Mendapatkan semula kepercayaan pasangan selepas ditangkap curang adalah sesuatu perkara yang sukar. Dalam kebanyakan kes, pasangan akan hilang rasa sayang di antara satu sama lain dan perkahwinan akan berakhir dengan perceraian sekiranya kemaafan tidak diberikan.
Memetik sumber The Mirror, seorang lelaki bernama Jose Torres menjadi tular kerana sanggup berbuat apa sahaja demi memohon kemaafan daripada isterinya apabila ditangkap curang. Dia telah mencacah tatu yang agak memalukan di dadanya dengan saiz tulisan yang besar dan dimuat naik oleh seorang pekerja kedai tatu di Instagram dengan kapsyen 'Mulakan tahun baru dengan azam baru.'
Mesej yang ditulis di dadanya itu berupa aku janji taat setia termasuklah nama, tarikh dan senarai perbuatan yang telah menyakitkan hati isterinya sepanjang perkahwinan mereka. Antara kandungan mesej itu termasuklah 'Saya seorang kaki penipu, kaki curang, pelanggan pelacur , tidak jujur dan tidak menghormati isteri'. Saiz tatu itu sangat besar dan hampir menutupi kesemua dadanya. Gambar itu telah menjadi perhatian ramai netizen yang mencerca tindakannya dan menyuruhnya bercerai sahaja. Walau bagaimanapun, ada juga yang memuji usahanya untuk menyelamatkan perkahwinannya. Tidak ketinggalan netizen yang menyindir beberapa kesalahan ejaan serta tertanya-tanya apakah perasaan isterinya atau perempuan simpanannya setiap kali melihat lelaki itu tidak berbaju dengan senarai tersebut. Nampaknya kalau trend ini menjadi ikutan, frasa 'kalau tak percayalah belahlah dadaku' akan menjadi lapuk. -CARI
|
4
Bagus |
3
Marah |
8
Terkejut |
3
Sedih |
10
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT