CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Berpurdah Dan Lelaki Berkopiah, Dah Makan...Lari Tak Nak Bayar!

2-1-2019 04:16 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 9500| Komen: 50|Original author: Oleh: Whitney

Kredit foto: Google (Gambar sekadar hiasan)
Zaman sekarang ramai orang yang sanggup menipu dan memberi anak-anak dan isteri makan daripada sumber yang tidak halal. Mungkin mereka hanya ingin mendapatkan sesuatu dengan cara yang mudah tanpa perlu berusaha sedangkan kelakukan mereka itu boleh mengundang pelbagai risiko samada kepada diri sendiri atau ahli keluarga mereka.
 
Seorang pengguna twitter telah memuat naik status mengecam pasangan suami isteri yang kelihatan alim tetapi rupanya licik melakukan penipuan. Siapa yang tidak marah apabila sudah kenyang menjamu selera tetapi tidak mahu membayar dan pekerja di restoran Secret Recipe pula yang perlu bertanggungjawab. 


Sampai kesudah tak datang bayar!
Kisahnya mengenai penipuan pasangan yang memakai kopiah dan berpurdah yang telah datang dan makan di sebuah restoran Secret Recipe. Selepas mereka membuat pesanan dan makan makanan yang berjumlah RM161.40, mereka meminta untuk ke mesin ATM untuk mengeluarkan wang tunai  untuk membayar dan meninggalkan anak mereka di restoran tersebut tetapi selepas seketika, tanpa disedari anak mereka juga meninggalkan restoran dan pasangan tersebut tidak kembali untuk membayar harga makanan mereka. 

Akhirnya, pekerja di restoran tersebut yang terpaksa membayar harga makanan tersebut. 


Jumlah yang sepatutnya dibayar oleh pasangan berkopiah dan berpurdah itu.

Sengaja berpurdah sebab nak menipu

Menurut pandangan netizen, wanita tersebut sengaja berlagak alim dengan memakai purdah agar dia senang melakukan kerja-kerja menipu tanpa mudah dikesan. Tidak pasal-pasal ia telah mencemarkan imej Islam dalam pandangan masyarakat disebabkan kelakukan mereka sekeluarga. 


Jangan bersikap menghukum!
Walaupun rata-rata netizen marah dengan kelakuan lelaki berkopiah dan wanita berpurdah itu kerana menipu, tetapi mereka turut mengecam kenyataan pada status twitter yang dimuat naik oleh lelaki ini kerana bersikap menghukum. Sepatutnya dia tidak patut membandingkan seseorang melalui penampilan luaran tetapi perlu menyalahkan sikap dan kelakuan seseorang. Sesiapa pun melakukan kesalahan tidak kiralah yang berpakaian menutup aurat atau pun tidak. 


Pernah terkena...lepas makan tak nak bayar
Nampaknya kejadian sebegitu sudah biasa berlaku di mana-mana restoran dan kedai-kedai makan. Ramai netizen yang mempunyai pengalaman yang sama dan terkena dengan kelakuan licik penipu-penipu yang ingin makan dan tidak mahu membayar. Akhirnya, pekerja-pekerja restoran yang terpaksa bertanggungjawab membayar harga makanan tersebut kerana kecuaian mereka. 

Kalau sudah makan tu, kenalah bayar. Jika rasa tidak mampu untuk membayar harga makanan yang dimakan, jangan sesekali makan di restoran yang mahal. Ukurlah baju dibadan sendiri dan jangan memberi anak-anak makan makanan dari sumber yang tidak halal kerana ia akan menjadi darah daging dan memberi kesan pada kelakuan anak-anak pada masa hadapan. Setuju tak? - CARI 

5

Bagus
13

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 2-1-2019 04:33 PM
Dah dia kata ada card. Terima ajalah. Kadang depa ni kita nak bayar pakai kad tanya ada cash tak.
Quote prettyuglybabe 2-1-2019 04:33 PM
muka laki tu dah tentu clear masuk cctv..
upload la video dorang satu family dari masuk sampai keluar untuk proof dorang tak bayar..
Quote munchkin 2-1-2019 04:34 PM
Dekat curve yg resto iga tu beratus ratus ringgit rugi org cabut lari. Sebab depa ada area makan luar resto. Sekarang ni lepas order je depa terus suruh bayar. Baru makanan dihantar.
Quote prettyuglybabe 2-1-2019 04:35 PM
munchkin replied at 2-1-2019 04:33 PM
Dah dia kata ada card. Terima ajalah. Kadang depa ni kita nak bayar pakai kad tanya ada cash tak.

tu dia kata dorang terima kad tapi customer mati2 tak nak bayar pakai kad..
nak keluar jugak pergi keluar duit kat atm..
so lepas ni company kena buat memo..
kalau ada customer macam tu, amik gambar ic lesen dorang baru lepas dorang pi atm..
kalau customer degil, call polis..
Quote munchkin 2-1-2019 04:36 PM
Nak tetara dia tegur penampilan warak tapi penipu berbanding free hair dah kenapa nak terasa. Benda betul. Tapi tak semua lah jahat macam ni.
Quote munchkin 2-1-2019 04:38 PM
prettyuglybabe replied at 2-1-2019 04:35 PM
tu dia kata dorang terima kad tapi customer mati2 tak nak bayar pakai kad..
nak keluar jugak perg ...

Buat macam resto lain je. Bayar dulu. Baru padan dengan muka hangguk ni.

Jahat betul perangai. Keluarkan lah cctv part ni aku setuju viral supaya org lain tak terkena.
Quote imransulaiman 2-1-2019 04:40 PM
munchkin: Dah dia kata ada card. Terima ajalah. Kadang depa ni kita nak bayar pakai kad tanya ada cash tak.


Hi munchkin...Happy New Year 2019 :-)

Rasanya bebudak SR tu dah inform couple tu yang dorang boleh bayar guna card (I assume debit or credit will do)...tapi couple tu yang insist nak withdraw duit bayar guna cash :-)
Quote prettyuglybabe 2-1-2019 04:42 PM
munchkin replied at 2-1-2019 04:38 PM
Buat macam resto lain je. Bayar dulu. Baru padan dengan muka hangguk ni.

Jahat betul perangai. ...

tu la.. viral je bagi satu malaysia tau muka penipu ni..
Quote munchkin 2-1-2019 04:43 PM
imransulaiman replied at 2-1-2019 04:40 PM
Hi munchkin...Happy New Year 2019 :-)

Rasanya bebudak SR tu dah inform couple tu yang dorang ...

Sorry terlepas pandang part terima kad. Sebab kami selalu kena gitu. We prefer to pay by card, lepas tu pekedai kata mesin rosak line tak ok dan banyak alasan.

Selamat tahun barubto you and family !!
Quote BoongaKertas 2-1-2019 04:57 PM
tolonglah viralkan muka depa anak beranak. supaya org lain boleh berjaga2 gak. part ni iols sokong utk viral.
Quote Jorja 2-1-2019 05:09 PM
Laki bini tinggalkn anak aja macam tu, red flag
Quote Themilo 2-1-2019 05:13 PM
off topic, kalau purdah ninja, nak makan in public kena selak jugak kan? or suap makan pun di balik purdah?
Quote Artemesiaa 2-1-2019 05:14 PM
Zaman sekarang ni jangan mudah terpedaya dengan penampilan seseorang tu ramai yang kaki tipu.  Sebab kes sebegin makin banyak tempat makan mintak bayar dulu lepas order makanan.
Quote aleesyasofia 2-1-2019 05:39 PM
bru nie pon iolss mkn kat kedai lps order kena byr terus.. sbb katanya sblm nie ada yg order smpai beratus dan cabut lari tak byr..
Quote umbut 2-1-2019 05:46 PM
munchkin replied at 2-1-2019 04:36 PM
Nak tetara dia tegur penampilan warak tapi penipu berbanding free hair dah kenapa nak terasa. Benda  ...

Aku rasa si polan cekik x bayar tu asal x purdah. Tapi purdah cover muka nak mkn free..
Quote Spicymami 2-1-2019 05:48 PM
Len kali anak2 dia tu tambat siap2 kat tepi kaunter jgn bagi lari. Klu mak ayah xdtg balik jugak suruh bebudak tu cuci pinggan b4 bawak g balai polis {:run
Quote Sazida 2-1-2019 06:05 PM
Aku pulak suka byr pakai kad sbb mls nk  withdraw duit.., kdg terpikir jugk kenapalah kt pasar kt kedai tepi jln xnak guna debit or credit card.kan sng. Kurang sikit rompakan.huhu
Quote ajinomotonosuga 2-1-2019 06:14 PM
Tak wajar staff kne bayo..depa just do the job..mende camni boubd to happen..so pasang cctv

Theh buh notis beso beso luo kedai so cust boleh baca..semua bahasa..tulis bayar tunai je or kredit apa dah setel baru boleh kuo

Pastu in red tulis This premise has CCTV due to OUR OWN POLICY. Management reserved the right to refuse entry at any time.

Ni keje pengurusan!! Budak tu sme buat keje depa..nak lagi gempak buh 2 sekuriti ..1 luo pintu..1 dlm pintu..apa masalah

Dah bnyk kali aku baca kes budak keje kne potong gaji sb patron tak bayo..ni sme pasal takde UNION ler ni..kimak nya madey

Union la baguih...bela pekeje..unfair dismissal kaa  ..sexual harassment kaa..yuran union singgit setaun ..faedah nya besar..bila unite baru boss tak senang senang buli!

Tmpt cam tu kira ONE BIG FAMILY..baru pekeje happy..boss mcm ayah yg bertanggungjawap gitu...

Saborr je laaa ajiiii..oang mesia lama dah low classssss cam kata cikgu Shaari..lowww class
Quote munchkin 2-1-2019 06:17 PM
umbut replied at 2-1-2019 05:46 PM
Aku rasa si polan cekik x bayar tu asal x purdah. Tapi purdah cover muka nak mkn free..

Itu pun aku rasa jugak. Senang kerja

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.040981 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top