Netizen diminta berhati-hati apabila menerima mesej tentang WhatsApp Gold yang kononnya menawarkan ciri-ciri premium kepada mereka yang memuat turun aplikasi tersebut. The News Minute pada 6 Januari lalu melaporkan, mesej itu berunsur penipuan dan hanya memuat turun perisian hasad (malware) ke dalam telefon pintar. Salah satu mesej tersebut berbunyi, "Wow! Akhirnya Whatapp Gold Versi Rahsia telah didedahkan, versi ini hanya digunakan selebriti terkenal.
"Anda mesti memuat turunnya sekarang untuk menggunakan ciri-ciri seperti logo Whatsapp Gold dan tema-temanya, mesej sulit tanpa memaparkan nombor telefon anda, mod wifi percuma, panggilan video, siapa yang melihat gambar profil anda, panggilan percuma dan lain-lain," tulisnya. Dalam mesej sama, turut dipaparkan pautan untuk memuat turun Whatsapp Gold. Berikutan kemunculan mesej tersebut, sekumpulan netizen yang prihatin meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengan penipuan yang disebarkan. Kata seorang netizen, "Hari ini, Whatsapp Gold dibincangkan dalam radio dan ia adalah benar. "Satu rakaman video akan diedarkan esok melalui WhatsApp dan ia dinamakan Martinelli. Jangan buka video itu! Jika ia memasuki telefon anda, tiada apa pun yang boleh dilakukan untuk membaikinya. "Tularkan mesej ini jika anda mengenali seseorang. Sekiranya anda menerima mesej untuk mengemas kini Whatsapp Gold jangan buka! Mereka baru sahaja mengumumkan bahawa virus ini sangat serius. Hantar mesej ini kepada semua orang," katanya. Mesej tentang WhatsApp Gold pernah tular pada 2016, meminta pemilik telefon pintar memuat turun kemas kini aplikasi berkenaan. Dua tahun lalu, mesej palsu WhatsApp Gold menawarkan ciri-ciri seperti membolehkan pengguna melakukan sembang video, menghantar 100 gambar secara serentak dan memadamkan mesej selepas beberapa jam. Namun, sebarang kemas kini WhatsApp dilakukan melalui aplikasi tersebut dan bukannya menerusi mesej yang dihantar kepada penggunanya. Pihak WhatsApp mengesahkan mesej terbaharu tentang WhatsApp Gold itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mereka. "WhatsApp Plus tidak mempunyai kaitan dengan kami dan kami tidak menyokongnya," kata syarikat itu seperti dilaporkan Evening Standard. Sementara itu, firma keselamatan teknologi maklumat Sophos memberitahu, walaupun video Martinelli tidak wujud, orang ramai perlu berhati-hati dengan WhatsApp Gold. Sekiranya anda menerima mesej tentang WhatsApp Gold, buat tidak tahu sahaja dan terus padamkannya. - CARI
|
10
Bagus |
11
Marah |
7
Terkejut |
13
Sedih |
12
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT