CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Menakutkan, Makin Ramai Manusia 'Menelan' Plastik?!

16-1-2019 12:02 PM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 7560| Komen: 24|Original author: Oleh: Archaiv


Ya! Bukan melalui pembedahan plastik Atau hiperbola melampau, manusia memang semakin menjadi plastik. Puncanya kerana makanan harian kita, dan beberapa barang yang berkaitan. Hampir kesemua benda ciptaan kita mempunyai bahan plastik. 


Ambil contoh, ubat gigi dan barang-barang kosmetik. Hampir ke semua produk ini mengandungi plastik terurai, iaitu mikroplastik. Walaupun barang tersebut dikatakan mesra ala seperti BPA tapi mungkin mengganggu testosterone dan DEHP pula yang menjadikan plastik fleksibel mungkin menyebabkan kanser.



Fakta yang paling menakutkan pula berada di lautan berpunca daripada sikap manusia sendiri. Sampah-sampah plastik yang kita buang sudah sebesar kesatuan eropah, terurai pula akibat daripada terdedah kepada cahaya matahari. 


51 trillion partikel mikroplastik dikesan dalam lautan dan telah dijadikan sumber makanan berantai bagi penghuni lautan kita. Sehinggalah kita pula memakan segala sumber makanan lautan, mikroplastik sudah ada dalam tubuh kita.



Haiwan yang paling banyak memakan mikroplastik adalah kerang. Terdapat beberapa kajian pada tahun 2018 mengatakan kerang laut boleh dijadikan penyelamat lautan untuk menelan mikroplastik. Jelasnya, manusia sudah menjadi buntu memerangi industri plastik yang tidak terkawal berlaku pada negara-negara seperti Indonesia dan China yang menyalurkan sampah-sampah plastik ke lautan melalui sungai-sungai mereka.


Bukan itu sahaja, sudah dibuktikan berada pada semua benda; air paip makanan dan makanan hasil kilang. 8 daripada 10 bayi baru lahir dan kesemua orang dewasa mempunyai mikroplastik  jenis Phthalates dalam tubuh manakala 93 peratus manusia mempunyai BPA dalam air kencing mereka. 


Masa depan manusia akan menjadi lebih plastik. Kita telah mencipta suatu keindahan palsu yang mengambil masa 500 hingga 1000 tahun untuk terurai. Masih adakah cara lain untuk kita mengatasi masalah ini selain daripada sedarkan diri kita tentang perihal menjaga alam sekitar? Adakah kita masih mengharap akan ada teknologi yang dapat membantu kita untuk menyelamatkan kita daripada kebodohan kita sendiri?


Buang sampah dalam tong sampah!

Jika beli barang kecil dan boleh muat dalam kocek atau mempunyai beg, tak payah minta beg plastik!

Tegur sahabat atau keluarga anda yang masih tidak ketahui pasal fakta ini! - CARI


Sumber video youtube rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=RS7IzU2VJIQhttps://www.youtube.com/watch?v=FjT8GG0ETQg

16

Bagus
20

Marah
16

Terkejut
20

Sedih
15

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 16-1-2019 12:05 PM
Info menarik sebab tu kena kurangkan penggunaan plastik
Quote moonbug 16-1-2019 12:27 PM
Sebab tu 1/3 orang keliling kita sekarang ada kanser. Dah jadi too common
Quote kaklong32 16-1-2019 12:31 PM
patut la macam2 penyakit timbul
Quote kucingitam 16-1-2019 02:44 PM
one of the plastik is sajat
Quote sinalegna 16-1-2019 02:54 PM
Dunia terlampau ramai penduduk, Thanos suh buat population control kalo takmo kena snap
Quote palmolive 16-1-2019 04:17 PM
artikel cantik dah..tp kalo penguatkuasaan lemah tak kemana jugak
Quote Archaiv 16-1-2019 08:07 PM
Artemesiaa replied at 16-1-2019 12:05 PM
Info menarik sebab tu kena kurangkan penggunaan plastik

terima kasih membaca dan memberi komen. Setuju, kita cuma mampu mengurangkan penggunaan plastik per individu.
Quote Archaiv 16-1-2019 08:15 PM
palmolive replied at 16-1-2019 04:17 PM
artikel cantik dah..tp kalo penguatkuasaan lemah tak kemana jugak

Sebenarnya Malaysia sudah mengambil langkah drastik tahun ini dengan memutuskan untuk tidak menerima pelupusan sampah daripada eropah pada tahun ini. Semoga langkah-langkah positif daripada kerajaan sentiasa dipergiatkan. Sebagai masyarakat, kita boleh menyebarkan maklumat dan bertindak mengurangkan sahaja. Apa-apapun, terima kasih kerana memberi pandangan dan membaca.
Quote Archaiv 16-1-2019 08:22 PM
moonbug replied at 16-1-2019 12:27 PM
Sebab tu 1/3 orang keliling kita sekarang ada kanser. Dah jadi too common

Ada betul juga tu. Cuma kita juga bergantung dengan plastik dalam kehidupan harian. Hampir setiap benda ciptaan kita mempunyai plastik.
Quote Lagubestbest 16-1-2019 09:09 PM
Baju yang kita semua pakai sekarang pun banyak yang guna material plastik.
Quote Archaiv 17-1-2019 12:10 AM
Lagubestbest replied at 16-1-2019 09:09 PM
Baju yang kita semua pakai sekarang pun banyak yang guna material plastik.

Ya. Material sintetik semestinya menggunakan fiber plastik yang halus dan kalau terurai, pastinya menjadi mikroplastik.  Cuma,  kita cuma memakainya. Terima kasih kerana komen.  (ni balas komen orang ni saja nak up credit... Hehehe)
Quote Archaiv 17-1-2019 12:15 AM
sinalegna replied at 16-1-2019 02:54 PM
Dunia terlampau ramai penduduk, Thanos suh buat population control kalo takmo kena snap

Sebab tu Thor tak aim kepala time humban kapak stormbreaker hari tu, dia pun nak benda tu jadi.. Kalau tak makin ramai manusia buang plastik dalam laut. Hehehe
(saja reply nak tambah kredit)
Quote Archaiv 17-1-2019 12:18 AM
kucingitam replied at 16-1-2019 02:44 PM
one of the plastik is sajat

Lah,  Sajat ni real rupanya,  ingatkan watak ciptaan media..  Hehehe

(saja reply tambah kredit)
Quote Archaiv 17-1-2019 12:23 AM
kaklong32 replied at 16-1-2019 12:31 PM
patut la macam2 penyakit timbul

Ya, manusia sekarang cuma mampu mengurangkan kesan-kesan sampingan yang berat dan terlihat. Apapun,  jagalah kesihatan semampunya selagi hak nyawa dikandung badan.
Quote paz 21-1-2019 12:13 PM
Takutnya, Paz committed nak kuarangkan guna plastic.
Quote Archaiv 21-1-2019 01:02 PM
paz replied at 21-1-2019 12:13 PM
Takutnya, Paz committed nak kuarangkan guna plastic.

Jom kongsi ilmu dengan semua orang ya!

Terima kasih baca..  
Quote mr_cool5885 21-1-2019 01:11 PM
Archaiv replied at 16-1-2019 08:15 PM
Sebenarnya Malaysia sudah mengambil langkah drastik tahun ini dengan memutuskan untuk tidak meneri ...

Selama ni malaysia jadi tempat pelupusan sampah dari eropah ke? Seriously?
Quote Archaiv 21-1-2019 01:20 PM
mr_cool5885 replied at 21-1-2019 01:11 PM
Selama ni malaysia jadi tempat pelupusan sampah dari eropah ke? Seriously?

Ya.  Kalau tak silap ada kat Selangor.  Kesatuan Eropah panik lewat tahun lalu selepas pendekatan Malaysia Baharu untuk memberhentikan pengambilan sampah-sampah tersebut. Perkara ini pernah diulas olah beberapa kementerian dalam media massa.  
Quote paz 21-1-2019 01:21 PM
Archaiv replied at 21-1-2019 01:02 PM
Jom kongsi ilmu dengan semua orang ya!

Terima kasih baca..

Sama-sama.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.140342 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top