"Anjing masuk ke dalam masjid dan mati tetapi saya yang disiasat."
Pengerusi Masjid Ibnu Khaldun Lavender Heights, Seremban terkilan dituduh sebagai pembunuh anjing di media sosial. Memetik Kosmo!, Mohd. Asna Amin tular di media sosial berikutan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan kematian beberapa ekor anjing di Taman Lavender Height dipercayai akibat diracun, baru-baru ini. Mohd. Asna berkata, namanya mula tular selepas sebuah persatuan haiwan mendakwanya terlibat dalam kematian anjing berkenaan. "Heboh satu negara mengatakan imam masjid membunuh anjing sedangkan haiwan itu ditemukan mati di luar masjid. Jarak anjing yang mati dengan masjid kira-kira 1 kilometer," katanya dalam dialong antara penduduk dengan pihak berkuasa berhubung isu kematian anjing terbabit. Difahamkan, polis menyiasat Mohd. Asna susulan laporan dibuat seorang penduduk berhubung kematian tiga ekor anjing termasuk seekor miliknya yang mati diracun di taman perumahan itu antara 1 hingga 4 Januari lalu. Tangkap layar perbualannya dengan penduduk berhubung isu anjing di perumahan itu menerusi aplikasi WhatsApp menjadi tular, sekali gus menyebabkan dia menjadi sasaran kecaman. Hasil pemeriksaan telefon bimbitnya, polis menemui gambar kejadian anjing mati, namun Mohd. Asna menegaskan ia gambar lama; kira-kira tiga minggu sebelum kejadian baru-baru ini berlaku. Sementara itu, seorang penduduk, Datuk Seri Abd. Rahim Mohd. Radzi yang tekad mempertahankan Mohd. Asna berkata, penduduk lain turut menyuarakan kebimbangan mereka terhadap ancaman anjing di kejiranan berkenaan. Selain membunuh banyak haiwan peliharaan penduduk seperti arnab dan kucing, Abd. Rahim mendedahkan dia dan isteri turut pernah diancam anjing yang berkeliaran ketika beriadah. "Kami tak kisah mereka bela anjing di dalam rumah atau anjing mereka bising dan menyalak, tetapi ada anjing yang menyerang dan mengancam keselamatan penduduk walaupun aduan telah banyak kali dibuat," katanya. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, pihaknya masih menyiasat kes berkenaan dan meminta agar perkara itu tidak diperbesarkan kerana dikhuatiri menimbulkan kekecohan. - CARI
|
23
Bagus |
11
Marah |
16
Terkejut |
11
Sedih |
17
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
famri7 replied at 8-1-2019 10:38 AM
Saya percaya jah kalau betul lobai2 racun...ingt pahlawan epic bawak bow nk panah hanjing persisi pe ...
sekngucing replied at 8-1-2019 03:27 AM
kesian anjing
aku anggap nyawa binatang lebih bernilai dari manusia
namirulmukminin replied at 8-1-2019 10:37 AM
Suruh NGO Pencinta haiwan tu kutip bela anjing2 liar tu.. Jangan menyusahkan orang lain... pi kutip ...
famri7 replied at 8-1-2019 11:32 AM
Too bad dlm ajaran semenanjung bunuh hanjing ni mcm bunuh cicak..katanyalah..
Kalau elohim bena ...
ADVERTISEMENT