya doakan yang terbaik dan harapkan berkekalan sehingga orang kata ke syurga." Menurut Fathia lagi, dia kini mahu menggilap balik bakatnya dan mahu membuktikan bahawa bila terjatuh, dia mampu bangkit semula. "Buat masa ni saya solo. Saya fokus pada keluarga, kerjaya dan kawan-kawan yang banyak membantu saya dan supporter saya. Saya nak mengilap bakat dan bila jatuh, saya mampu bangkit balik." Dalam nada berseloroh, Fathia sempat menitipkan pesan kepada Aiman, kalau kahwin nanti, jangan lupa mengajaknya ke kenduri kahwin nanti. Sementara itu, netizen turut memuji perubahan positif Fathia dan mengharapkan dia berterusan begitu. Malahan mereka mengharapkan Fathia mampu kembali menjadi Ratu Drama menggantikan pelakon baru yang kebanyakkannya tidak pandai berlakon. Manakala bagi soalan hutang dengan Aiman pula, Fathia memberi pencerahan bahawa tiada siapa yang berhutang dengan sesiapa dan mengharapkan ianya tidak dibangkitkan lagi. Nampaknya Fathia semakin positif dan mahu kembali berlakon. Persoalannya, mampukah dia kekal positif? Apa pula pendapat anda? - CARI
|
11
Bagus |
10
Marah |
16
Terkejut |
16
Sedih |
14
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
akumak replied at 26-12-2018 10:39 AM
aku tengok princess mera (amber heard) dalam aquaman, teringat fathia. cantik dia ni. jangan sia2kan ...
akumak replied at 26-12-2018 10:39 AM
aku tengok princess mera (amber heard) dalam aquaman, teringat fathia. cantik dia ni. jangan sia2kan ...
akumak: aku tengok princess mera (amber heard) dalam aquaman, teringat fathia. cantik dia ni. jangan sia2kan bakat ok
akumak replied at 26-12-2018 10:39 AM
aku tengok princess mera (amber heard) dalam aquaman, teringat fathia. cantik dia ni. jangan sia2kan ...
ADVERTISEMENT