CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Penari Dakwa Dirogol Michael Jackson Selama Tujuh Tahun Ketika Masih Kanak-kanak

23-1-2019 10:58 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10174| Komen: 28|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Sebuah dokumentari baru mengenai penyanyi terkenal mendiang Michael Jackson yang bakal ditayangkan memuatkan dakwaan penari Wade Robson bahawa Michael merogolnya selama tujuh tahun ketika beliau masih kanak-kanak.



Kredit foto: Carian Google

Dokumentari bertajuk Leaving Neverland itu bakal ditayangkan pada Festival Filem Sundance, penghujung bulan ini.


Kredit foto: Carian Google


Susulan dakwaan tersebut, keluarga mendiang menyelar Wade Robson dan menuduhnya sebagai seorang penipu besar.

Selain itu, Robson juga pernah menyaman Michael sebanyak ASD1.6 Bilion (RM6.5 Billion), tetapi ditolak mahkamah.


Kredit foto: Carian Google

Pengakuan berbelit Robson bermula ketika perbicaraan Michael Jackson pada 2005 apabila membuat pengakuan bersumpah sebagai saksi bahawa Michael tidak pernah melakukan sebarang penderaan seks terhadapnya.

Beliau bagaimanapun mengubah kenyataan pada 2016 dan menyaman keluarga Michael dengan mengatakan beliau sebenarnya telah dirogol penyanyi itu selama tujuh tahun ketika berusia tujuh hingga 14 tahun.


Kredit foto: Carian Google

Namun, saman itu ditolak mahkamah kerana keluarga Michael tidak boleh dipertanggungjawabkan atas tuduhan ke atas Michael. 

Tidak berpuas hati, Robson meneruskan usahanya menyeret keluarga itu dengan penerbitan dokumentari Leaving Neverland.


Kredit foto: Carian Google

Wade Robson yang sebelum ini merupakan salah seorang kanak-kanak yang selalu menemani Michael ketika zaman kecilnya, pernah terlibat dalam kisah cinta tiga segi penyanyi Britney Spears dan Justin Timberlake apabila dikatakan menjadi orang ketiga, sehinggalah Justin mencipta lagu Cry Me A River. 

Keluarga Michel Jackson mengecam tayangan dokumentari tersebut di Festival Filem Sundance dan HBO, tetapi tidak diendahkan.

Michael sememangnya terpalit beberapa kes salah laku, tetapi kini sudah tidak ada untuk mempertahankan dirinya. Wajarkan namanya masih diperkatakan? - CARI
6

Bagus
9

Marah
17

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azwanaliori 23-1-2019 11:02 AM
Michael tu sndiri pun teruk kena pedo dr kecik.. Bila besar dia pulak buat dekat org lain.. The pedo cycle never end in hollywood.
Quote amyza 23-1-2019 11:14 AM
Tak tau pulak dia songsang. Ingat seorang penyayang,suka budak2.
Quote fliphair8 23-1-2019 11:24 AM
Silencing money dah habis...jobless...time to #metoo... publicity means money
Quote nisako 23-1-2019 11:37 AM
masa MJ hidup x nak saman………….
Quote myakayina 23-1-2019 11:44 AM
org tu dah mati baru gigih nak saman bagai..
Quote weezerfan 23-1-2019 11:48 AM
Dah dahlah membusukkan nama acik mike. Sian dia.. Slalu kena tuduh mcm2
Quote Artemesiaa 23-1-2019 12:05 PM
Duit dah habis ler tu sebab tu gigih nak menjaja cerita semula sama lebih kurang dalam kes Ronaldo aritu
Quote biozipstar 23-1-2019 12:18 PM
tah pape lah hai... abes nak mintak ganti rugi dgn keluarganya macamlah keluarganya layan.. aduhai....
Quote allysumc 23-1-2019 12:55 PM
Ada sesiapa blh citer psl Neverland n sifat pedo MJ ni? Spoon feed me pls
Quote non.sari 23-1-2019 01:06 PM
walaupun MJ ni pelik tapi aku tak pernah rasa dia ni pedo or gay or bisex.
pada aku dia ni lebih jadi mangsa fitnah musuh dalam selimut. tak mustahil dari orang yang paling
rapat dgn dia ni jugak.
dia ni kan nampak lembut, mudah memaafkan (mungkin) atau jenis cepat move on tu yang orang
sekeliling tak habis2 nak amik kesempatan..
Quote lasagna 23-1-2019 01:18 PM
non.sari replied at 23-1-2019 01:06 PM
walaupun MJ ni pelik tapi aku tak pernah rasa dia ni pedo or gay or bisex.
pada aku dia ni lebih ja ...

mungkin jugak.. sbb kalau tak, lama dah macaulay culkin tu buat report.
tapi xpe plak trjd pape dgn bintang home alone ni.
Quote non.sari 23-1-2019 01:26 PM
lasagna replied at 23-1-2019 01:18 PM
mungkin jugak.. sbb kalau tak, lama dah macaulay culkin tu buat report.
tapi xpe plak trjd pape d ...

kann.. padahal macaulay tu dah lame merempat, sengkek, busuk. baru sekarang ni dah okay.

elok je aman2 takda pulak nak buat ugutan dulu2.

Quote robinmosby 23-1-2019 01:34 PM
Kenapa tak daman masa dia hidup. Macamanalah si mati nak defend diri dia kalau benda ni salah. Sigh when money rules
Quote gerbera.memopad 23-1-2019 02:06 PM
Aku masih half-half pasal kes MJ ni. Nak percaya tak, tak percaya pon tak. Entah la.

But Hollywood indeed is not a holy place. Entertainment industry ni memang dihuni oleh org2 yg dirty
Quote Themilo 23-1-2019 02:27 PM
awal-awal 2000'an, meols suka sangat tengok rancangan The Wade Robson Project kat channel MTV. Heols nih kendu juga la, & jadi koreografer.. TWRP ni rancangan realiti mencari dancer-dancer alaf baru kekdahnya..
Quote Telolet 23-1-2019 03:26 PM
allysumc replied at 23-1-2019 11:55 AM
Ada sesiapa blh citer psl Neverland n sifat pedo MJ ni? Spoon feed me pls

MJ ni katanya suka budak-budak sampai jadikan Neverland tu ala-ala Disneyland gitu so that budak-budak boleh datang melepak n have fun. dulu penah baca interview ex-wife dia (sorry tak ingat ex yang mana), katil diorang selalu dipenuhi bebudak sampai takde masa berdua.

bab pedo ni boleh kata maybe 50-50 je ai percaya, maybe yes and maybe no. ada latest interview in 2017 dari Corey Feldman (actor & mangsa pedo hollywood) cakap dia penah expose list of paedophiles dekat polis back in 1993, tapi polis tak amik tau pon. polis cuma nak tau sama ada MJ ada terlibat ke tak n polis tak penah launch investigation kat pedo2 tu pon padahal dia dok ulang banyak kali MJ tu tak bersalah. cuma dia penah sentap dengan MJ sebab awal-awal MJ memang banyak tolong dia waktu dia tak keruan dulu, lepas tu bila dah bosan MJ drop dia gitu je.

ni link excerpt interview tu: https://www.nydailynews.com/entertainment/movies/corey-feldman-told-police-pedophiles-hollywood-article-1.3599173

n polis baru nak acknowledge kewujudan list tu: https://www.newsmax.com/thewire/corey-feldman-michael-jackson-predator-list/2017/12/06/id/830285/

Quote Beribear 23-1-2019 03:28 PM
Masa hidup tak saman pon.. Dah org tu takde baru la nak up cerita. But iolss lg tertanya tentang kebenaran yg katanya MJ ni masuk islam di akhir2 hayat hidupnya.. Adakah benar cerita tentang penghijrahan nya itu? Dan nak tahu mcm mana warna kulit MJ boleh berubah secara drastik.. Iolss malas nak gugel sbb banyak versi tentang kisah hidup seorg yg bernama Michael Jackson
Quote shida81 23-1-2019 04:44 PM
org da x de boleh la ckp ape je... nk duit je la tuh.. keje malas
Quote giyomi 23-1-2019 06:07 PM
Dlm hal ni klu betul pon dah terlambat sebab orgnya dah takder...kes ni mgkn betul dan mgkn tak.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.078186 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top