CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Luar Biasa! Remaja Saksikan Ratusan Labah-Labah 'Jatuh' Dari Langit

18-1-2019 12:43 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6232| Komen: 11|Original author: Oleh: Tukang Tulis

'Hujan labah-labah' kelihatan di sebuah kampung di Minas Gerais, Brazil

Kredit foto: Joao Pedro Martinelli Fonseca

Sebuah kampung di selatan Minas Gerais, Brazil mengalami fenomena aneh apabila ‘dihujani’ ratusan labah-labah yang kelihatan seperti turun dari langit di kawasan itu.

Kejadian luar biasa itu dirakamkan seorang remaja lelaki, João Pedro Martinelli Fonseca, 14, ketika dalam perjalanan ke ladang milik datuknya, baru-baru ini.

Memetik laporan MSN News, Fonseca mengakui bahawa fenomena tersebut menyebabkan dia terkejut dan ketakutan.

“Saya terkejut apabila menyaksikan begitu banyak bintik hitam kelihatan di langit,” katanya.



Fenomena luar biasa ini berlaku disebabkan oleh cuaca yang panas dan lembab
Kredit foto: Joao Pedro Martinelli Fonseca

Sementara itu, neneknya memberitahu, sebenarnya terdapat lebih banyak labah-labah daripada apa yang dilihat dalam video.

“Kami pernah menyaksikan fenomena ini, kebiasaannya pada waktu senja semasa cuaca sangat panas,” jelasnya,



Seorang ahli biologi pula menyatakan, walaupun semua labah-labah itu kelihatan seperti jatuh dari langit, mereka sebenarnya melekat pada sawang gergasi yang dihasilkan untuk memerangkap mangsa.

“Ia merupakan taktik untuk memperluaskan kawasan memerangkap serangga yang menjadi makanan labah-labah,” katanya.

Beliau menambah, fenomena luar biasa itu disebabkan cuaca yang panas dan lembab.

Tidak mustahil fenomena serupa boleh berlaku di Malaysia berikutan cuaca yang sangat panas ketika ini. - CARI
11

Bagus
15

Marah
15

Terkejut
17

Sedih
12

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 18-1-2019 02:28 PM
Uik klu aku kompom tak cukup tanah aku lari... geliii...
Quote Artemesiaa 18-1-2019 03:08 PM
Sesekali ada juga terbaca kes sebegini macam yang baru2 ni terjadi di Mekah dengan cengkeriknya
Quote Melorqe 18-1-2019 04:05 PM
kat Oz pernah kan jadi mcm ni.  musim di mana penuh sarang lelabah kat permukaan bumi.
Quote kroit92 18-1-2019 11:37 PM
arachnophobia intensifies
Quote NmeeraR 19-1-2019 02:18 PM
Aiyooo. Terjumpa sekoq pun sis dah jerit.. Lagi2 banyak macam ni...
Quote rosasen 20-1-2019 09:53 AM
seramnye jatuh dari atas..kalau dr jauh pn bleh nampak besar tu..
Quote AyaqMeloSuam 25-2-2019 10:56 PM
Mcm cerita Charlotte's Web pulak.. comeyy semuanya
Quote hussaini4675 6-3-2019 08:36 AM
NmeeraR replied at 19-1-2019 02:18 PM
Aiyooo. Terjumpa sekoq pun sis dah jerit.. Lagi2 banyak macam ni...

kaum kerabat spiderman ni
Quote ais_kosong 14-3-2019 10:39 AM
scary wey..  datang dari mana labah2 ni
Quote joyahglam 14-3-2019 10:42 AM
gelinya bila tengok lelabah ni byk2 mcm ni
Quote iznanaziz 1-4-2019 09:10 AM
Artemesiaa replied at 18-1-2019 03:08 PM
Sesekali ada juga terbaca kes sebegini macam yang baru2 ni terjadi di Mekah dengan cengkeriknya

betul.
tak tahu la menggigit ke tidak
mmg terlalu banyak
budak2 terjerit2 takut

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.057596 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top