CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lulusan UM Dipenjara 5 Tahun Kerana Miliki 12 Buku Berkaitan Kumpulan Pengganas

27-12-2018 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3752| Komen: 16

Bekas pelajar wanita dipenjara lima tahun selepas didapati bersalah memiliki 12 buah buku berkaitan kumpulan pengganas, Mac tahun lalu, lapor Berita Harian.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bekas pelajar Universiti Malaya (UM), Siti Noor Aishah Atam, 30, diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 22 Mac 2016.


Foto: Berita Harian

"Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebanggaan ummah, tapi sebaliknya kamu melakukan perbuatan yang sangat sia-sia dan menyalahi undang-undang.


"Diharapkan awak benar-benar bertaubat dan jadi orang lebih baik dan berguna di masa akan datang, ketahuilah perbuatan awak ini adalah jihad yang sia-sia," kata Mohamad Shariff.

Sementara itu, 12 buku berkaitan kumpulan pengganas Daesh, Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah (JI) terbabit dilucutkan hak kepada kerajaan untuk dilupuskan.

Terdahulu, tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman pada 19 April 2016 kerana memiliki 12 buah buku berkaitan kumpulan pengganas di Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu, jam 12.25 tengah hari, pada 22 Mac 2016.

Aishah didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap bahan itu.

Bagaimanapun, Aishah dibebaskan daripada pertuduhan itu pada 29 September 2016 selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya. - CARI
10

Bagus
14

Marah
19

Terkejut
12

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 27-12-2018 02:00 PM
harap adik ni insaf la..x payah beriya nak cari jalan mudah masuk syurga

berbakti pada ibu bapa n makhluk Allah, bykkan amalan insyaAllah bole peroleh syurga

Quote paz 27-12-2018 02:03 PM
Buku apa lah yang dia simpan ni yer.
Quote Intanmahsuri 27-12-2018 02:44 PM
Pernah baca kes ni viral dalam facebook - kena tahan under SOSMA.
Quote armin 27-12-2018 02:57 PM
Mana dia dpt? Beli online?
Quote Matpon 27-12-2018 03:07 PM
mcmn bentuk dan rupa buku tu..
Quote mongoose_kidz 27-12-2018 04:02 PM
mcmana org tahu dia ade buku2 tu..
Quote Hunny_hayati 27-12-2018 05:08 PM
Lama jugak kes dia nie yer...kalau tak salah,dulu pernah kena tahanan rumah...then rasanya dia tangkap cintan ngan mamat jihadis tu & plan nak pergi berjihad...sampai ayah dia sendiri buat report polis...betulkan kalau iolls salah  
Quote matkpop 27-12-2018 07:46 PM
kesian mak ayah dia.
Quote puccafan 27-12-2018 10:47 PM
Hunny_hayati: Lama jugak kes dia nie yer...kalau tak salah,dulu pernah kena tahanan rumah...then rasanya dia tangkap cintan ngan mamat jihadis tu & plan nak pergi ...


Kisahnya demi kasih ku turutkan la ye. Hebat betul cinta dia
Quote FOTHER-MUCKER 27-12-2018 11:35 PM
Kan dia nak shortcut masuk syurga!
Quote onexox97 27-12-2018 11:42 PM
Membaca jambatan ilmu
Quote kemaruk 27-12-2018 11:45 PM
Diharap beliau akan jadi jihadah juah satu hari nanti
Quote bambimo 28-12-2018 12:02 AM
dulu meols ada baca katanya utk thesis master dia...
rupanya bukan erk...sapa yg follow boleh explain tak story
Quote vee_zara 18-3-2019 09:39 PM
Kesian sungguh pdahal banyak lagi cara kita nak masuk syurga. Berbakti pada ibu bapa, taat pda suami n etc.  
Quote berusjamban 18-3-2019 09:42 PM
Rupa gini ada harapan jd andartu x laku. So demi utk elak jd andartu, kawen jela dgn sapa pun yg nak ke dia ni
Quote ninu 24-3-2019 11:42 AM
yeke....sian mak ayah dia

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.092304 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top