CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Transgender Termuda Berusia Lima Tahun! Salah Siapa?

14-1-2019 11:29 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 7035| Komen: 26|Original author: Oleh: Nia M

Sifat masyarakat barat yang bersikap terbuka menjadikan ideologi transgender diterima secara meluas di sesetengah tempat.


Kredit foto: ABS CBN

Di Britain, Jayden Rogers ,seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun, merupakan transgender termuda direkodkan di negara itu. 


Kredit foto: dailymail.co.uk


Jayden dilahirkan sebagai bayi lelaki, namun sejak 11 bulan lalu, Jayden telah mula hidup sebagai kanak-kanak perempuan. Meskipun begitu, alat sulitnya masih lagi kekal dan tidak ditukar kerana usianya masih terlalu muda. 

Jayden dibesarkan ibu kandungnya, Jody, 21, bersama teman lelakinya, Greg, 27. Difahamkan, Greg sudah tiga tahun menjadi ayah buat Jayden. 

Apa yang mengejutkan adalah di sebalik imej berjanggut itu, Greg sebenarnya juga merupakan seorang transgender! 


Kredit foto: dailymail.co.uk

Greg mengakui telah menjadi transgender sejak berusia 16 tahun. Dia menjalani pembedahan untuk membuang payudaranya, namun sehingga kini masih belum menukar alat sulitnya dan tidak tergesa-gesa untuk melakukannya. 

Greg juga menyatakan dia bukan seorang gay, tetapi hanya terperangkap di dalam badan yang salah. 

Menurutnya, mereka tidak pernah memaksa Jayden menjadi perempuan. Bahkan, mereka membelikan pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan, serta memberi kebebasan kepada Jayden untuk memilih sendiri. 


Kredit foto: dailymail.co.uk

Tetapi, Jayden yang sebelum ini mengalami masalah pendengaran, tiba-tiba menyuarakan dia mahu menjadi perempuan, dan tidak suka memakai pakaian lelaki selepas menjalani pembedahan untuk memulihkan pendengarannya. 

Pada mulanya, mereka menyangka Jayden tidak serius, tetapi perkara itu berlanjutan dan Jayden konsisten dengan kehendaknya hingga Greg dan Jody terpaksa akur. 


Kredit foto: dailymail.co.uk

Apabila ditanya cabaran yang terpaksa dihadapi, mereka mendakwa ada jiran melarang anak perempuan mereka daripada bermain dengan Jayden kerana identiti sebenar kanak-kanak itu. 

Greg dan Jody menegaskan, mereka mahu memberikan pilihan kepada Jayden dan akan mendapatkan khidmat kaunseling untuk kanak-kanak itu supaya dapat membantunya mencari dirinya yang sebenar. 

Walau bagaimanapun, ibunya, Jody mengakui kadang-kala merindui imej anak lelakinya sebelum Jayden menjadi perempuan. Jody juga mengakui dengan wajah anaknya itu, dia lebih sesuai menjadi seorang lelaki. 

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Patutkah ibu bapa memberi kebebasan kepada anak masing-masing untuk memilih jantina mereka? - CARI
12

Bagus
12

Marah
13

Terkejut
15

Sedih
11

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 14-1-2019 12:12 PM
mak iku sgt kehendak anak. bodoh.
Quote Artemesiaa 14-1-2019 12:15 PM
Dibesarkan dalam persekitaran sebegitu banyak mempengaruhinya
Quote pakderis 14-1-2019 01:21 PM
sakitnya masyarakat kini
Quote epis 14-1-2019 01:24 PM
Soalan dari saya noob... ade surgery ubah kemaluan wanita ke kemaluan lelaki?
Quote BoLapciOus 14-1-2019 02:06 PM
This is madness
Quote taniabecks92 14-1-2019 02:23 PM
epis replied at 14-1-2019 01:24 PM
Soalan dari saya noob... ade surgery ubah kemaluan wanita ke kemaluan lelaki?

ye ade. boleh tgk kt youtube procedure dia. mengerikan
Quote buragazz 14-1-2019 03:12 PM
Wait what... Mak kandung Jayden tu bersatu tubuh dengan sapa sebab si greg tu pun tiruan...
Quote dekmieDandy 14-1-2019 03:23 PM
takut dah besar nnt jadi kes David Reimer
Quote epis 14-1-2019 03:58 PM
taniabecks92 replied at 14-1-2019 02:23 PM
ye ade. boleh tgk kt youtube procedure dia. mengerikan

Takut lak nk tgk.. pemindahan organ kemaluan lelaki dari penderma lelaki pada transgender tu ke atau pembentukan artificial zakar dan testis pada trans tu?
Quote mieymiey 14-1-2019 03:59 PM
'Ayah' tu dari pompuan jadi lelaki.
Anak tu lelaki jadi pompuan
Quote azwanaliori 14-1-2019 04:32 PM
Mak bapak yg gile glamer kebulur nk anak dorg jd "special" n "inspirational"
Quote danieladam 14-1-2019 05:46 PM
Apak sebenarnya tak peduli ke kat anak ni?
Quote RamonaFlower 14-1-2019 05:56 PM
dekmieDandy replied at 14-1-2019 07:23 AM
takut dah besar nnt jadi kes David Reimer

Kann. I sampai skrg rasa kesian kat david. Malang nasib dia
Quote pai.kacang 15-1-2019 09:41 AM
RamonaFlower replied at 14-1-2019 05:56 PM
Kann. I sampai skrg rasa kesian kat david. Malang nasib dia

baru je baca kisah David Reimer ni. kesian.. satu keluarga jadi mangsa.
Quote pai.kacang 15-1-2019 09:43 AM
sebab2 macam ni laa aku tak setuju transgender ambil anak angkat..
Quote raxief 16-1-2019 12:00 AM
pai.kacang replied at 15-1-2019 09:43 AM
sebab2 macam ni laa aku tak setuju transgender ambil anak angkat..

kan... itu pun ada lagi golongan bingai non-transgender/LGBT yg tak kisah pasal ni dengan alasan "pasangan normal ambik anak angkat pun tak pelihara betul-betul"... siap back up memana kwn2 pondan mereka yg ambik anak angkat.. kalau sesama pondan memback up tu tak pelik, faham2 je la, sebab sama perangai
Quote mialunar 16-1-2019 12:21 AM
Selain berjuang nak menghalalkan pihak transgender .. dah ade satu puak baru yang bangun untuk pertahankan hak sebagai pedophile iaitu golongan yang suka kan kanak2 mcam jadi simbol seks
       Heroine pun dah halal kat thai sekarang ni ... mintak2 la malaysia terselamat dari ujian dan dugaan ni
Quote mialunar 16-1-2019 12:23 AM
raxief replied at 16-1-2019 12:00 AM
kan... itu pun ada lagi golongan bingai non-transgender/LGBT yg tak kisah pasal ni dengan alasan " ...

Ntah macam mana la senang dapat anak angkat .. padahal bukan susah gila ke prosedur dia ..pasangan suami isteri pun kene tunggu bertahun kan
Quote nishikido 16-1-2019 06:05 AM
Wuttt???

Sepatutnya parent kena ajar anak2 ikut jantina theyolls,kalau agak terpesong bimbing mereka..apa beza lelaki n perempuan,kenapa begini begitu kejadiannya..kalau sampai dewasa masih begitu,at least u tried..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.046030 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top