Sepasang suami isteri mungkin terpaksa menjual rumah mereka di Rawang,Selangor selepas terlibat dalam kemalangan di Thailand. Harian Metro melaporkan, Abd Wahab Yahaya, 56, dan isterinya, Junaidah Muhammad Said, 45, bertembung dengan pejalan kaki ketika menunggang motosikal di Jalan Aonang, dekat Krabi, Thailand.
Menurut undang-undang negara Thailand, penunggang motosikal atau pemandu kenderaan akan dipersalahkan jika berlaku kemalangan. Dalam kejadian pada 10 malam 19 Disember itu, pejalan kaki yang merupakan warga Thailand tersebut telah meninggal dan keluarganya menuntut pampasan berjumlah RM200,000. Amirun Aziz Abd Wahab, 21, yang merupakan anak kepada Abd Wahab berkata, dia buntu untuk menyelesaikan pampasan berkenaan, ditambah pula dengan bapanya yang parah dan masih dirawat di Hospital Krabi.
“Dalam kejadian itu, ibu dan bapa saya pengsan. Mama mengalami gegaran pada otak dan mengalami hilang ingatan sekejap. “Bapa pula patah tulang rahang, pipi kanan dan hidung selain pendarahan pada mata. “Berdasarkan laporan polis, bapa dipersalahkan dalam kejadian itu dan menurut undang-undang di negara itu, bapa perlu bertanggungjawab. Keluarga warga Thailand yang meninggal dunia menuntut pampasan RM550,000 sebelum jumlah itu dikurangkan kepada RM200,000 selepas perbincangan dengan peguam dijalankan." Bapanya juga tidak dibenarkan pulang selagi proses perbicaraan di mahkamah tidak selesai dan ia dijangka akan dibicarakan pada 9 Januari depan. “Malah, pasport bapa berada di tangan pihak berkuasa Thailand. Dalam keadaan kesihatan bapa yang teruk, saya sekeluarga mahu bapa dibawa pulang secepat mungkin ke negara ini memandangkan ibu sudah dibenarkan pulang semalam. “Bapa tidak dibenarkan pulang kerana dia yang menunggang motosikal dan perlu bertanggungjawab untuk perbicaraan serta menjelaskan tuntutan kepada keluarga mangsa. “Saya sekeluarga kini sedang mempertimbangkan untuk menjual rumah bapa di Rawang untuk menampung tuntutan berkenaan. Saya meminta jasa baik rakyat Malaysia untuk mengurangkan beban ini dengan menghulurkan sedikit bantuan kewangan. “Bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank saya 162713016800. Segala jasa baik semua saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.” -CARI
|
danieladam replied at 31-12-2018 02:39 AM
Memang undang2 negara Thai mcm tu ke?
Agak2 xde duit, tolak je anak tengah jalan raya. Untung2 le ...
CharlesDera replied at 31-12-2018 11:08 AM
ingatkan duit Malaysia tak laku kat Thailand...wakakakakkakakakakakakka
harizs replied at 31-12-2018 11:38 AM
Mcmn dorg blh tukar duit kat money changer? Dulu masa usd1 = 3.80 pun mufti kata duit Msia dah x l ...
CharlesDera replied at 31-12-2018 11:42 AM
tu la pasai...dah laku balik la tu....wakakakakakkakakakakaka
lavakru replied at 31-12-2018 11:48 AM
bukan kat thailand je, sampai arab sono mahacai PH fitnah duit malaysia tak laku
Malaysia.Doom: Kau bawak motor macam pelesit memang patutla kena jual rumah.Btw kau istihar muflis jelah...rumah tu tukar nama ke anak....bapak nye istihar muflis.
ADVERTISEMENT