Malaysia terkenal sebagai satu destinasi yang menawarkan kepelbagaian budaya, flora dan fauna. Namun, apa yang selalu meninggalkan kesan yang positif bagi pelancong luar adalah makanan yang dihidangkan di negara ini. Oleh itu, penulis ingin mengetengahkan beberapa sebab kenapa orang luar jatuh cinta dengan makanan Malaysia.
Apa akan jadi jika sebuah negara itu didiami oleh masyarakat yang terdiri pelbagai kaum, pelbagai budaya dan citarasa? - PESTA MAKANAN! Kepelbagaian ini pastinya menjadi daya tarikan kepada orang luar untuk jatuh cinta dengan makanan kita. Pilihan makanan yang berwarna-warni ini juga membawa simbolik betapa indahnya perpaduan masyarakat di negara ini.
2. MUDAH DIPEROLEH Nak makan apa? Semua ada, bang. Ungkapan itu cukup untuk menggambarkan bahawa makanan di negara ini mudah diperoleh pada setiap masa dan ketika. Masyarakat kita makan pada setiap masa. Restoran mamak 24 jam, pasar malam, gerai-gerai makanan tidak pernah menghampakan perut yang sedang lapar. Pergi sahaja ke kedai dan order atau kalau kita malas juga, food delivery sedia memberi perkhidmatan sehingga ke depan pintu rumah. Untung kita jadi orang Malaysia. Banyak sangat pilihan makanan sampaikan soalan 'Nak makan kat mana' boleh jadi subjek perbincangan yang amat panjang. 3. SEDAP WEI! Sejak zaman berzaman gagasan kepulauan Nusantara terkenal dengan rempah ratusnya. Baik untuk pengawetan makanan dan juga penyedap makanan. Bak kata orang, makanan Malaysia ni kaya dengan rasa. Seperti kehidupan kita, makanan Malaysia juga cukup rasa manisnya, pedasnya, masamnya dan pahitnya. Sedap wei! Kalau tak sedap, takkanlah chef terkemuka, mendiang Anthony Bourdain gelar laksa Sarawak sebagai 'breakfast of the Gods'. 4. 'FOOD IS OUR PASSION' Pagi sebelum keluar rumah kita 'minum pagi', sampai ofis kita 'sarapan', tengah hari kita 'lunch', petang sikit kita 'tea time', malam kita 'dinner' dan tengah malam kita 'ngeteh'. Pendek kata kita di Malaysia memang suka makan. Ada je mana-mana restoran baru buka jual makanan pelik-pelik, mesti 'fullhouse'. Sebab apa? Food is our passion. Tak kisahlah jauh ceruk mana makanan itu, dekat tengah laut sekali pun, kalau sedap dan viral, beratur jugak orang nak beli. 5. KEBERSIHAN TERJAMIN Kebanyakan penjualan makanan di Malaysia menitikberatkan kebersihan. Memanglah ada juga penjual yang kita dengar kurang bersih, tetapi ia masih terkawal dengan pemantauan pihak berkuasa. Orang kita juga peka dalam isu kebersihan ini. Yelah, nak masuk dalam mulut kita kan makanan tu? Sebab itu, kalau ada kes-kes kedai tidak bersih, terus viral je. Tutup terus. Selain itu, kita juga terkenal dengan makanan halal. Lebih-lebih lagi, pensijilan halal Malaysia antara yang terbaik dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. - CARI
|
13
Bagus |
11
Marah |
11
Terkejut |
15
Sedih |
14
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Spicymami: Klu i pegi ke hujung dunia sekalipun makanan Malaysia tetap di hati.
HannahMontana replied at 28-12-2018 08:30 PM
ko spesis babi
Orix replied at 28-12-2018 08:35 PM
Jgan lupa dtg konsert tokti tawww
Utk tak off topic, chuols pernah makan babi tak ? #tany ...
HannahMontana replied at 28-12-2018 08:30 PM
ko spesis babi
friedfishsoup replied at 28-12-2018 08:44 PM
Jgn personal attack please. Thank you
ADVERTISEMENT