CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Betul Ke Rakyat Malaysia Dah Bijak Pilih Filem Berkualiti? Tapi Kenapa Tak Sampai Sejuta Pun?

9-1-2019 10:53 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 2896| Komen: 5|Original author: Oleh: Azza






Boleh dikatakan tahun 2018 mencatat sejarah yang baik bagi filem-filem Malaysia yang empat daripadanya mencatat kutipan jutaan ringgit. Filem tersebut ialah Munafik 2(RM48 juta), Hantu Kak Limah 3 (RM36 juta), Paskal (RM30 juta) dan Polis Evo 2 (RM20 juta).

Hal ini menjelaskan yang rakyat Malaysia kembali percaya pada kualiti pembuatan filem tempatan berbanding tahun terdahulu. Penonton filem dikatakan bijak memilih filem untuk ditonton.

Namun begitu, ia disangkal oleh sesetengah netizen yang menyatakan sebaliknya. Filem yang bagus seperti Guang dan One Two Jaga tidak pun mencecah angka sejuta. Jadi bukannya penonton filem yang bijak memilih. Mereka hanya disuap dengan teknologi pemasaran yang dahsyat. Persoalannya, adakah ia salah penonton yang tidak mahu menonton filem berkualiti?



Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Carian Internet

Menurut akaun Twitter Filem Kita, rakyat Malaysia belum bersedia menerima kepelbagaian tema dalam filem namun tahun 2018 adalah petanda kita sedang berusaha ke arah itu. Mungkin ia memakan masa namun dengan usaha berterusan, jumlah penonton yang menghargai filem kualiti akan bertambah dari masa ke semasa.


Kredit foto: Carian Internet

"Bukan salah penonton, filem yang dapat puluhan juta semuanya diterbitkan oleh syarikat gergasi yang mampu spend juta-juta untuk promosi."

Majoriti penonton pula berpendapat, jumlah kutipan kedua-dua filem tersebut rendah adalah kerana strategi pemasaran yang lemah hingga tidak ramai yang mengetahui kewujudan filem ini sekaligus mengurangkan jumlah penonton.



Kredit foto: Carian Internet

Ada pula netizen yang mengatakan penonton Malaysia menonton filem yang dikatakan sangat hebat sedangkan apabila menontonnya, biasa-biasa sahaja. Ini adalah kerana terpengaruh dengan promosi 'mengancam' filem tersebut.

Sementara itu, segelintir pula berpendapat filem yang dikatakan berkualiti oleh pengulas filem pula sebenarnya tidak lah hebat mana pun. Lebih-lebih lagi filem tersebut tidak sesuai untuk ditonton oleh semua khalayak.


Kredit foto: Carian Internet

Netizen turut memberi beberapa cadangan untuk penambahbaikkan filem-filem tempatan seperti dari segi edaran dan pasaran di Malaysia itu sendiri. Lebih-lebih lagi wujudnya kesedaran dalam kalangan penonton untuk menonton di pawagam berbanding menontonnya di saluran lain.

Kredit foto: Carian Internet

Jadi, untuk menyatakan situasi penonton Malaysia yang masih belum matang sebenarnya tidak sesuai. Ini kerana filem berkualiti sukar diterima turut berlaku di luar negara. Jika mahukan filem laris, perlu banyakkan filem untuk seisi keluarga seperti Avenger.


Kredit foto: Carian Internet

Jadi, untuk menyalahkan penonton semata-mata adalah tidak relevan kerana ia bergantung pada pelbagai faktor. Jika mahukan kualiti setara dengan kutipan, perlu lebih membuat promosi yang agresif kerana ramai penonton sebenarnya mahu berhibur, tetapi dalam masa sama cuba menghargai seni. Semoga di tahun-tahun mendatang nanti, Malaysia akan mempunyai filem yang akan membanggakan kita di anugerah filem peringkat antarabangsa. - CARI 


7

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 9-1-2019 11:59 AM
Pada kau senang je kita bukan negara yang dibangunkan dengan industri filem yang sangat gah.. makna kata dalam sistem pendidikan kita pun mana ada subjek lakunan dan yang seangkatan dengan nya kecuali dah masuk ke tahan pendidikan tinggi, itupun tak ramai yang cebur.. tak macam kat negara2 barat...

So memang la susah untuk menerima genre2 selain dari main genre iaitu seram, komedi, cinta dan baru ni je ada aksi yang agak gempak... lagi satu macam aku sendiri cerita2 seperti heavy drama aku tak tgk kat pawagam melainkan aku tau pengarah or pelakun filem2 yang ada special effect baru best tgk  kat panggung.. lagi satu aku tgk filem nak hilang stress so tgk filem fiksyen sci fi ker action yang tak mampu di tonton dalam real live..
Quote Artemesiaa 9-1-2019 12:06 PM
Kurangnya marketing dan promosi pada sesetengah filem bagus yang bakal ditayangkan dari pihak pengeluar filem banyak mempengaruhi.  Juga tak dinafikan kebanyakan rakyat Malaysia masih kurang berminat dengan filem heavy dan kena banyak guna minda.  Ramai yang suka filem santai walaupun dah makin ramai pilih filem berquality.  Apa pun sekarang terdapat usaha dari pihak cineplex giat mempromisi sesuatu filem hebat jadi sedikit sebanyak dapat mempangaruhi penonton datang menonton filem tu.
Quote kroit92 9-1-2019 03:01 PM
berminat nak tengok, tapi takde fulus
tunggu setahun, setahun setengah ke, mesti keluar kat tv time raya
baru la tekan record. nanti baru tengok. penyabar maximum tak?
Quote mziskandar 9-1-2019 03:51 PM
Aku tunggu raya..
X kering lagi luka penyesalan beli hkl2 kat astro.
Tobat x mo beli apa2 movie dah.

Dulu2 ada aa gi movie.. tu pun sbb dating bkn sbb cerita.

Skrg prefer tengok blaja2 tutorials, lessons, lectures etc kat youtube.
Pastu tengok funny babies, funny cats, funny pranks kat youtube.
Nak ganas2 tengok ogrish, liveleak, lisa blackpink
Nak tengok citer perang masuk channel berita atau documentary

..masa x cukup. Dh x de masa nk tengok movie, nk drive, isi minyak, cari parking, bayar parking, kt dlm x leh nk pause. Walaupun dpt ticket free..
Quote RatuDunia94 9-1-2019 04:35 PM
mziskandar: Aku tunggu raya..X kering lagi luka penyesalan beli hkl2 kat astro.Tobat x mo beli apa2 movie dah.Dulu2 ada aa gi movie.. tu pun sbb dating bkn sbb ce ...



HKL tu so OVERRATED! Yes sesuai utk tontinan kanak2 utk gelak2 dgn lawak cheesy tu.. for me. TRY HARDER!

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.064067 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top