CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual Organ Demi iPhone, Lelaki Kini Terlantar Di Rumah

10-1-2019 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5466| Komen: 43

Padah menjual organ semata-mata untuk membeli iPhone baru, seorang lelaki di China kini hanya mampu terlantar di rumah dan tidak mampu bangun untuk bekerja.




The Sun melaporkan, lelaki dikenali sebagai Wang dan berusia 25 tahun itu berjaya mendapatkan 22,000 yuan (RM13,267 ) hasil jualan organnya di pasaran gelap China.

Menurut media tempatan, Wang menjual organnya ketika berusia 17 tahun kerana keluarganya terlalu miskin dan tidak mampu membelikan peranti idamannya itu.

Wang didakwa menjual organnya kepada seorang pedagang organ menerusi sebuah forum dalam talian, QQ.

Dalam temu bual bersama CNTV.cncn, Wang berkata, "Ketika itu, saya terlalu menginginkan sebuah iPad 2, tetapi tidak cukup wang.


"Ketika melayari Internet, seorang ejen penjual organ mengirim pesanan kepada saya dan berkata saya mampu mendapatkan 20,000 yuan dengan menjualkan buah pinggang," katanya.

Wang dikatakan keluar senyap-senyap dari rumahnya di wilayah Anhui untuk pergi ke wilayah Hunan bagi menjalani pembedahan haram itu tanpa memaklumkan pemergiannya kepada ibu bapa.

Kemudian, Wang menerima 150,000 yuan (RM90,481) dan tambahan 67,000 yuan (RM40,415) daripada penerima organ berkenaan sebelum membelanjakan semua wangnya dengan membeli iPhone 4 dan iPad 2.


Kredit foto: The Sun

Sebaik ibu Wang mengetahui perkara sebenar, dia terus melaporkannya kepada polis yang kemudian melancarkan siasatan.

Orang tengah yang menguruskan jual beli organ Wang dipenjarakan antara tiga hingga lima tahun, manakala dua pakar bedah yang terbabit dalam pembedahan itu dipenjarakan tiga tahun.

Sejak itu, kesihatan Wang merosot dan dia mengalami kegagalan buah pinggang, lapor CCTV.com.
 
Berikutan kejadian, Wang dan keluarganya menerima wang pampasan sebanyak 1.47 juta yuan (RM886,645). - CARI
12

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
11

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 10-1-2019 01:29 PM
Berbaloi lah dpt almost 1 juta..boleh beli buah pinggan lain..good bizplan.
Quote nishikido 10-1-2019 01:30 PM
Ok lah tu, sendiri bodoh jual organ..dapat pampasan lagi.lainlah kena paksa...
Quote armin 10-1-2019 01:34 PM
Mahalnya kau belanjakan semua 130k rm utk iphone dgn ipad? Kt china harga mcm tu ke? Kt sini tak sampai 10k pun iphone dik
Quote honeybucuk 10-1-2019 01:39 PM
armin replied at 10-1-2019 01:34 PM
Mahalnya kau belanjakan semua 130k rm utk iphone dgn ipad? Kt china harga mcm tu ke? Kt sini tak sam ...

Typo kot..atas tulis 13k je
Quote fushimi 10-1-2019 01:44 PM
kesiannya ko

iphone pun ko hadap

Quote awanearisu 10-1-2019 01:45 PM
Seperti mengesahkan artikel sebelum ini yang pernah mengatakan golongan profesional memilih telefon pintar jenama Huawei, manakala telefon pintar iPhone menjadi pilihan golongan berpendapatan rendah.
Quote airisa 10-1-2019 01:47 PM
padan ler ada yg suggest kat pesakit buah pinggang pi ke china utk buat transplant
Quote Manjahati 10-1-2019 01:49 PM
Kesiannya... Nafsu budak 17 tahun.. X pikir panjang
Quote mieymiey 10-1-2019 01:51 PM
Tak mampu buat cara tak mampu dek.
Sampai nyawa sanggup ko gadai demi iphone
Quote syadq 10-1-2019 01:53 PM
Kenapa tak jual otak je terus.
Quote allysumc 10-1-2019 01:58 PM
Terlantar di rumah bertemankan iphone.
Quote merrissa 10-1-2019 01:59 PM
famri7 replied at 10-1-2019 01:29 PM
Berbaloi lah dpt almost 1 juta..boleh beli buah pinggan lain..good bizplan.

byk la mengikut nanti.....sb tu deme suke culik je bebudak...xyh nk tnggung kerugian cmni
Quote whadda 10-1-2019 02:06 PM
tuhan dah jadikan cukup organ smua.. tup2 dah besar ko pegi jual pulak sebab iphone.. tak pasal2 merana seumur hidup
Quote Malaysia.Doom 10-1-2019 02:10 PM
Kenapa ko tak jual lubang bontot kat lorong?
Quote chinta89 10-1-2019 03:06 PM
Menurut media tempatan, Wang menjual organnya ketika berusia 17 tahun kerana keluarganya terlalu miskin dan tidak mampu membelikan peranti idamannya itu.


dh tahu miskin lagi x sedar diri nk pakai brg branded.

Berikutan kejadian, Wang dan keluarganya menerima wang pampasan sebanyak 1.47 juta yuan (RM886,645).



x layak dpt. ko wat mcm ni kjp  lg ramai2 tiru wat gini sb nk dptkan pampasan. entah2 yg dh nk  mati pun buat mcm ni sb nk bg duit byk2 kat family.
Quote mawar_mustika 10-1-2019 03:36 PM
aku xtau lh knp org skarng gila sgt dgn iphone...dlu aku pernah lh tringin nk bli sbb gambr die cantik...tp ble tgk harga aku rs cam xberbaloi je utk spend gj 2 bln hanya semata utk sketul tel...sampailh thn lps aku terpaksa bli ipad utk kerja...sgt xbest...aku slalu download movie @ drama kt pc opis...so ble nk transfer dr pc ke ipad xdpt..so aku kene download direct dr ipad...xbest langsung...sudahnye aku jual since aku dh xguna utk keje...pakai balik tab yoga 8 lenovo best gile berbaloi beli dlu
Quote DollahRepek 10-1-2019 04:28 PM
Aku tak pernah lagi dgr org jual organ sbb nak beli samsung, huawei, oppo etc aka andriod phone
Quote dibs 10-1-2019 04:33 PM
syadq replied at 10-1-2019 01:53 PM
Kenapa tak jual otak je terus.

otak takde dik, camne nak jual
Quote buapakperut 10-1-2019 04:44 PM
tanamlah gadget tu dalam badan buat pengganti buah pinggang. baru kamu tau selama ini kamu tak bersyukur

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.175372 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top