Orang kata, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Begitu juga dengan media sosial. Perlu berhati-hati sebelum memuat naik sebarang posting kerana dikhuatiri pengguna lain salah faham.
"Selain burung awak, burung ni pun saya takut" Rasanya, hampir semua orang tahu ayat ini memiliki dua makna yang mana satu daripadanya membawa maksud berbaur lucah. Selepas teruk dihentam netizen, pengguna Twitter yang memuat naik status berkenaan, Farra tampil memberi penjelasan dan menyifatkan pihak yang memutar belit maksud postingnya itu berfikiran kotor.
Bagaimanapun, pengguna lain percaya tindakannya itu hanyalah untuk menutup kesalahannya semata dan berlagak seolah-olah mangsa keadaan. Menerusi ruangan komen, dipercayai gadis itu merupakan penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan telah menyahaktifkan akaun Twitternya. Itulah, lain kali fikir dulu kesan dan akibatnya sebelum memuat naik sesuatu di laman sosial kerana tak semua orang berpandangan positif atas sesuatu perkara terutama yang boleh dimanipulasi semua pihak. - CARI
|
9
Bagus |
10
Marah |
10
Terkejut |
16
Sedih |
13
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fishcracker replied at 3-1-2019 02:52 PM
patuk je kepala minah ni cik burung
Iris. replied at 3-1-2019 02:13 PM
Budak uiam lah ramai DS {:teatime
ADVERTISEMENT