Gambar tular pasangan lelaki dan wanita yang sedang mandi berpelukan dalam keadaan berbogel di dalam kolam air pancut di Jalan Gaya Kota Kinabalu telah mencetuskan kemarahan netizen.
Berita Harian melaporkan gambar itu dipercayai dirakam pada lewat malam berikutan kawasan kedai dalam gambar tersebut kelihatan sudah ditutup. Kebanyakan netizen berpendapat kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh mencemarkan imej bandar raya yang menjadi destinasi tumpuan pelancong. Tidak dapat dipastikan pelaku dalam video tersebut merupakan warga tempatan atau pun pelancong asing. Pengarah Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Lizawana Matin, memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
“Kita akan berbincang mengenai perkara ini dan mungkin antara inisiatif yang boleh diambil adalah membuat pemantauan lebih kerap di bandar raya terutama lokasi terbabit. “Selain itu, DBKK akan memasang papan tanda ‘dilarang mandi’ di kawasan itu supaya orang awam terutama pelancong lebih peka dan tidak mandi di kolam berkenaan. “Sekiranya masih ada individu yang berdegil dan ditangkap, mereka boleh didakwa kerana melanggar peraturan.” Beliau juga menasihatkan orang awam agar tidak mandi di tempat yang menjadi tumpuan awam. “Ini termasuk kolam air pancut, kolam hiasan dan kawasan terbuka lain sekitar bandar raya. “Kelakuan seumpama ini pastinya boleh mengundang ketidakselesaan kepada warga bandar raya selain memberi tanggapan kurang baik dalam kalangan pelancong asing lain." -CARI
|
Simunggu replied at 9-1-2019 09:40 AM
cina, melayu atau lain lain???
ADVERTISEMENT