CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Kanak-kanak Maut Dikelar Penagih

9-1-2019 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24556| Komen: 180

Dua kanak-kanak perempuan dan lelaki berusia empat tahun dan setahun dua bulan maut dikelar seorang lelaki di Kampung Sungai, Yan, malam tadi, lapor Berita Harian.

Selain dua berdaik itu, seorang lelaki berusia 52 tahun turut cedera parah diserang dalam kejadian jam 11 malam itu.

Menurut laporan, suspek dipercayai mengamuk dan menyerang lelaki terbabit sebelum masuk ke rumah mangsa.


Kredit Foto: BH Online/NSTP

Sementara itu, BERNAMA melaporkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

"Polis berjaya menahan suspek berumur 49 tahun itu di sekitar kampung berkenaan pada 1.30 pagi, sebab mereka sekampung. 


"Berdasarkan pemeriksaan rekod lampau, suspek ini ada rekod kesalahan berkaitan dadah," kata Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar yang mengesahkan pihaknya menerima laporan pada jam 11.55 malam tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - CARI
4

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 9-1-2019 07:58 AM
Astaghfirullah. ..sedihnya baca....dah tahu laki penagih dadah ...lagi mau teruskan. ....

Innalillah. ....
Quote minahsenget 9-1-2019 07:59 AM
Ya Allah
Quote cap_ayam 9-1-2019 08:00 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Quote cmf_premierleag 9-1-2019 08:01 AM
Ya Allah...runtuh jantung aku nak baca ni
mohon acik2 kepam pemuja2 zamani tulang bengkok taik dadah memuji2 penagih dadah yg dah sembelih anak2 ini
Quote Suchi 9-1-2019 08:02 AM
Allah..

Tapi rakyat malaysia gigih nak suh halalkn ketum dan ganja bagai

Quote pokaibanktokyo 9-1-2019 08:05 AM
Dipercayai penagih ?
Quote akusukaq 9-1-2019 08:13 AM
Edited by akusukaq at 9-1-2019 08:14 AM

tu sbb aku sokong sgt cadangan kumpulkan semua penageh tegar ni kat sebuah pulau terpencil.biarkan dorang hidup sendri disitu.aman negara khennn
Quote Mierafaziera 9-1-2019 08:19 AM
akusukaq replied at 9-1-2019 08:13 AM
tu sbb aku sokong sgt cadangan kumpulkan semua penageh tegar ni kat sebuah pulau terpencil.biarkan d ...

sokong!!
Quote saviour_09 9-1-2019 08:23 AM
Allahuakbar
pagi2 dah baca news macam ni
Quote raihaneem 9-1-2019 08:24 AM
akusukaq replied at 9-1-2019 08:13 AM
tu sbb aku sokong sgt cadangan kumpulkan semua penageh tegar ni kat sebuah pulau terpencil.biarkan d ...

Sokonggggg.....pastikan tak berenang balik tanah besar.
Letak papan tanda awas.

Budak2 tu anak dia ka..berita pendek sgt. Parents depa mana...
Kecik lg...anak2 syurga bergembiralah di syurga....
Quote hijau_serindit 9-1-2019 08:32 AM
berita pendek sangat ni. siapa penagih tu? bapak diorg or sedara terdekat? mak dia mana? jadi hamba dadah sampai otak tak berfungsi. teruk sungguh realiti zaman sekarang.  

kesian budak2 tu tak berdosa. kenapa ko sembelih diorg bukan diri ko sendiri ha????
Quote aHoi83 9-1-2019 08:34 AM
Penagih ni sehatus diasing kan disebuah pulau sahaja. Hantar kan je stok dadah biar depa isap sampai mampus
Quote Kentang.Goreng 9-1-2019 08:46 AM
2 budak maut dikelar


DUA kanak-kanak maut dikelar seorang lelaki di Kampung Sungai, Yan, malam tadi.

Dalam kejadian 11 malam itu, suspek dipercayai mengamuk dan menyerang seorang lelaki terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, kanak-kanak perempuan, 4, dan kanak-kanak lelaki, 1, yang berada di dalam bilik bersama ibunya kemudian diserang suspek sebelum dikelarnya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun ditahan sejurus selepas kejadian.

“Siasatan awal suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 January 2019 @ 7:54 AM
Quote myakayina 9-1-2019 08:50 AM
kesiannya..teringat kes kat puchong tu..bapak kelar anak..taik dadah gak..
Quote Kentang.Goreng 9-1-2019 09:01 AM
4-year-old girl, younger brother slashed to death
January 9, 2019 @ 8:39am


(Left) The remains of the two children found in their home at Kampung Sungai in Yan. (Right) The suspect was arrested shortly after his fatal attack. -NSTP

YAN: A four-year-old girl and her younger brother were slashed to death by a man, who ran amok and barged into their house at Kampung Sungai here last night.

It was learnt that the suspect had initially got into an argument and attacked a person before he barged into the victim’s at 11pm.

All hell broke loose when the suspect found the girl and her one-year-old brother with their mother inside a room in the house.

The suspect, who was armed with a sharp object, attacked the three of the family before leaving the house.

Kedah Criminal Investigation Department chief Senior Assistant Commissioner Mior Farid Al Atrash Wahid said the suspect was arrested shortly after the incident.

“Checks showed the suspect have criminal records involving dadah related offence,” he said, adding that the case is being investigated under Section 302 of the Penal Code for murder.

It is learnt that the police will apply for a remand order against the suspect this morning to facilitate investigation into the case.


Quote Jajabeans 9-1-2019 09:06 AM
ada budak penagih kt kg aku penah ugut nak tikam nenek aku sb tegur dia mundar mandir kt kwsn umah. takut weh
Quote leylapple 9-1-2019 09:10 AM
aku rasa sedara terdekat family nie....

penagih2 dadah nie patutnya ditembak mati jer.... diorang nie lah yang jadi penjenayah kecik2 mcm peragut, cungkil besi jalanan....etc semata2 nak beli dadah..

bila dah dibawah pengaruh dadah, tu yang rogol anak sendiri. dah tak blh bezakan mana mak mana anak

kalau ada sapa2 yg cakap penagih dadah blh dipulihkan tu hanya 0.1% jer... yg lain2 tu mmg akan kembali menagih... sbb urat saraf dah rosak...minda tak berfungsi sepenuhnya
Quote mieymiey 9-1-2019 09:10 AM
Ya Allah
Geramnya baca budak kecik, umur baru setahun kena kelar
Kenapa ko tak bunuh diri sendiri jer setan?!
Quote C1k_J4h 9-1-2019 09:12 AM
innalillah
mak bdk2 tu cmna?
xcedera ke

Lihat semua komen(180)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.233918 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top