CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Boo, Anjing Paling Comel Di Dunia Mati Kerana Kesedihan Melampau

21-2-2019 12:20 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9349| Komen: 26|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Boo, anjing baka Pomeranian yang dikatakan paling comel di dunia dengan 16 juta pengikut di Facebook disahkan meninggal dunia oleh pemiliknya dalam satu status minggu ini. 



Kredit foto: Instagram
Boo dan teman baiknya, Buddy yang meninggal dunia tahun lalu, menjadi sensasi di media sosial seluruh Amerika Syarikat berikutan gambar-gambar comel yang dikongsikan oleh pemiliknya. Boo meninggal pada umur 12 tahun.


Kredit foto: Instagram
‘Beberapa bulan selepas kematian Buddy, Boo mula menunjukkan tabiat kesedihan melampau dan akhirnya membawa kepada pelbagai tanda-tanda penyakit,’ kata pemiliknya. ‘Dia cuba bertahan, tetapi hayatnya telah tiba dan dia kini sudah meninggalkan kita untuk berjumpa dengan temannya Buddy,’ tambahnya lagi.


Kredit foto: Instagram
‘Walaupun kami dalam kesedihan, kami rasa ini adalah penamat yang terbaik untuk Boo selepas berbulan-bulan menderita, Boo telah membawa keceritaan kepada jutaan peminat seluruh dunia/’ katanya. 


Pengumuman kematiaan Boo mengejutkan ramai pihak. Seorang peminat berkata beliau telah mengikuti akaun Facebook Boo selama 6.5 tahun dan berasa Boo adalah lagenda binatang kesayangan yang sukar dicari ganti.


Kredit foto: Instagram
Selain menjadi pujaan ramai pengikut di media sosial, Boo juga dilantik sebagai duta binatang kesayangan rasmi Virgin America pada tahun 2012. Boo juga muncul dalam beberapa buah buku fotografi termasuk Boo: The Life of the World's Cutest Dog pada tahun 2011.

Selamat jalan kepada Boo anjing paling comel di dunia yang telah menceriakan ramai peminatnya selama ini. -CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PulutSambal 21-2-2019 12:22 PM
Alaaa siannya...omeynyee dog ni.. Mesti tuan dia sedih gila.
Quote weezerfan 21-2-2019 12:27 PM
Kesiannya... Dh tua dh pon...
Quote Sang_Pencinta 21-2-2019 12:33 PM
12 tahun tu kira dah terlalu tua utk baka anjing mcm ni
Quote prettyuglybabe 21-2-2019 01:15 PM
tak tau la mcm mana one day if my cats mati
Quote makneng 21-2-2019 01:39 PM
Omelnya rasa nak pelokkk
Quote saviour_09 21-2-2019 01:43 PM
so long & goodbye buddy & boo
Quote lee_sakura 21-2-2019 02:25 PM
alahai comelnya dia...
Quote buapakperut 21-2-2019 02:35 PM
kesiannya, comel sangat
Quote chicozinn 21-2-2019 02:37 PM
npe leh anjing tu sedih melampau??meollss syak dia da penat kne wat posing merepek2 n kne ikut arahan tah pape owner dia..hmmm..xpe la k layan nalacat la wlaupun owner dia kapel lesbo..uurrghhh
Quote Artemesiaa 21-2-2019 03:19 PM
Mesti tuannya amat sedih kehilangan yang comel2 macam ni mahu makan masa nak move on
Quote cik_sssara 21-2-2019 03:26 PM
Anjing atau kucing peliharaan senior ni memang perlukan teman (haiwan). Takde kawan lain ke lepas kawan dia mati tu?

Tapi bagus jugaklah dia pergi, lepas dah 'penat' dia.

Quote paz 21-2-2019 04:06 PM
Masalah paling besar bila ada pets ni bila pets mati. Paz tak sanggup nak laluinya banyak kali.

Quote Sang_Pencinta 21-2-2019 04:54 PM
Kalau dah layan pets mcm ahli keluarga sendiri, memang perit bila pets mati
Quote lasagnaklcc 21-2-2019 05:04 PM
I sampai skrg nangis kalau teringat kucing I yg dah mati setahun lepas. 10 tahun tido sekali
Quote Sang_Pencinta 21-2-2019 05:15 PM
Tulah.. Org kata pet tu jgn terlebih sayang sangat...sakit tika kehilangan...
Quote nishikido 21-2-2019 09:18 PM
Sampai skrg takut bela kucing..sebab kalau kucing mati i yg sasau sebab terlalu sedih..nanti mula lah meroyan panggil2 nama kucing i..baring kat port dia selalu lepak and siap nangis2 depan kubur dia dah macam org gila..duk teriak aku rindu kau,la hapa.. cukuplah.iolls xkuat.wuwuwu...
Quote DeeHanania 21-2-2019 09:59 PM
Alololo comel yer,
Quote Iris. 21-2-2019 10:20 PM
Kalau dia kata mati ssbab tua, i boleh husnuzon
Tapi mati depression...
Means dia dipaksa bekerja lah kot
Quote miu84 21-2-2019 11:17 PM
Sedihnya but he is in a better place..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.222014 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top