CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Nad Zainal Perli Pelakon Diva Yang Mana?

10-1-2019 11:19 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 20851| Komen: 95|Original author: Oleh: Azza



"Siapa lah saya nak pilih hero itu, ini..."

Kenyataan itu ditulis oleh Nad Zainal, 28 di laman Instagramnya menegaskan yang dia tidak pernah meminta mana-mana pelakon lelaki untuk digandingkan bersamanya dalam drama atau telefilem.

Walaupun sudah berada dalam dunia seni lebih sedekad, Nad akan memberi kerjasama yang baik kepada semua pelakon waima bakat baru kerana dia juga pernah berada di tahap itu. Jadi, dia dan pasangan lakonannya juga akan membuat kajian terlebih dahulu untuk merealitikan karektor masing-masing. Usah menjadi Diva kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

"Saya masih ingat jelas, siapa yang baik dan kekwat dengan saya."

Persoalannya, siapakah Diva yang kekwat dimaksudkan oleh Nad Zainal?

Kredit foto: IG
IG

Pernah digandingkan bersama pelakon lelaki Redza Rosli, Syafiq Kyle, Nafiz Muaz, Aidit Noh dan terbaharu Aedy Asraf menjelaskan yang Nad bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik dan bukannya sekadar memberi arahan semata-mata.

"Tidak kira hero baru atau berpengalaman, saya perlu cari keserasian supaya kami tidak nampak janggal di mata penonton."

IG

Menurut Nad lagi, dia sedar  di luar sana ramai yang mempertikai kemampuan pelakon baru, tetapi sebenarnya tidak semua hanyut dalam keseronokan kerana masih ada segelintir yang serius dalam karier mereka. Ini kerana Nad juga pernah berada di tempat pelakon baru dan menerima layanan berbeza-beza kerana memegang status pelakon baru.

Terkini, Nad digandingkan dengan Aedy Ashraf dalam telefilem, Wali Jantan Semantan menyebabkan ramai netizen gusar dengan gandingan tersebut. Bagaimanapun, menurut Nad jika pelakon seperti ini tidak diberikan peluang, sampai bila mereka boleh membuktikan kemampuan mereka?

"Saya tak kata saya pelakon yang bagus, tapi Aedy antara pelakon yang sangat komited dan berdisipli sebelum turun ke lokasi shooting. Nyata Aedy berjaya memberi lakonan yang matang."

IG

Pernah meraih anugerah Trofi Pelakon Wanita TV Popular dan Pelakon Wanita Terbaik (drama) Anugerah Skrin 2018 menjelaskan yang Nad bukan calang-calang pelakon. Malahan pengakuannya yang masih belajar serta turut berlakon dengan pelakon baru nyata menunjukkan sisi rendah dirinya. Jadi, siapakah Diva kekwat 11 tahun lalu itu? Anda rasa? - CARI 


11

Bagus
12

Marah
12

Terkejut
15

Sedih
11

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mirwaisahmadzai 10-1-2019 11:21 AM
makin cantik nad ni. kat luar pun tak sombong. kalau peminat ajak bergambar dia layan je
Quote kakiah12 10-1-2019 11:24 AM
So statement tu nak menyatakan ape? Ko dah layak pilih hero sbb ko dah top ke skang? Tp ko memilih utk tidak pilih hero sbb ko humble.mcm tu ke?
Quote mirwaisahmadzai 10-1-2019 11:26 AM
hairan kenapa yg kata dia sombong...dah2 la tu. dia ni baik la....sapa yg pernah jumpa tahu la peel dia mcm mana
Quote (ツ) 10-1-2019 11:29 AM
ko tu artis gred E aje pun takyah memilih... berlakon pun over...menang haritu pun sbb juri kesian...tp kan, artis gred E cengini kalu ada peminat/batak mintak bergambar,mmg batak gilerr peminat tu..artis cenggini pun hadap???
Quote Y-Nots! 10-1-2019 11:31 AM
Dia berbakat dalam lakonan
Quote fushimi 10-1-2019 11:39 AM
mengata orang ko pun sama je la noks
Quote ira_229 10-1-2019 11:45 AM
(ツ) replied at 10-1-2019 11:29 AM
ko tu artis gred E aje pun takyah memilih... berlakon pun over...menang haritu pun sbb juri kesian.. ...

kann....
dia ni mmg i turn off suka menyampuk klu ada artis2 yg perasaan gred A merempan kat social media..
berlakun bukan hebat sangat...over..!siapa lah yg kata dia berlakun hebat...hmmmm
Quote (ツ) 10-1-2019 11:47 AM
ira_229 replied at 10-1-2019 03:45 AM
kann....
dia ni mmg i turn off suka menyampuk klu ada artis2 yg perasaan gred A merempan kat soci ...

dia bajet mcm dia selevel gred A lah tu,tu yg kengkonon join tu...walhal hakikatnya tak..eww not my level minah perasan bagus ni...
Quote makton 10-1-2019 11:48 AM
aku cuma igt lakonan dia dlm Kami Histeria je. Yg lain2 drama dia aku x igt..
Quote non.sari 10-1-2019 11:56 AM
dulik lah apa worang nak cakap pasal nad ni.
pada iols dia ni memang terbaik.
superb gila die ni berlakon. tolak ketepi lah hal2 negatif, yg penting dia punya lakonan memang

gred E di mata chuols
gred A di mata iols
Quote (ツ) 10-1-2019 12:10 PM
non.sari replied at 10-1-2019 03:56 AM
dulik lah apa worang nak cakap pasal nad ni.
pada iols dia ni memang terbaik.
superb gila die ni b ...

tul tu cik sari..tiap org ada pandangan masing2...ada yg suka ada yg tak tu standard lah kan...
Quote Missfadh 10-1-2019 12:12 PM
Nad ni berlakon best je bg iols. Luar lakonan lantak dia lah kan.
Quote mieymiey 10-1-2019 12:23 PM
Saya masih ingat jelas, siapa yang baik dan kekwat dengan saya.


Aksi kangkang chuols pun iols masih ingat jelas
Sorry Nad, iols takleh lupa yang tu.
Walaupun chuols dah buat damage control, tetap legend yach aksi itu.
Quote kisahkeaku 10-1-2019 12:26 PM
tp dia blakon bagus laa....maybe bdk2 aswara mmg berbakat agaknya kan...
Quote BerbiriOren 10-1-2019 12:29 PM
fushimi replied at 10-1-2019 11:39 AM
mengata orang ko pun sama je la noks

agree. dia kekwat dekat orang xpe pulak. Aku pon xakan lupe ape si Nad Zainal ni balas comments dekat instagram. Gila berlagak. bukan pelakon gred A pon
Quote non.sari 10-1-2019 12:29 PM
(ツ) replied at 10-1-2019 12:10 PM
tul tu cik sari..tiap org ada pandangan masing2...ada yg suka ada yg tak tu standard lah kan...:lo ...

khueeennnn... subjektif dan tiada paksaan.
Quote tikusmontok 10-1-2019 12:30 PM
mirwaisahmadzai replied at 10-1-2019 11:26 AM
hairan kenapa yg kata dia sombong...dah2 la tu. dia ni baik la....sapa yg pernah jumpa tahu la peel  ...


Quote MadameOnion 10-1-2019 12:33 PM
mieymiey replied at 10-1-2019 12:23 PM
Aksi kangkang chuols pun iols masih ingat jelas
Sorry Nad, iols takleh lupa yang tu.
Wal ...

i pun sama cam u sis..teringat pulak masa dia berlagak diva sambil mengangkang depan anak2 yatim sambil main henpon
Quote ALDRIN 10-1-2019 12:34 PM
Ko mmg kekwat Nad..kenkawan iols dlm industri pon brp ramai uols jeling atas bawah sbb attitude ko yg perasan bagus...mendapat lah ko diwho r yuss kan dgn reputz kannnn...

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.100178 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top