Telefon pintar iPhone memang 'berhantu'. Bukan 'hantu' yang mistik tetapi lebih kepada kuasa membuatkan ramai individu sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan gajet mewah ini. Terbaharu wujud trend di laman media sosial, terutamanya Twitter supaya mewar-warkan sebuah akaun yang dikatakan mahu memberi iPhone secara percuma kepada individu yang bertuah. Dengan mensasarkan remaja bawah 20 tahun (BBNU), akaun yang bernama Chanzynash (namanya menyamai Insta Famous) berjaya mendapatkan jumlah pengikut yang ramai tidak sampai dua bulan. Modus operandinya mungkin sekadar suka-suka mahu menambahkan pengikut, namun ada juga mengatakan ramai yang percaya dengan akaun tersebut sehingga sanggup membeli iPhone dengan harga murah!
"Dah 2019 ni, kalau masih ada yang percaya nak bagi iPhone free, maknanya kau memang bodoh, bengap dan tolol." Bagi netizen yang waras, mereka menganggap itu adalah penipuan 'scammer' semata-mata untuk popular di media sosial. Malahan maklumat yang diberikan juga salah kerana telefon yang diwar-warkan salah 'spec' iaitu iPhone 8plus 128gb, sedangkan iPhone tidak mempunyai kategori tersebut. Melihat pada komen dan 'retweet', ramai mangsa
mengharapkan agar mendapat iPhone dengan pelbagai alasan seperti belum
pernah menggunakannya, mahu menghadiahkan kepada kakak dan sebagainya.
Apabila mereka mengulang kicau status tersebut, ia membuatkan lebih
ramai yang turut mengulang kicau hingga akaun tersebut mencapai pengikut
sehingga 10,000 orang dalam masa dua bulan. Sementelah pula akaun tersebut menggunakan nama Chanzynasz iaitu hampir serupa dengan Insta Famous mungkin membuatkan ramai percaya itu adalah Chazy Nash yang sebenar. Ramai yang termakan perangkap ini, namun tidak kepada mereka yang faham permainan 'scammer' ini. Ramai terpedaya apabila melihat iklan mengenai telefon murah. Apatah lagi kononnya ada yang bermurah hati mahu memberikannya secara percuma. Maka berlumba-lumba golongan ini mengulang kicau dengan harapan agar dipilih sebagai pemenang bertuah. Walhal, ini adalah strategi pemasaran mereka atau pun mereka memang 'scammer' yang sekadar berselindung di sebalik nama 'giveaway'. 'Scammer' seperti ini semakin berleluasa dengan bantuan netizen yang tidak menyedari penipuan mereka sebaliknya mempromosikan lagi akaun tipu mereka. Kebanyakan penipu ini akan menukar nama mereka setelah mencapai impiannya. Jadi, sampai bila kita harus biarkan 'scammer' menipu anak bangsa kita? - CARI
|
19
Bagus |
14
Marah |
14
Terkejut |
13
Sedih |
13
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT