CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Madu Tualang As Sunnah’, Penawar Segala Penyakit Konon

4-1-2019 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4343| Komen: 26|Original author: Oleh: Myra Rozi

Halau sihir, penawar kanser dan menyembuhkan semua penyakit kecuali mati, ini antara khasiat palsu yang diletakkan pada label 'produk makanan kesihatan'.

Ada produk makanan madu yang dijual di premis di Bukit Mertajam juga mendakwa makanan tersebut mampu merawat semua penyakit dengan RM8 sebotol.

Harian Metro melaporkan, kewujudan 'produk kesihatan' itu disedari semasa serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang di premis perniagaan di Bandar Perda, di Bukit Mertajam.

Pengeluar mendakwa botol yang dilabelkan sebagai ‘madu tualang as sunnah’ itu adalah penawar segala penyakit kecuali mati.

Madu tersebut merupakan sebahagian daripada 75 produk bernilai RM2,931 yang dirampas.

Foto: Harian Metro

Pegawai Kesihatan Persekutuan, BKKM, Mohd Wazir Khalid berkata, 

“Selain madu, pihak kami juga merampas air zam-zam yang didakwa mampu mengurangkan risiko penyakit dan merawat penyakit kanser yang didapati tiada pengesahan saintifik.

“Produk itu dirampas bagi tujuan siasatan dan beberapa produk yang dirampas itu dikeluarkan pengilang yang sama."

Pihaknya juga telah mengeluarkan  notis saman RM3,000 kepada pemilik premis .

Kes disiasat mengikut Seksyen 18E Peraturan-peraturan Makanan 1985. -CARI
7

Bagus
12

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 4-1-2019 06:11 PM
aku kalo madu jual murah sgt ni aku tk beli..nampak beno menipu..
Quote arm_band 4-1-2019 06:24 PM
amboi hebatnya 'penyembuh segala penyakit'
Quote dokupangg 4-1-2019 07:05 PM
Doctors HATE this guy!!!
Quote dokupangg 4-1-2019 07:06 PM
Doctors HATE this guy!
Quote fofuler 4-1-2019 07:09 PM
Kalau produk2 melayu ni suka bagi tagline sembuh semua penyakit kan.. kesian sapa yang terpengaruh
Quote bangcak 4-1-2019 07:12 PM
wow! madu serendah rm8 je??
kalu tiruan tu sekadar air gula pon berbaloi gak beli buat ganti gula kat rumah.
Quote Spicymami 4-1-2019 08:01 PM
Alang2 nk over claim tu cakap la boleh idup kan org yg da mati skali haha
Quote Decaffeinated 4-1-2019 08:11 PM
Amalan biasa claim ja

Amboi ummah sejak dua menjak dah pandai minta bukti...
Quote reeny 4-1-2019 08:25 PM
aku cukup tk suka penjual/penguasaha makanan/ubatan guna tagline 'boleh sembuhkan segala mcm penyakit'.
Quote baghal_bortuqal 4-1-2019 08:36 PM
I have to say madu tualang bagus.

Dgn Cara pemakanan betul, I always had energy walaupun after long day, and never had smokers cough when I was taking it.

Cumanya given the biogenic nature of the product, Ada alahan jadi jerawat. So had to stop
Quote bro_kr 4-1-2019 09:48 PM
helicornia replied at 4-1-2019 06:11 PM
aku kalo madu jual murah sgt ni aku tk beli..nampak beno menipu..

Ada jer madu lebah murah. Lain kaedah productionnya lain harganya lain rasanya dan lain keperluannya.

Contoh brand CED. Masa offer kat pasaraya TF cuma dalam rm14- satu kg. Siap ada certificate pengesahan Insurance rm1 juta lagi. Maknanya CED berani la declare product madu dia asli.

Sama cam ikan patin. Patin kolam rm5 satu kg. Sangkar rm15 satu kilo. Patin liar / sungai rm300 - rm500 satu kg. Tapi semua tu genetik Patin.

Jadi terpulang kpd individu. Nak madu lebah mahal, madu lebah liar. Kalau yg baru keluar hutan boleh cecah rm200 satu botol size sederhana.
Quote buapakperut 4-1-2019 09:52 PM
8 hengget penyemboh segala penyakit?? hahaha
Quote belilies 5-1-2019 09:05 AM
So... Bila nak serbu linda rafar? Sheols kata produk dia blh sembuhkan kanser.
Quote Jorja 5-1-2019 02:41 PM
yg on diet tapi craving nak sangat makan benda manis2 elok makan madu kan, baru aja nak order honey stix grape si Shuib taktau sedap ke tak
Quote Clan204 5-1-2019 08:38 PM
kecuali makan tamar masa berbuka... tiada makanan lain yg sunnah.
Quote Dwdrum 5-1-2019 08:44 PM
Founder silap label product lah ..... sepatutnya product menyembuh kan semua jenis penyakit kecuali mati itu ...habbatus sauda...uolls mahu jadi liberals kah ..... nikmat  yang u guyss mahu dusta kan .....
Quote weezerfan 5-1-2019 09:03 PM
Grup family aku kalau keluar je isu cbd weed madu tualang ni mulalah abg aku stat forward segala artikel sampah. Besar kecik besar kecik je mata aku.. Malas lah layan. Kalau layan mmg boleh bgaduh adik bradik. Dia je betul.. Pastu agak2 kalah mulalh sindir2 aku ni paling pandai dlm adik bradik.
Quote otai_g 6-1-2019 07:17 AM
Menjual nama as sunnah tu. Kanser pun blh baik. Pusat kanser negara patut buat kajian btl ke madu ni blh rawat kanser? Data pesakit da ada.
Quote ultra78 6-1-2019 07:48 AM
Kerajaan Arab Saudi mengharamkan penjualan air zam-zam ke luar negara. Sesiapa yang menjual air zam-zam di Malaysia sebenarnya melanggar larangan Arab Saudi.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.037419 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top