CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kesian Wanita Ini, Hidap Penyakit Tak Boleh Dengar Suara Lelaki

21-2-2019 12:54 PM| Diterbitkan: superlizdin| Dilihat: 2403| Komen: 7|Original author: Oleh: SuperLizdin


Foto: Getty

Seorang wanita di China telah disahkan menghidapi satu penyakit yang pelik di mana dia mendakwa bahawa dia tidak dapat mendengar suara lelaki. Dia hanya dapat mendengar suara perempuan sahaja!

Satu kes yang pelik berlaku di Negara China. Seorang pesakit yang bernama Chen, mendakwa bahawa, malam sebelum dia mendapat penyakit itu, dia berasa telinganya berdengung. Dia berfikir, untuk mengurangkan rasa sakit telinganya, jadi, dia terus tidur. Pada keesokan hari, perkara yang buruk berlaku, dia tidak dapat mendengar suara teman lelakinya! 

Tanpa berlengah lagi, dia terus ke Hospital Qianpu yang terletak di bandar Xiamen, Timur China. Di situ, dia berasa pelik kerana dia dapat mendengar suara doktor perempuan itu dengan jelas. Pakar penyakit telinga, hidung dan kerongkong (ENT), Dr Lin Xiaoqing, menyatakan bahawa Chen dapat mendengar dengan jelas apa yang dia katakan kepadanya, tetapi, apabila seorang pesakit lelaki muda masuk ke ruangan doktor, Chen tidak dapat mendengar langsung apa yang lelaki itu katakan.


Dr Lin Xiaoqing menambah lagi, bahawa penyakit yang dialami oleh Chen dikenali sebagai penyakit kehilangan pendengaran frekuensi rendah (low frequency hearing loss). Chen menyatakan bahawa sejak akhir akhir ini, dia sering bekerja sehingga lewat malam. Keadaan itu menyebabkan badannya berada pada tekanan yang kuat dan dia juga tidak cukup tidur.

Dr Lin percaya bahawa kepenatan yang melampau, ditambah dengan tekanan disebabkan keadaan waktu kerja yang lama, menyebabkan penyakit tersebut berlaku. Chen hanya boleh mendengar suara yang berfrekuensi tinggi dan tajam sahaja, seperti suara yang dimiliki oleh perempuan. Nasib baik, menurut Dr Lin, penyakit itu boleh diubati , dengan syarat, harus cepat berjumpa dengan doktor.

PS: Semoga kisah di atas, dapatlah kita semua jadikan sebagai pengajaran. Janganlah disebabkan terlalu sangat fokus kepada kerja, menyebabkan kita lupa untuk menjaga kesihatan kita. Jika kita sakit, kita juga yang akan susah. Kerja, kerja juga, kesihatan harus dijaga. Semoga kita selalu ingat ya. Harta bukan cuma wang ringgit, kesihatan juga adalah harta yang tidak ternilai! -CARI
9

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
4

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 21-2-2019 02:47 PM
Cam merapu je citer ni..
Kalau suara bapok? Antara dengar & tidak la ye?
Quote supernaturalee 21-2-2019 02:54 PM
najib888 replied at 21-2-2019 02:47 PM
Cam merapu je citer ni..
Kalau suara bapok? Antara dengar & tidak la ye?

buat test pendengaran guna suara sajat


Quote fifie_olin 21-2-2019 02:57 PM
supernaturalee replied at 21-2-2019 02:54 PM
buat test pendengaran guna suara sajat

ye betul sgt
sajat plg sesuai dibuat ujian makmal

Quote bakingsoda 21-2-2019 03:59 PM
suara toklip confirm dia boleh dgr
Quote xtahumenahu 21-2-2019 04:01 PM
nak kata xleh dgr suara base...pompuan pon ada je sore base
Quote RatuDunia94 21-2-2019 04:30 PM
Suara scha al yahya kan mcm jantan.. cane?
Quote Victorioussss 21-2-2019 04:44 PM
Sedihnya..xboleh dah dengar ungkapan "i love u" atau "syg jom main" dari y tersayang

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.030970 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top