Anda semua masih ingat zaman di mana segala drama atau siri yang kita tonton di kaca televisyen (TV) tidak dimonopoli mana-mana cerita berdasarkan novel?
Ia merupakan tempoh di mana pengarah dan penulis perlu mengerah idea sendiri untuk menghasilkan karya asli dan menarik. Kebiasaannya, cerita-cerita segar seperti inilah yang akan diingat sampai bila-bila. Buktinya? Mari kita lihat jika anda ingat siri TV berikut. 1. Puteri (2005) Agak mustahil bagi lelaki yang sempurna akal dan fizikal untuk tidak mempunyai celebrity crush terhadap Nora Danish pada awal kemunculannya di kaca TV.
Puteri merupakan sitkom TV3 yang diarahkan pengarah tersohor Aziz M. Osman dan berkisarkan Puteri yang menetap bersama rakannya, Anita (lakonan Siti Fazurina) serta Kamala (lakonan Kanchana Devi) dan sentiasa bersama mengharungi apa saja masalah. Ungkapan penarik "So.... Kita enjooooyyyy!" pasti tidak akan pudar dari ingatan penonton yang mengingatkan mereka kepada watak Puteri yang sentiasa ceria. Secara tidak langsung, sesiapa yang mengikuti sitkom ini pasti boleh menyanyikan sekali lagu Sha Na Na dendangan Amy Mastura yang menjadi lagu pembukaan. 2. Dunia Baru (2006) "Kaf ba ra ka alif ta nun" Siapa saja boleh lupa dialog ikonik yang sering diungkapkan ibu kepada Muhammad Adif ini. Buat yang tidak tahu, Dunia Baru merupakan drama berkisarkan kehidupan sekumpulan mahasiswa di universiti. Ia merupakan antara drama yang sangat popular sehingga mencapai lebih tiga juta penonton. Ia dibarisi pelakon hebat seperti Elyana, Pierre Andre, Ellyas Abdullah, Anne Ngarsi, Iqram Dinzly, Almy Nadia, Anita Baharom, Baizura Kahar dan ramai lagi. Siri ini kemudiannya dijadikan filem iaitu Dunia Baru The Movie (2008) dengan barisan pelakon sama dan tetap mendapat sambutan yang melambung tinggi. Sayangnya, sambungan daripada siri TV ini iaitu Dunia Baru Reunion (2010) dan Dunia Generasi Baru (2015) tidak mendapat sambutan menggalakkan. 3. KAMI (2007) Anda tidak betul-betul indie kalau tidak pernah menonton atau mendengar tentang KAMI. KAMI menceritakan hidup lima sekawan iaitu Lynn, Ali, Sofie, Abu dan Adii dalam menjalani kehidupan mereka yang bergelut dengan masalah peribadi masing-masing. Satu perkara yang sentiasa menyatukan mereka adalah muzik yang melambangkan saat memberontak mereka di usia remaja. Zaman kemunculan siri KAMI merupakan zaman kebangkitan muzik indie di Malaysia dengan kemunculan band terkenal seperti Meet Uncle Hussein, One Buck Shot dan Laila's Lounge. Malah, band Bittersweet dan One Buck Shot turut mempunyai cameo dalam siri ini. KAMI kemudiannya difilemkan pada tahun 2008 dengan barisan pelakon dan pencipta yang sama. 4. Spa Q (2008) Masih ingat dulu-dulu lepas pulang dari sekolah atau kerja, mesti TV di rumah akan berkumandang lagu Ku Mahu oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza tanda drama Spa Q sudah dimainkan. Dalam satu isi rumah, mesti ada sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga yang mengikuti Spa Q dari awal, selalunya golongan ibu-ibu lah. Spa Q merupakan drama pada slot Akasia yang pernah meletup suatu ketika dulu, diterajui Norish Karman sebagai Qistina (Pemilik kepada Spa Q) dan dibantu pelakon hebat lain seperti Betty Benafe, Elly Mazlein, Farahdhiya dan Ridzuan Hashim. Mungkin anda tidak perasan atau terlupa, tetapi Nelydia Senrose turut membintangi cerita ini. Siri ini pernah dilancar semula sebagai Spa Qistina (2010) oleh Astro Ria, tetapi dengan teraju utama yang berlainan. 5. Tower 13 (2009) Siapa saja tidak mengenali pengarah filem dan siri tersohor Kabir Bhatia? Melalui naskhah hebat seperti Nur Kasih, Bisik Pada Langit, Pulang dan Sepi, adakah anda semua ingat satu ketika dulu Kabir Bhatia pernah mengarahkan siri seram? Tower 13 mengisahkan Adam (lakonan Bront Palarae), seorang pengurus kepada bangunan Emerald yang disoal siasat detektif Malik (lakonan Azhan Rani) berkenaan satu kes kematian di bangunan tersebut. Cerita ini menyajikan 13 cerita berbeza daripada bangunan yang sama, di mana kesemua cerita itu berkait sedikit demi sedikit, disusun dengan begitu kemas dan menyeramkan. Antara kisah paling diingati pastinya kisah daripada Ustaz Khalid yang pernah membuat perjanjian dengan syaitan untuk menghidupkan semula ibunya yang telah mati. Banyak lagi sebenarnya siri TV yang masih segar di ingatan, seperti Kasanova XXL, Emil Emilda (siapa ingat betapa kurusnya Aaron Aziz ketika itu), Rona Roni Makaroni dan lain-lain. Jadi? Mana satu antara siri yang menjadi kegemaran anda? Atau anda ada pilihan sendiri? - CARI
|
9
Bagus |
8
Marah |
10
Terkejut |
14
Sedih |
11
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
makton replied at 17-1-2019 12:10 PM
spa Q tu besttttt... satu lagi Lara ape tah. yg emelda berlakon tu. dlm cite tu Abby jadi makcik lar ...
sinalegna replied at 17-1-2019 12:55 PM
Manjalara.. jahat nau2 sheila rusly dlm cite tu
RatuDunia94 replied at 17-1-2019 05:54 AM
Spa Q tu la turning point Azizah Mahzan showing her true color gitu.. dr seorang watak ibu2 memgangi ...
ADVERTISEMENT