Sana sini semua orang sibuk mencari gambar lama semata-mata untuk ikut trending #10yearschallenge. Selebriti juga tidak ketinggalan memaparkan gambar mereka 10 tahun yang lalu, antaranya Fasha Sandha, Jozan, Mark Adam, Zara Zya, Nabila Huda dan lain-lain. Namun, pastinya ramai yang tidak sabar menantikan gambar daripada Sajat dan juga Safiey Ilias memandangkan kecelaruan gender mereka. Safiey memulakan cabaran tersebut dengan meletakkan gambarnya ketika bersekolah menengah. Ini membuatkan ramai netizen mendesak Sajat pula supaya mendedahkan gambarnya satu ketika dahulu. Akhirnya mengalah dengan cabaran tersebut, Sajat akhirnya menyiarkan gambarnya yang memenangi Pertandingan Ratu Kebaya. Bagaimanapun, netizen mengkritik gambar tersebut lalu mempersoalkan pertandingan itu. Lebih dasyat mereka menyatakan ia bukan Ratu Kebaya tetapi Ratu Pondan.
Selain netizen, pengacara dan pelakon, Sarimah Ibrahim juga menulis di Twitter bahawa beliau tidak sabar untuk melihat perbezaan karektor dua jutawan gigih itu. Berbeza dengan Safiey yang diketahui jelas dengan jantinanya, Sajat dilihat masih bertarik tali dengan netizen. Malahan lantang mengaku dirinya adalah khunsa, jadi kecantikannya adalah semulajadi hingga dicemburui oleh ramai orang lain. Hal ini menyebabkan netizen berang dengan sikap tidak mengaku Sajat itu, malahan tergamak berterusan menipu rakyat Malaysia. Lantaran itu, ruangan komen dipenuhi dengan kecaman netizen yang mengatakan gambar tersebut disunting, pose gambar yang diambil dari sisi tanpa menampakkan keseluruhan suasana dan lebih parah ada yang mendakwa itu adalah gambar orang lain! Kelakar juga membaca komen-komen yang ditujukan kepada Sajat yang langsung tidak menghiraukan kecaman netizen. Nampaknya usaha netizen untuk membuatkan Sajat mengaku mengenai gendernya tidak menjadi, kerana Sajat akan berterusan dengan pendiriannya. Mungkin netizen perlu mengabaikan sahaja postnya supaya tiada lagi publisiti mengenainya. - CARI |
18
Bagus |
12
Marah |
10
Terkejut |
13
Sedih |
14
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
laksmanabentan replied at 17-1-2019 11:35 AM
kadang2 nampak bodoh sgt bang jat
kalau nak menipu tu biar ler cerdik siki..
ratu kebaya tapi gam ...
ADVERTISEMENT