CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buruh Maut Ditimbus Besi Perancah Dan Simen Basah

23-1-2019 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3792| Komen: 20|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang pekerja buruh warga Bangladesh menemui ajal selepas bangunan pembinaan di Jalan Delima 1/1, Taman Teknologi Subang Hitech, Subang Jaya runtuh pada Selasa.

Kejadian berlaku pada jam 4.44 petang, semasa mangsa bersama rakannya mahu pulang dari kerja.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Muhammad Azlin Sadari berkata,

"Mangsa melalui lantai tingkat pertama, secara tiba-tiba besi perancah menahan lantai runtuh menyebabkan mangsa jatuh dan terus ditimbusi besi perancah dan simen lantai yang masih belum kering.

"Selepas menerima panggilan kecemasan, seramai 18 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor serta Subang dikejarkan ke lokasi kejadian."


Kredit foto: Astro Awani

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Nurizham Mohd Nudin berkata, mangsa dikenali sebagai Kassim dan berusia 43 tahun.

Laporan Bernama menyatakan, Kassim terjatuh dari ketinggian 14 meter. 

Mayatnya ditemui pada 5.42 petang dan berjaya dikeluarkan pada 9.40 malam.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. -CARI
9

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 23-1-2019 01:36 PM
Bomba polis yg ada kat situ pun sepatutnya kena pakai topi keselamatan kot. Jatuh barang dari atas lagi nanti, kes lain pulak yg jadinya.
Quote supernaturalee 23-1-2019 01:57 PM
4:44 ptg - jatuh
5:42 ptg - jumpa
9:40 mlm - berjaya dikeluarkan



fuhhh...dahsyatnya


Quote monreyes 23-1-2019 02:19 PM
byk kes mati kat construction site ni mat bangla je ...
mereka ni x competent ke apa...
kalo kat supermarket mmg terserlah kemalasannya...
Quote arm_band 23-1-2019 02:36 PM
aduss... takziah
Quote moonbug 23-1-2019 02:43 PM
Takziah. Malang tak berbau
Quote Burong_Hantuk 23-1-2019 02:47 PM





Quote yenil95 23-1-2019 02:47 PM
Innalillahiwainnailaihirojiuun. Takde langkah2 keselamatan ke?
Quote Burong_Hantuk 23-1-2019 02:47 PM
respek abang bomba
Quote sarahmirza 23-1-2019 03:08 PM
monreyes replied at 23-1-2019 02:19 PM
byk kes mati kat construction site ni mat bangla je ...
mereka ni x competent ke apa...
kalo kat s ...


Dlm kes ni yang tak competent ialah scaffolder... Orang yang susun besi perancah tu... Eh perancah ke nama melayu?  Iyelah... Scaffolding..

Bangla ni buruh kerja je..
Scaffolder tu kena amik exam...
Scaffolding yang bersusun tu patut ada tag green = selamat.

Kalau kat Dubbay,  boss paling besar kat site tu dah dalam lokap dah..
Pernah jadi kat site kita org dulu masa sorang buruh cedera besi jatuh dari atas cucuk kepala..
Nasib la tak mati buruh tu... Lepas sebulan boleh jalan datang site amik pampasan dan balik kampung..
Kalau mati hari tu,  boss paling besar mmg duduk lokap lama..
Kat sini tak tau la...  Takat keluar stop work order je agaknya kot
Quote sarahmirza 23-1-2019 03:11 PM
Lolalala replied at 23-1-2019 01:36 PM
Bomba polis yg ada kat situ pun sepatutnya kena pakai topi keselamatan kot. Jatuh barang dari atas l ...

Sedangkan officer DOSH atau JKKP dlm BM witness T&C lift pun datang berbaju kurung dan bertumit tinggi...
Haha haha...

Lepas tu lain hari ada hati issue Stop Work Order kononnya site tak comply PPE..

Depa paper terbaik tapi implementation banyak yang ke laut dalam
Quote Bedah.Cun 23-1-2019 03:18 PM
sarahmirza replied at 22-1-2019 07:11 PM
Sedangkan officer DOSH atau JKKP dlm BM witness T&C lift pun datang berbaju kurung dan bertumit ti ...

Titikkk DOSH bagai! Nape body2 takde kena mengena yang dititik2. AI neh sampai tak tahan sampai ai quit bukak bisnes haaa
Bahagia dah  ai dengan staf2 hanak hekan aii, semua kebajikan zahir batin deme dipenuhi mama, boss nan cun deme neh
Quote chinta89 23-1-2019 03:25 PM
kesiannya....                     semoga dipermudahkan urusan
Quote aryyan 23-1-2019 03:34 PM
sarahmirza replied at 23-1-2019 03:08 PM
Dlm kes ni yang tak competent ialah scaffolder... Orang yang susun besi perancah tu... Eh peranc ...

safety awareness di kalangan contractor msia still rendah.contractor ortodox, sedaya upaya nk cut cost. lg2 sbb menda2 safety ni kna costly n depa rs  x perlu.
safety vest, kasut pn bkira nk beli kt staff, apantah lg nk hire SHO pastu nk kna p inspect lg bagai.
Quote Skuau 23-1-2019 03:39 PM
beza warga asing rajin...warga tempatan pemalas-Majian Msia.
Quote sarahmirza 23-1-2019 04:23 PM
aryyan replied at 23-1-2019 03:34 PM
safety awareness di kalangan contractor msia still rendah.contractor ortodox, sedaya upaya nk cut  ...

Salahkan kontraktor dah kenapa?
Kontraktor sekadar menangguk di air keruh..
Kau nak menegur... Salahkan authority yang sendiri ke laut bab safety ni...

Act ada tapi implementation ke laut dalam kadang tu...

Kalau authority bertegas,  kontraktor ikut aje...
Kontraktor ni sanggup buat apa aje kau....
Yang penting... Telus, tahu halal haram... Sendiri mau ingat..
Quote Melorqe 23-1-2019 05:24 PM
tu pun kalu kontraktor tu peduli hala haram.
sebab jenis tak peduli halal haram la dibiarkan ajer tak ikut SOP
asal jimat kos. jimat masa.
Quote ninja boy 23-1-2019 06:05 PM
Ingat bangla indon ni ikut peraturan ka. Sampai kena awasi mereka setiap masa. Kalau tak awas mereka tanggal semua safety helmet, jadi superman, kencing Dari tingkat atas kena org bawah, baling barang ke bawah
Quote aHoi83 23-1-2019 06:25 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun...
Quote Bedah.Cun 23-1-2019 06:27 PM
sarahmirza replied at 22-1-2019 08:23 PM
Salahkan kontraktor dah kenapa?
Kontraktor sekadar menangguk di air keruh..
Kau nak menegur... ...

Kena masukkan dalam akta.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.137364 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top