CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Viral: Enjin Mati Mendadak, Puluhan Kereta Tersadai Selepas Isi Minyak Di Petronas

28-12-2018 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11442| Komen: 84|Original author: Oleh: Myra Rozi

Kira-kira 20 kereta tersadai selepas mengisi petrol di Stesen Petronas Solaris Besraya yang kini ditutup buat sementara waktu.

Dalam satu kenyataan, Petronas Dagangan Berhad (PDB) berkata, pihaknya kesal dan memohon maaf atas insiden tersebut.


Foto: FB
"Kami memandang serius perkara tersebut dan memohon maaf kepada semua pelanggan di atas kesulitan yang berlaku akibat insiden tersebut.

"Kami sudah berhubung dengan pelanggan yang terjejas dan mengambil pendekatan yang sewajarnya serta akan membayar pampasan kepada mereka."

mStar Online melaporkan, penilaian awal mendapati ia berpunca daripada kesilapan dalam mengendalikan produk dan ia hanya berlaku di stesen minyak tersebut sahaja.



"Susulan itu, Stesen Petronas Solaris Besraya kini ditutup buat sementara waktu sementara siasatan dijalankan.
"Kami memberi jaminan bahawa Stesen Petronas lain tidak terjejas. Kami bertanggungjawab sepenuhnya berhubung insiden itu dan memohon maaf sekali lagi," tambahnya.

Sebelum itu, puluhan kenderaan dipercayai tersadai berhampiran Kilometer 7, dekat Lebuhraya Sungai Besi, dekat Serdang, kira-kira pukul 7 pagi Jumaat.

Foto: FB
Semuanya mengalami masalah enjin dan mati secara mendadak selepas mengisi minyak di sebuah stesen minyak di lebuh raya berkenaan.

Netizen di media sosial ada yang mendakwa tangki simpanan petrol di stesen minyak itu sudah bercampur dengan diesel, malah ada juga yang mendakwa ia dimasuki air. -CARI
12

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
11

Sedih
6

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 28-12-2018 01:49 PM
Edited by cmf_premierleag at 28-12-2018 01:50 PM

uikss???ni petronas yg ada kfc subway starbucks tu ke?
yg sebelah bangunan persatuan cina apa tah nama eh
Quote noor2 28-12-2018 01:50 PM
Depa campur apa ni?...nasib akak guna petron dan shell dah hampir 8 tahun bawa kereta...
Quote gujiwa 28-12-2018 01:52 PM
takpe petronas leh ganti semua.. mereka kaya raya.. hahahahahaah
Quote zach2008 28-12-2018 01:58 PM
Pampasan ngam2 dgn kos repair ke...
Tak berbaloi.. elok2 kereta takde masalah, dah jadi satu masalah pulak.
Silap2 tak boleh nak pergi kerja. Sekarang ni nak daftar budak2 sekolah
Quote delawang 28-12-2018 01:58 PM
Matilah owner petronas tu...mesti kena terminate or tindakan olek petronas..pekerja kena pecat jer
Quote matamata 28-12-2018 01:59 PM
undergrond resevoir bocor ke?
Quote Thuglife 28-12-2018 02:01 PM
rasanya masuk air.. dulu kat tmpat aku pun sm jugak.. petronas jugak.. .byk gila keta & moto  yg mati dan prob leps isi myak kt situ.. problem nya sbb masuk air..
Quote lurve82 28-12-2018 02:06 PM
uishh..camne blh jd gitu? xpepasal je...
Quote cHimo 28-12-2018 02:13 PM
Macam masuk air nih..
Quote glump 28-12-2018 02:23 PM
Tulah bila operator memandang ringan kepentingan regular maintenance
Quote tungkai 28-12-2018 02:24 PM
Kalau masuk air mmg masaklah nak compensate damage semua
Quote bulan_gerhana 28-12-2018 02:25 PM
hadoii kesiannye..

patah kaki woo kalo xde kenderaan .. nak pulak kalo tu je 1 kenderaan yg hado.. hurmm
Quote dinopower2 28-12-2018 02:25 PM
tukar kete baru la jwpnya
Quote nisako 28-12-2018 02:27 PM
nasib x buh petronas………….
Quote matseh 28-12-2018 02:30 PM
Aku harap ramai yg ambik resit, dan rakam bila kereta rosak. Buleh tuntu kat Tribunal pengguna. Aku pun jarang2 ambil resit kecuali sbb nak claim kompeni.

Dah buleh baca, tuntut kat petronas, petronas kata stesen, stesen kata petronas. Last2 lupa mcm tu sahaja. Wawarkan dlm media social supaya semua yg terlibat dapat berkumpul dan bersatu dan buat tuntutan sekali.

Tuntut serta merta.
Quote R2D2 28-12-2018 02:30 PM
cmf_premierleag replied at 28-12-2018 01:49 PM
uikss???ni petronas yg ada kfc subway starbucks tu ke?
yg sebelah bangunan persatuan cina apa tah  ...

Ya.
dari highway KL-sg besi  nak ke Selatan ni petronas pertama kita akan jumpa lps tol


Quote shernazz 28-12-2018 02:34 PM
Sadisnya wei  
Adui  
Buatnya ada satu je kete atau moto utk bawak pegi balik koje..anak anak skola
Haruuu
Quote teky 28-12-2018 02:36 PM
staff aku kene sorg... kete die tetibe mati mase nak naik parking.. reverse ke belakang.. terus die g sevis kete ptg ni..
Quote kelava 28-12-2018 02:36 PM
benda simple je ni

takde la sampai kena tukar kereta



Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.117726 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top