Setiap selebriti terutama penggiat seni hiburan, model, mahupun peserta ratu cantik yang memerlukan mereka membuat persembahan di hadapan khalayak perlu berdepan risiko luar jangka.
Ada kalanya, kita melihat sesetengah model tersandung ketika memperagakan busana, mahupun berlaku kemalangan kecil seperti pakaian dikenakan mereka rosak seperti terkoyak dan sebagainya. Namun, apa yang berlaku kepada pemenang pertandingan ratu cantik ini sangat luar biasa! Keterujaan ketika mendengar namanya diumumkan sebagai pemenang pertandingan Miss Afrika 2018 nyaris berakhir dengan kedukaan apabila rambutnya disambar percikan bunga api di atas pentas. Lapor Indian Express, tular sebuah video di mana rambut Dorcas Kasinde terbakar sebaik bunga api dilancarkan bagi meraikan kemenangannya di pertandingan ratu cantik yang dilangsungkan di Cross River, Nigeria.
Ketika itu, Dorcas yang sedang teruja memeluk seorang lagi peserta tidak menyedari rambutnya terbakar. Namun, Miss Congo terbabit bernasib baik apabila seorang lelaki menyedari situasi mencemaskan itu dan berlari mendapatkannya untuk membantu memadamkannya. Ratu cantik itu kemudian memuat naik sebuah video di laman sosialnya bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan peminatnya selain memaklumkan dirinya baik-baik saja. "Saya baik-baik saja. Rambut saya rosak, tetapi tidak mengapa. Terima kasih," katanya di Instagram. - CARI |
9
Bagus |
14
Marah |
10
Terkejut |
8
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT