CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Siapa Kata Kuala Kangsar Tak Ada Tempat Makan Best? Salah Besar, Ini Antara Yang Terbaik

2-1-2019 01:25 PM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 32023| Komen: 14|Original author: Oleh: Nameera

Memikirkan tempat makan menarik di Kuala Kangsar, sudah tentu Laksa Pak Ngah bermain di pemikiran anda bukan? 


Namun begitu, tahukah anda masih ada beberapa tempat makan kegemaran dan menjadi tumpuan ramai? Salah satunya Milo Kepal Tok Abah yang baru-baru ini telah Viral.


Laksa Pak Ngah 

Foto: Google

Laksa Pak Ngah sudah lama bertapak di Kuala Kangsar. Selain dari terkenal dengan laksa yang diproses sendiri, restoran Laksa Pak Ngah juga terkenal dengan pelbagai menu special dan unik. Antaranya ialah Laksa Goreng Kuah Banjir, Laksa Telur Sarang, dan Laksa Special iaitu laksa yang dibungkus dengan telur ala pataya dan di makan bersama kuah Laksa. Yang pasti kesemuanya pasti membuka selera anda. 


Foto: Google

Facebook : https://www.facebook.com/Laksa-Pak-Ngah-196902917039423/


Milo Kepal Tok Abah

Foto: Google

Mencari Milo Kepal Viral? Di sinilah tempatnya. Apa kata anda singgah sebentar ,dan rasakan sendiri keenakan Milo Kepal Tok Abah. Biasanya gerai Milo Kepal Tok Abah akan beroperasi dari jam 12.30 tengahari hinggalah ke 10 malam. 


Foto: Google

Facebook : https://www.facebook.com/pages/Ais-Kepal-Milo-Viral-Kuala-Kangsar-Perak/353966261744017


Medan Selera Dataran Sungai Perak Kuala Kangsar

Foto: Google

Terdapat pelbagai restoran dan gerai di sekitar kawasan ini. Dari siang hingga malam kawasan ini sentiasa menjadi tumpuan pengunjung untuk menjamu selera sambil menikmati keindahan pemandangan sungai perak yang sangat cantik. Bahkan di sini juga menjadi tumpuan utama pengunjung jika ke kuala kangsar ataupun ingin membeli pelbagai cenderamata.


Foto: Google


 Teratak Warisan Kampung

Foto: Google

Selain  medan selera di dataran Sungai Perak, restoran ini juga terkenal antara restoran pilihan untuk menikmati makan tengahari. Di sini terdapat pelbagai pilihan menu ala kampung yang pasti menepati citarasa anda. Waktu operasi dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang.


Facebook : https://www.facebook.com/twk18/


 Uncle Jimboy

Foto: Google

Walaupun servis di sini agak perlahan, namun begitu restoran Uncle Jimboy sentiasa dipenuhi orang ramai yang ingin menikmati masakan yang begitu enak. Pelbagai menu terdapat di sini dari western hinggalah ke masakan panas yang lain.  


Foto: Google

Facebook : https://www.facebook.com/unclejimboy/


Baitu Qahwah Cafe

Foto: Google

Ini adalah salah satu cafe hispter menjadi kegemaran penduduk Kuala Kangsar. Lokasinya yang berada di dataran sungai perak dan betul-betul menghampiri sungai perak membolehkan anda makan sambil menikmati panorama sungai perak yang bergitu mengindahkan. Antara menu yang popular adalah green nasi lemak, chicken chop, lamb chop, meatball dan banyak lagi. 


Foto: Google

Facebook : https://www.facebook.com/Baitul-Qahwah-Coffee-Story-232771103438586/


Rambai Classic  Cafe

Foto: Google

Jika bertanya orang Kuala Kangsar, Restoran Rambai Classic Cafe cukup dikenali ramai. Pelbagai jenis masakan yang terdapat di sini dan dikatakan restoran  makanan western paling sedap di Kuala Kangsar dan harganya pula sangat berpatutan. Menurut cerita, Chicken Chop di sini sangat menjadi kegemaran pelanggan.


Foto: Google

Facebook : https://www.facebook.com/rambaiclassic.rambaiclassic


Wah! Menarik bukan?  Semoga senarai ini dapat membantu anda. -CARI

20

Bagus
16

Marah
14

Terkejut
18

Sedih
23

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aleesyasofia 2-1-2019 05:23 PM
laksa pak ngah bg iolss idok ler sdp mne pon..
Quote harmerz01 2-1-2019 05:25 PM
Satu lagi ......Selera Kampung Bendang Panjang.
Merasai suasana makan dalam kebun getah. Mee kicap terbaik, rasanya lebih mantap dari Ipoh.


Quote NmeeraR 3-1-2019 11:27 AM
harmerz01 replied at 2-1-2019 05:25 PM
Satu lagi ......Selera Kampung Bendang Panjang.
Merasai suasana makan dalam kebun getah. Mee kicap  ...

Yup,, Itu pun salah satu  menarik di kuala kangsar,,,
Quote NmeeraR 3-1-2019 11:28 AM
aleesyasofia replied at 2-1-2019 05:23 PM
laksa pak ngah bg iolss idok ler sdp mne pon..

Selera tak sama.. Kalau sy pun sama jugak.... ada yg lain lagi sedap.  hihi
Tapi menu kat restoran pak ngah mcm menarik jugak
Quote aarwen 7-1-2019 08:03 PM
All look sooooo gooood
Quote kaklong32 10-1-2019 09:32 AM
wah mcm menarik. bleh dipertimbangkan nk ke kuala kangsar pulak
Quote Juju89 3-3-2019 04:33 PM
okay boleh tambah destinasi mencari makanan.
Quote afidahhb 20-3-2019 10:19 PM
Laksa pakngah dh hilang kicknya.. sejak diturun ke generasi baru..
Quote aglioolio 3-4-2019 03:37 PM
Chapati kat padang rengas sedap, lembut je. Makan dgn sambal sardin aduii
Quote harmerz01 12-4-2019 09:19 PM
aglioolio replied at 3-4-2019 03:37 PM
Chapati kat padang rengas sedap, lembut je. Makan dgn sambal sardin aduii

Kat area mana
Quote Patronus 15-4-2019 10:44 PM
Medan selera dataran sg perak yg konon2 famous tu cendol cair, kuah laksa pon cair. Tang mana sedap pon Xtau klu ada yg baru pergi & rasa ada perubahan dh jd betul2 sedap, bgtau ye.
Quote assaffah 3-5-2019 12:53 PM
aglioolio replied at 3-4-2019 03:37 PM
Chapati kat padang rengas sedap, lembut je. Makan dgn sambal sardin aduii

Apa nama kedainya?
Quote tukul 22-10-2019 11:56 AM
harmerz01 replied at 2-1-2019 05:25 PM
Satu lagi ......Selera Kampung Bendang Panjang.
Merasai suasana makan dalam kebun getah. Mee kicap  ...

Ni makan waktu mana ni...diner ke lunch ke apa...
Nak ke kuala kangsor minggu dpn ni

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.047591 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top