CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Tak Payahlah Nak Bash Orang Yang Kulit Putih Atau Cerah" - Sarimah Ibrahim

15-1-2019 03:26 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 16249| Komen: 80|Original author: Oleh: Azza

Sejak kemenangan Dewi Remaja 2019 menjadi milik Haneesya Hani, 18, netizen memberi reaksi yang bercampur baur.

Antara bangga dengan kemenangan wanita kulit hitam pertama  menjadi juara dengan stigma pihak lain yang merasakan ada lagi finalis lain yang lebih layak.




Berlainan pula dengan pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim menjelaskan yang kemenangan itu menjadikan orang berkulit putih sepertinya menerima komen-komen negatif seperti 'pucat, tak lawa pun putih' dan sebagainya.

Kredit foto: Twitter


Menurut Sarimah, setiap individu dilahirkan dengan genetik bangsa masing-masing, jadi kita seharusnya merainkan semua warna kulit tanpa perlu membanding atau merendahkan antara satu sama lain.

Hal ini menyebabkan pertelagahan antara netizen. Sama juga isu wanita yang menyatakan 'lelaki adalah sampah' dan juga sebaliknya. Masyarakat kita tidak seharusnya dididik dengan isu yang bukan isu pun tetapi dijadikan hal penting seola-olah isu nasional.

Post Sarimah mendapat perhatian aktres Tiz Zaqyah yang turut menerima nasib sama. Menurut Tizz, dia juga berasa didikriminasi kerana dilahirkan dengan warna cerah.

Kredit foto: Twitter

Sepatutnya kita diajar untuk meraikan setiap warna kulit bukannya memerli orang berkulit cerah dan juga gelap.

Selain itu, Juara Akademi Fantasia 1, Vincent Chong juga turut memberi komen dengan menyalahkan iklan komersil yang telah menghantui rakyat Malaysia sejak bertahun lamanya.

Kredit foto: Twitter

Menurut Vince, iklan tersebut membuatkan wanita tidak menghargai kulit asal mereka lalu berusaha menjadi putih kerana beranggapan kulit putih adalah lambang kecantikan dan kejayaan.

Netizen juga turut bersetuju dengan pendapat Sarimah. Ini kerana terlalu banyak produk kecantikan yang mendorong wanita mengubah warna kulit asal iaitu dari hitam manis atau sawa matang ke kulit cerah dengan penggunaan jamu, ubat, suntikan dan rawatan kecantikan.

Kredit foto: Twitter

Sementara itu, ada juga netizen beranggapan situasi sebenarnya adalah sangat pedih. Ini kerana ramai wanita berkulit cerah lah yang sebenarnya memandang mereka yang berkulit gelap sebagai tidak cantik. Jadi bila Haneesya yang berkulit gelap menjadi juara, ia memungkinkan situasi 'balas dendam'.

Jadi, ia  adil sebenarnya.
Susah untuk mengubah persepsi majoriti rakyat Malaysia yang menganggap bahawa kulit cerah/putih adalah cantik. Disebabkan itu ramai yang berlumba-lumba untuk mengubah warna kulit termasuklah ramai selebriti tempatan.

Bagaimanapun, diharapkan dengan Haneesya yang kini dinobat sebagai Dewi Remaja, ia mampu mengubah stigma masyarakat secara perlahan-lahan. Kita perlu menghargai anugerah yang diberikan tanpa perlu berasa rendah diri. Jadi, anda masih rasa kulit putih didikriminasi? - CARI 
10

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 15-1-2019 03:29 PM
Masa org bash kerak rentung ada ko bising ke minah?
Quote obses_budak 15-1-2019 03:32 PM
Edited by obses_budak at 15-1-2019 03:33 PM
munchkin: Masa org bash kerak rentung ada ko bising ke minah?

Betul..
Aku dh hdup 30tahun... Kene ejek till now.. Org kulit putih ni br kene sekli dh butt hurt... Ad bgus nya dia ni bkk prinsip skin color ni.. Sbab ni riality k.. Yg org kulit hadap hari2  dengan stigma masyarakat.. Yng gelap kompom ditanya kata kau ada darah mamak ke... Atuk kau india ke.. Omg...  Perlu ada kturun mamak..keling ke untk aku dapat kulit mcm ni..
Quote opie5662 15-1-2019 03:34 PM
Kalau sedia putih tu nape nak sentap. Lain la asal ko berkerak, pas tu cucuk mcm2 dlm kulit terus jadi putih tu bole la nk sentap. Bersyukur dgn apa yg ada. Kalau kau dh putih, ok la. Nak sentap apahal
Quote MadameOnion 15-1-2019 03:36 PM
yang netizen pun...aduhai...
Quote LautBiru52 15-1-2019 03:39 PM
Bagus jugak si haneesya ni menang. Buang la  stigma rakyat malaysia yang putih tu cantik. Cukup2 la ambik ubat untuk putihkan kulit. Tak elok semua tu. Memudaratkan badan je
Quote clarizsa 15-1-2019 03:39 PM
Zaman dah terbalik
Sbg seorang berkulit putih pink, i pun terasa
Tapi biarlah
I sndri x pernah hina warna apa pun
Kucing i pun ada yg pitch black sgt cantik
Anak angkat i pun kulit gelap
Mmg pelik sbb kami suami isteri kulit putih

Ummah kulit gelap ntah kenapa mcm kuat sentap dan mula membuli golongan kulit putih semulajadi plak skrg ni

Sampaikan bila lelaki melayu pilih pouan kulit cerah pun nak dihina
Bila omputeh pilih ppuan kulip gelap dok puji gila2

Ntah apaa2 je

Nak paksa2 orang ikut citarasa hangpa dah kenapa

Pfftt duhh
Quote sinalegna 15-1-2019 03:48 PM
Ler.. kupikirkan dia nak glorify kulit putih ala2 white supremacist tadi
Quote SissySembah 15-1-2019 03:50 PM
kulit pun nak jadi isu????
bukan kah kulit itu hanya warna dan pigment sahaja...
kalau buruk tetap buruk jua walaupun putih...
same as for black...

dalaman manusia semua tetap sama.. tengkorak juga
Quote ALDRIN 15-1-2019 03:54 PM
Kulit putih..hitam ke...or those Vitilago Sufferer...whatever it is jus love & embrace your skin.
Quote epis 15-1-2019 03:55 PM
Perihal kulit ni dah mmg lazim menjadi ejekan dari dulu lagi, bukan sahaja warna kulit but keadaan kulit pon.. mcm saya muka berjerawat dan berlubang, ade je yg ejek dan bash ckp x cuci muka la, x reti jaga kulit la, x itu ini la x makan vit la.. mcm la dorg tau ape yg saya dah bt tuk cure.. tapi nk bt mcm mne still ada, biar jela..
Quote URUHA 15-1-2019 04:05 PM
Please la Sarimah x yah sentap nau. Bukan kau yang kena kutuk pun. Realitinya org yg kulit gelap dari dulu lagi teruk kena bahan & diskriminasi kalau nak dibandingkan dgn org kulit cerah. Ada juga yg sampai hilang keyakinan sbb kulit gelap / x cukup cerah. Dlm industri hiburan pun brp ketul je retis kulit gelap yg betul2 boom?

Gigih semua org nak cerah sampai baby pun nak bagi supplement utk putih. Helok la jugak si Haneesya ni menang. At least dpt ubah persepsi kulit putih je cantik & kulit gelap tu buruk. Kulit cerah ke, kuning ke, gelap ke... semuanya cantik hokeyh.

To Sarimah, Tiz, Vince & etc stay classy. X yah PPRT kan diri korang dgn isu remeh cmni
Quote mixed 15-1-2019 04:09 PM
dah tgk ke video party arak si juara
yg muka cam muka lopak pn ada terbang segala nya
npk chipmore didada
Quote kaklong32 15-1-2019 04:12 PM
nasib la kalo dah retis / glemer ni ko itam ke putih ke biru ke purple ke kene bash jugak
sape suruh glemer
Quote Sharifah180175 15-1-2019 04:14 PM
Nasib baik ada berkulit...if vitiligo or apa apa lagi susah.. Itam susah putih dinding susah.. Haiyooo..
Quote kucingitam 15-1-2019 04:24 PM
tu sebab ada acik muka kaler biru muncul kat seberang jaya baru2 ni..hitam putih is too main stream sis
Quote fahdramli 15-1-2019 04:51 PM
Aku nak tukaq kaler kulit aku jadi hijau,,, untung2 org amek berlakon jadi Hulk..
Quote azimodin 15-1-2019 04:59 PM
dari kecik lagi i dah biasa dengar orang panggil i k*L**G sebab kulit rentung gila, mungkin sebab banyak sangat main panas. dah tua2 ni nampak cerah sikit, tapi masih tan. xyah la nak terasa sangat, buat x tahu sudah. bukan yang ejek ni boleh bagi makan pon
Quote DianaSaksen 15-1-2019 05:02 PM
fahdramli replied at 15-1-2019 08:51 AM
Aku nak tukaq kaler kulit aku jadi hijau,,, untung2 org amek berlakon jadi Hulk..

Sekali jadi shrek caner tu ?
Quote akubest 15-1-2019 05:11 PM
ALDRIN replied at 15-1-2019 03:54 PM
Kulit putih..hitam ke...or those Vitilago Sufferer...whatever it is jus love & embrace your skin.

citer pasal vitilago
cuba follow khalid al emeri facebook
dia ni arab mix omputeh dok abu dhabi
binik nya ada vitilago ni
dia suka citer pasei biniknya
and so sweet how dia embrace biniknya ada vitilago

dia ckp ramai org pm dia ubat itula inila..
dia ckp what makes you think i want to change her?
ko dah kenapa kann???

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.148391 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top